"ADA sesuatu yang mama tak tahu ke?" Tanya Datin Izzah sebaik kelibat Jasmin menghilang. Dia perasan perubahan wajah gadis itu. Tak lain tak bukan pasti anaknya ada cakap sesuatu yang menyakitkan hati Jasmin.
Hazrain membuka pintu peti sejuk lalu mengeluarkan botol berisi jus. Sungguh hatinya masih panas apabila mengenangkan sikap selamba Jasmin. Gadis itu hanya diam dan nampak tenang. Kalaulah mamanya tidak datang, lagi teruk gadis itu kena maki hamun dengannya.
"Haz, mama tanya. Jangan diam macam tu je. Haz cakap apa kat Min tu sampai dia cepat-cepat nak balik? Diakan tetamu, kenapa layan dia macam tu ? Malu mama tau."
"Haz cakap apa yang patut Haz cakap ma?" Beritahunya selepas selesai meneguk air. Amarah mamanya langsung tidak diendahkan.
"Maksud Haz?"
"Mama, Haz tahu rancangan mama dan papa. Dan apa yang mama perlu tahu yang Haz tak suka dengan rancangan mama. Haz akan pastikan rancangan mama dan papa akan gagal. Haz bukan budak kecil lagi yang mama nak kena jaga. Haz dah 28 tahun. Dah besar."
"Ya, mama tahu Haz dah besar. Tapi Haz tahu tak yang perangai Haz ni tak mencerminkan umur Haz? Haz macam budak-budak." Balas Datin Izzah tanda geram. Dia perlu bertegas dengan anaknya yang seorang ini. Sampai bila mahu hidup dengan menyalahkan takdir semata-mata.
"Haz gembira hidup macam ni." Ujar Hazrain tenang.
"Hidup dengan dendam dan kebencian Haz cakap gembira? Jangan tipu diri sendiri. Mama dah penat, Haz. Penat nak menghadap perangai Haz ni. Kenapa Haz masih tak dapat nak terima hakikat?" Sabarnya sudah habis. Lima tahun dia bersabar dengan anak itu. Makin menjadi-jadi perangainya. "Apa yang kami buat untuk kebaikan Haz, bukan untuk kami. Kenapa Haz masih tak nampak?"
"Mama tak ada kat tempat Haz. Mama tak faham. Disebabkan papa, Shima meninggal. Kami bercinta sepuluh tahun, tapi kami sempat jadi suami isteri hanya tiga bulan. Sakit ma untuk Haz terima dia pergi dalam keadaan macam tu. Papa dah bunuh Shima dan anak Haz!"
"Hazrain!" Tangan Datin Izzah sudah melayang ke udara. Namun belum sempat singgah di pipi Hazrain, dia mengucap panjang. Kekerasan bukan jalan menyelesaian. Memang dia tidak dapat terima kata-kata anaknya. Sungguh berbisa bicara Hazrain. Dia yang dengar sudah kecewa apatah lagi kalau yang mendengar ialah suaminya.
"Haz tak akan lupa peristiwa yang meragut nyawa wanita yang paling Haz cinta. Dan paling Haz tak boleh lupa siapa penyebab dia pergi." Tidak mahu bertegang urat dengan mamanya, Hazrain pantas meninggalkan dapur.
Datin Izzah hanya mengeluh panjang dengan sikap anaknya. Dia selalu berdoa untuk Hazrain. Tapi kenapa hati anaknya masih lagi keras? Dia boleh terima kalau yang dibenci Hazrain itu orang luar. Tapi dia tidak boleh terima orang yang dibenci Hazrain itu ialah suaminya sendiri. Ayah kandung Hazrain.
Dapat 15 vote ⭐️, i will share new teaser ❤️ dan tambah cerita ni dalam playlist reading anda❤️
YOU ARE READING
🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸
RomanceDulu kita bertemu, kenangan pahit tercipta antara kita sehingga mencipta dendam dalam diri aku. Kini, siapa sangka kita ditakdirkan untuk berjumpa. Niat aku terpesong, kerana dendam aku berubah. ************************ "Helo." "Bar...