BAB 3 (b) : Rindu

1.3K 83 0
                                    

MASUK saja ke dalam bilik, terus Hazrain melonggarkan ikatan tali leher. Butang kemeja dibuka satu persatu lalu dia menghempaskan badan ke katil. Tangan dijadikan bantal untuk melapik kepala lalu mata dipejam. Lama sungguh dia tidak berehat di waktu seperti ini.

Kesibukkan kerja buat dia tiada masa untuk diri sendiri. Biasanya pukul 10.00 malam baru dia pulang ke rumah. Sengaja dia buat begitu untuk elakkan diri berjumpa ahli keluarga. Kebahagiaan hidupnya sudah lama hilang.

Bingkai gambar atas laci dicapai lalu dipandang wajah wanita yang tersenyum manis itu. Gambar inilah kekuatannya dikala diri terasa lemah dan penat dengan kehidupan. Walaupun sudah beratus kali dia melihat, tidak pernah rasa bosan apatah lagi jemu. Yang pasti kerinduan dalam hati makin menebal pada wanita ini.

Inilah wanita yang buatkan dia rasa hidup bagai disyurga. Tapi itu dulu. Sekarang syurga yang mereka bina untuk hidup bersama sudah hancur berkecai. Tragedi itu yang mengambil wanita kesayangannya sekali gus buatkan hidupnya mula terkapai-kapai ditinggalkan insan yang sangat dicintai.

Habis berterbangan lamunan Hazrain apabila pintu bilik diketuk. Tak habis-habis mama mahu mengajak minum petang. "Ma, jangan ganggu boleh tak?" Laungnya daripada dalam bilik. Jangan harap dia akan buka pintu.

Tapi sayang apabila ketukan masih kedengaran. Dengan malas Hazrain bangun lalu pintu dibuka. Melihat wajah yang terpacul laju saja tangannya kembali menutup pintu. Tapi gagal apabila lelaki itu sempat menahan.

"Pergi teman mama minum. Jangan kecewakan dia." Tidak menunggu lama terus Datuk Hanafi melangkah pergi. Tahu sangat kehadirannya tidak disenangi Hazrain. Tapi bila memikirkan perasan isterinya, terpaksa dia kuatkan hati berjumpa Hazrain.

Walaupun diri dibenci, tapi dia tidak pernah membenci anaknya. Semua yang terjadi adalah ketentuan Ilahi. Cuma silap anaknya, apabila masih tidak dapat terima apa yang jadi. Dia sudah putus asa untuk meminta maaf. Kalau ini jalan yang dipilih Hazrain, dia akan ikut.

Jangan lupa vote⭐️

🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸  Where stories live. Discover now