BAB 4 (b) : Berkenan?

1.3K 72 5
                                    

"JASMIN."

Tersentap Jasmin apabila dirinya ditegur. Nasib tidak tumpah air yang sedang diteguk. Dipaling wajah pada suara yang menegur. Bulat mata melihat wajah yang murah dengan senyuman itu. "Uncle?"

Kebetulan apa ni? Sejam yang lepas dia berjumpa dengan si anak, sekarang dengan si ayah. Yang pasti berjumpa dengan si ayah tidak akan menyakitkan hatinya. "Duduklah uncle. Kita minum sama."

"Min minum seorang je ke? Kalau dah janji dengan orang lain, tak perlulah jemput uncle. Takut mengganggu je." Ragu-ragu Datuk Hanafi mahu menarik kerusi. Apabila gadis itu kembali mempelawa, baru dia duduk.

"Janji nak makan dengan kawan, tapi dia cancel last minute. Mungkin hari ni rezeki kita lunch sekali kot. Taklah malu sangat saya nak makan seorang diri." Jasmin memanggil pelayan. Hari ini dia akan belanja Datuk Hanafi walaupun awalnya lelaki itu menolak.

"Min kerja kat sini ke?"

"Haah, kat Wisma Hill. Tingkat lima."

"Min kerja apa?"

"Kerja biasa je uncle. Account Executive kat syarikat pelancongan TT Travel."

Tak semena-mena Datuk Hanafi ketawa. "Wah dah hebat dah tu kerja Min. TT Travel tu antara syarikat pelancongan terkenal kat Malaysia. Syarikat uncle pernah bekerjasama dengan TT Travel empat tahun lepas. Bawa 10 pekerja cemerlang melancong ke Turki. Mungkin Min ingat dengan Mutiara Corporation?"

"Alamak uncle, kalau empat tahun lepas saya masih tak join lagi TT Travel. Saya kat sana pun baru 2 tahun." Jujur Jasmin. Alhamdulilah rezeki, habis belajar dia dipanggil temuduga di TT Travel. Siapa sangka dia lulus, kemudian terus dipelawa bekerja.

Sebaik makanan yang dipesan sampai, dia menjemput Datuk Hanafi makan.

"Uncle ada soalan nak tanya. Tapi Min jangan fikir yang bukan-bukan. Min dah ada teman lelaki belum?" Soal Datuk Hanafi sambil memulakan suapan. Hatinya sudah tertarik dengan perangai sopan gadis itu.

             Terus Jasmin terbatuk sebaik mendengar soalan Datuk Hanafi.  Dalam banyak-banyak soalan, kenapa soalan ini yang ditanya?  Rasa lain macam pula bila Datuk Hanafi yang tanya. Harap apa yang difikirkan itu tidak benar sama sekali.

          "Uncle tanya ni sebab nak tahu status Min. Kalau belum ada, boleh uncle kenalkan dengan anak uncle. Uncle ada empat anak, semua lelaki. Baru seorang kahwin. Mana tahu kalau ada rezeki, Min boleh jadi menantu uncle. Uncle dah berkenan dengan Min."

Nafas Jasmin mula tersekat-sekat. Tak sangka Datuk Hanafi sudah berkenan padanya dan mahu menjadikan dia menantu. Serta merta perut terasa kenyang walaupun masih ada nasi yang berbaki dalam pinggan. 

"Nanti kalau ada masa, datanglah rumah uncle. Boleh uncle kenalkan dengan anak-anak uncle. Hari tu Min datang sempat jumpa Hazrain je."

Jujurnya dia tidak berminat untuk berkenalan dengan anak Datuk Hanafi. Cukuplah Hazrain yang dia kenal. Itupun dah terlalu menyakitkan hati. Mana mungkin dia mahu kenal dengan yang lain. 

"Anak uncle setakat ni tak ada lagi yang perangai teruk-teruk. Alhamdulilah semua baik-baik. Uncle tak ada anak perempuan, tu uncle teringin nak ada menantu cepat-cepat. Kalau dapat menantu, auntielah orang yang paling gembira. Ada geng katakan."

Entah betul atau tidak apa yang dikatakan Datuk Hanafi pada awal percakapan. Macam susah saja mahu percaya. Baru jumpa seorang, perangai serupa hantu. Kalau jumpa lagi tiga tak tahu nak cakap perangai macam mana.          

"Kenapa senyap?" Soal Datuk Hanafi sambil menolak pinggannya yang sudah licin.         "Uncle cakap je. Kalau Min tak nak jumpa dengan anak uncle tak apa. Mana tahu Min dah ada yang istimewa tapi malu nak beritahu. Uncle pula yang terlebih semangat."

"Bukan, saya rasa saya tak layak untuk anak uncle." Alasan dicipta!

"Kenapa? Kalau pasal darjat ke status ke Min jangan risau. Uncle dengan auntie tak pernah memilih. Kalau itu jodoh anak kami, kami terima." Kalau tidak, takkanlah dia terima menantu pertamanya yang berpendidikan SPM. Malah dibesarkan pula di rumah anak yatim sejak kecil. Dia tahu menantunya itu akan menjaga anaknya dengan baik. Itu sudah cukup.

"Erk...erk..." Tangan mengaru kepala yang tidak gatal. Tidak tahu apa jawapan yang patut diberi. Alasannya menjerat diri! "Insya-Allah, nanti ada masa saya pergi rumah uncle." 

Dia takut mahu berjanji andai tidak mampu untuk menunaikan janjinya. Ada rezeki dapatlah dia jumpa dengan anak-anak Datuk Hanafi. Kalau tiada pun dia tidak kisah. Lagi dia suka.

Tapi bila difikir kembali, kenapa dia perlu takut? Datuk Hanafi merancang, tetapi Allah yang menentukan segalanya. Tak mungkin dia akan jadi menantu lelaki itu. Dia yakin jodohnya bukan di antara anak Datuk Hanafi.

Jangan lupa vote⭐️

🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸  Where stories live. Discover now