BAB 18 (a) :Dalam Diam Ambil Berat

1.4K 61 6
                                    

MELANGKAH keluar dari bilik air, Jasmin termangu sendirian. Jam sudah menunjukkan angka 6.30 pagi, tapi dia masih belum menunaikan solat. Bagaimana mahu solat kalau tiada telekung? Perlu ke dia guna telekung arwah isteri Hazrain lagi? Bilik yang kosong dipandang. Mana perginya Hazrain? Sebaik bangun tidur, memang lelaki itu tiada dalam bilik.

        Tudung semalam disarung. Memang taklah dia guna telekung yang ada dalam bilik ini. Cari penyakit saja. Cukuplah semalam dia ditengking. Baik dia pinjam telekung Datin Zaida. Ruginya Hazrain tidak mempunyai adik beradik perempuan.

         Belum sempat memegang tombol, pintu sudah terbuka. Wajah Hazrain yang bertopi menyapa anak mata. Eh, pakai topi pagi-pagi buta lelaki itu ke mana? Tak kisahlah, yang pasti kenapa mesti wajah itu yang pertama dilihat? Buat menyakitkan mata!

           "Nak pergi mana?" Jasmin dipandang atas bawah. Lengan baju disingsing hingga ke siku, gaya macam mahu ajak dia bertumbuk.

          Senyap. Itu tanda hatinya masih terluka.

         "Pakai telekung ni."

           Beg kecil disambut lalu Jasmin kembali masuk. Dibuka beg itu. Ada telekung. Entah yang siapa Hazrain rembat pun dia tidak tahu. Tidak buang masa, telekung terus disarung.

          Hazrain melabuhkan duduk di birai katil sambil memandang Jasmin yang solat. Walaupun lewat gadis itu tetap menunaikan kewajipan. Jadi tidak perlulah dia menanggung dosa. Tengok wajah masam Jasmin, dia tahu gadis itu masih marahkannya.

            Ya, dia akui tindakannya semalam keterlaluan. Dia sudah berkasar dengan isteri sendiri. Tapi dia tidak dapat kawal diri apabila melihat Jasmin mengguna telekung arwah Shima. Bila difikir balik, dia rasa menyesal. Dia bukan lelaki yang suka berkasar dengan perempuan.

           "Beg baju kau." Dihulur beg pakaian sebaik gadis itu selesai solat.

           Beg warna hitam dipandang sekilas. Ya, dia ingin bertanya. Bila lelaki itu mengambil beg ini? Tapi bibirnya keras. Ego menebal.

              "Pergi mandi. Lepas itu turun bawah. Sarapan."

              "Pergi mandi. Lepas itu turun bawah. Sarapan." Jasmin mengajuk percakapan Hazrain sambil mencebik bibir. Ingat aku ni pekerja dia agaknya nak arah-arah.

            "Kau cakap apa?" Hazrain menghentikan langkah. Dipusing tubuhnya menghadap Jasmin kembali.

              Aik, Hazrain dengar ke? Dia ingat lelaki itu pekak.

            "Kau ajuk apa yang aku cakap?" soal Hazrain tak puas hati. "Aku cakap baik-baik kau pula cari pasal. Kau memang jenis suka cari masalah kan dengan aku. Penat bergaduh semalam pun belum hilang."

            "Semua salah saya, awak je yang betul."

              Terus Hazrain berlalu keluar dari bilik. Malas dilayan perangai Jasmin.

Jangan lupa tekan vote  ⭐️ & tambah cerita ni dalam playlist reading anda🥳 Terima kasih sudi baca🤩😘

🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸  Where stories live. Discover now