"AYAH dengan mak ni, memanglah. Hisss, panas pula hati ni. Sabar, sabar..." Dada yang turun naik diusap berkali-kali. Kemudian ringan saja tangan mengesat peluh di dahi. Ikutkan hati mahu saja dia berlari masuk ke dalam kereta. Kunci kereta dan duduk diam-diam dalam tu. Biar mak dan ayahnya saja yang berjumpa kawan baiknya itu.
"Hah, dah sampai pun. Jom masuk. Apa duk borak kat luar ni?" Belum sempat Tan Sri Yusof bersuara pintu utama rumah itu sudah terbuka luas. Terpacul wajah manis Datin Izzah di muka pintu.
"Ni anak dara ni, buat hal pula. Tak nak masuk. Entah apa yang ditakutkan."
Jasmin menjeling tajam maknya yang sedang menahan senyum itu. Mak saja mahu malukannya di depan Datin Izzah.
"Senyumlah sikit. Apa datang rumah orang buat muka. Terasa Auntie Izzah tu nanti." Tegur Puan Sri Suhaina sebaik melabuhkan duduk di ruang tamu. Tuan rumah ke dapur, katanya mahu bancuh minuman. "Tadi masa kita tengah shopping, Auntie Izzah call mak. Jemput makan malam kat rumah dia. Orang dah jemput, berdosa kalau kita tak pergi. Lagipun esok mak dengan ayah nak balik Perlis dah."
Jasmin hanya diam seribu bahasa. Tak sangka yang dia akan menjejakkan lagi kaki ke rumah ini. Jujurnya dia segan datang ke sini walaupun ayah dan maknya turut serta. Dulu dia berjanji dengan Datuk Hanafi yang dia akan kembali lagi ke sini tapi janjinya tidak ditepati.
"Ya Allah." Puan Sri Suhaina yang baru teringatkan sesuatu lantas menepuk dahinya beberapa kali. "Mak ada tertinggal barang dalam kereta. Tadi masa shopping mak ada belikan kain nak bagi pada Auntie Izzah. Duk tarik Minlah sampai mak lupa kain tu."
"Kita pula yang disalahkan. Mak duduk, biar Min pergi ambil."
"Jangan lama-lama kat kereta tu. Macamlah mak tak tahu taktik awak." Sempat lagi Puan Sri Suhaina berpesan.
Jasmin hanya tersengih. Tahu-tahu saja mak. Sungguh dia tidak selesa duduk di rumah itu. Sebab? Entah, dia sendiri tidak tahu. "Astaghfirullahlahazim, ya Allah. Eh sorry...sorry. Tak sengaja."
"Kau buta ke?"
Air liur ditelan sebaik wajah garang Hazrain menyapa mata. Kenapalah mesti dia berjumpa lagi dengan makluk tuhan yang satu ni? Mendengar suara, dapat dia tahu Hazrain dalam keadaan yang tidak berapa baik sekarang. Silap cakap sah-sah dia kena tengking.
"Saya ada mata. Mata saya sihat lagi. Tapi saya memang tak perasan ada orang sebalik pintu ni. Kalau saya tahu saya buka slow-slow." Dalam hati dia sudah ketawa melihat Hazrain yang sedang mengosok dahi itu.
Padam muka! Tulah, siapa suruh tak berhati-hati. Patutnya biar kena pada hidung mancung itu, biar cacat terus wajah. Buat apa ada wajah yang menarik kalau perangai macam setan.
"Eh kau buat apa kat sini?" Benci betul hendak memandang wajah gadis itu. Kenapalah mereka sering bertemu? Yang pasti setiap kali bertemu, pasti ada saja masalah yang timbul.
Dia sudahlah penat, balik rumah tak pasal-pasal dahi terhantuk pada pintu utama. Gila tak sakit! Pintu kalau diperbuat daripada plastik bolehlah tahan ini diperbuat daripada kayu. Memang benjol dahinya.
"Erk, erk...saya...sa..."
"Dahlah buta, gagap pula tu." Marah Hazrain lalu melangkah masuk. Sengaja dia melanggar bahu kanan gadis itu. Bagi sedar sikit yang dia tidak suka kehadiran gadis itu di rumahnya.
"Dia langgar aku? Dia cakap aku gagap? Kurang ajar!" Dalam hati sudah berbakul-bakul Jasmin menyumpah. Geram punya pasal selamba badak saja dia memijak kasut milik Hazrain. Tidak puas lagi ditendang pula kasut itu ke tepi lalu cepat-cepat dia lari.
YOU ARE READING
🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸
RomanceDulu kita bertemu, kenangan pahit tercipta antara kita sehingga mencipta dendam dalam diri aku. Kini, siapa sangka kita ditakdirkan untuk berjumpa. Niat aku terpesong, kerana dendam aku berubah. ************************ "Helo." "Bar...