RENUNGAN pelik mama tidak diendahkan. Tahu sangat wanita itu terkejut apabila melihat mereka pulang secepat ini. Dia pun tidak sempat mengkhabarkan apa-apa berita. "Haz banyak kerja ma. Tak boleh cuti lama-lama." Alasan diberi.
"Min kenapa, pucat je muka tu? Tak sihat ke?" Wajah tidak bermaya Jasmin lebih menarik perhatian Datin Zaida. Dapat dia hidu ada sesuatu yang tidak kena dengan pasangan pengantin baru ini. Dipandang anaknya tajam.
"Min lapar sebenarnya, ma. Dia tak makan sejak pagi tadi," bohong Hazrain untuk menyelamatkan dirinya.
"Yang kamu tak bawa Min makan tu kenapa?"
"Dia yang tak nak makan." Jasmin di sisinya hanya diam seribu bahasa.
"Haz dengan Min naik, rehat dulu. Mama panaskan lauk. Mujur lauk makan malam tadi masih ada."
Hazrain mengangguk lalu berjalan ke tangga. Tapi baru beberapa langkah, kakinya terhenti. Ditoleh ke belakang, Jasmin seperti patung. Tahu sangat gadis itu memberontak. Malas fikir, ditarik Jasmin mengikutnya naik ke bilik.
Sebaik sampai, beg baju dicampak lalu dia merebahkan diri atas katil. Terasa lega urat saraf apabila dapat berbaring. Bantal yang tersusun kemas ditarik lalu diletakkan bawah kepala.
Di sudut bilik, Jasmin melemparkan pandangan tidak puas hati pada Hazrain. Tanpa sedar tangannya digenggam. Dia sudah tahu bagaimana mahu membalas pada lelaki yang sudah menghancurkan cutinya. Tidak sabar mahu melihat reaksi terkejut lelaki itu.
Bunyi pintu diketuk buat Hazrain terus bangun. Dijeling Jasmin yang masih berdiri di tempat sama. Sekali tengok dia tahu gadis itu masih marah. Tapi ada dia kisah?
"Apa mama?" Sebaik pintu dibuka, terpampang wajah mamanya.
"Mama dah panaskan lauk. Nasi pun dah ada atas meja. Nanti Haz ajak Min makan. Jangan lupa tau. Mama tak nak dia sakit nanti."
Kepala diangguk lantas pintu kembali ditutup. Jasmin dipandang. "Kau dengar, kan? Tunggu apa lagi? Pergilah makan. Nanti kau sakit aku pula yang kena marah."
Jasmin buat pekak. Memang dia lapar tapi dia tidak lalu untuk makan.
"Nak suruh makan pun payah." Ditarik Jasmin keluar bilik. Boleh tahan degil gadis yang bernama Jasmin Fallina ni.
"Tak nak! Lepaslah. Awak ni memang jenis tak reti nak berlembut ke? Sakit lengan saya asyik kena tarik."
"Kau yang paksa aku berkeras." Mudah Hazrain menjawab. "Kalau kau nak tunggu aku pujuk kau, memang kau salah. Aku takkan pujuk. Kau nak makan ke tak lantak kau. Aku malas nak layan. Yang lapar perut kau bukan aku."
Hazrain yang berlalu keluar menyebabkan hatinya ralat. Entah kenapa rasa sedih mula menyapa hati. Bila sudah jauh daripada keluarga dan kawan baik, baru dia rasa betapa asing hidupnya sekarang.
Air mata yang ingin tumpah ditahan. Dia tidak boleh menangis kerana ini jalan yang dipilihnya. Untuk capai apa yang diingini, tidak semudah yang dibayangkan. Terpaksa dikental hati untuk disakiti buat kali kedua. Dia terima andai ini jalan untuk dia dapatkan apa yang dimahunya.
Satu potret gambar yang tergantung pada dinding dipandang dengan penuh perasaan. Hazrain dan Shima. Dapat dia lihat kebahagiaan pasangan itu. Kadang-kadang timbul rasa tidak percaya apabila hubungan mereka berjaya sampai ke jinjang pelamin. Cinta monyet bertukar menjadi cinta sejati.
Jangan lupa tekan vote ⭐️ & tambah cerita ni dalam playlist reading anda🥳 Terima kasih sudi baca🤩😘
YOU ARE READING
🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸
RomanceDulu kita bertemu, kenangan pahit tercipta antara kita sehingga mencipta dendam dalam diri aku. Kini, siapa sangka kita ditakdirkan untuk berjumpa. Niat aku terpesong, kerana dendam aku berubah. ************************ "Helo." "Bar...