BAB 11 (a) : Orang Sombong Tak Mengaku Cemburu

845 57 3
                                    

LEGA! Cuti kahwinnya sudah diluluskan. Baik sungguh majikannya Tuan Thomas Adam, seorang lelaki mualaf apabila memberinya cuti seminggu terus. Dia juga ditawarkan hadiah pakej pelancongan bulan madu dengan separuh harga, tapi ditolak. Bulan madu dengan Hazrain? Erm, seram!

            
Kini dia hanya menghitung hari untuk bergelar isteri. Ada masa dalam 40 hari lagi. Sudah seminggu dia tidak berjumpa Hazrain. Ada juga dia melawat Datuk Hanafi dan Datin Zaida di rumah, alhamdulilah nasibnya baik apabila tidak bertembung dengan lelaki itu.

         
  "Eh yang tiba-tiba aku ingat dia ni kenapa?"

           
"Apa Min?"

            
Pantas Jasmin memusingkan kepala. Mak Cik Wati, cleaner pejabat elok saja berdiri di sebelahnya. Di tangan wanita itu ada plastik sampah kecil warna biru. Senyuman manis dilemparkan. "Tak ada apa-apalah."

         
   "Lah, ni kenapa pergi buang gambar ni?" tegur Mak Cik Wati lalu menghulurkan sekeping gambar yang dijumpai dalam timbunan kertas. Melihat gambar lelaki itu, dia senyum. "Ini ke bakal suami Min? Handsome! Jaga baik-baik. Orang ada rupa ni selalu jadi perhatian."

       
  "Apasal kau ni cuai sangat?" marah Jasmin pada diri sendiri sebaik Mak Cik Wati beredar. Entah macam mana gambar ini boleh masuk tong sampah. Nasib kantoi dengan Mak Cik Wati bukannya Ayu. Kalau tak memang teruk dia kena bebel dengan gadis itu.

         
Tangannya bermain-main di wajah yang tersenyum manis itu. Hanya Allah yang tahu betapa rindunya dia pada lelaki itu. Gambar inilah pengubat rindunya.

          
"Astaghfirullahlahazim," ucap Jasmin lantas berdiri. Suara orang berdeham mengejutkannya. Hampir terlepas gambar yang dipegang. "Awak?"

            
Macam mana Hazrain boleh masuk ke ruang pejabatnya? Mata mula melirik lelaki yang memakai kemeja warna coklat yang lengan bajunya dilipat hingga ke siku. Mengenakan tali leher warna yang sama tapi lebih gelap.

         
  "Aku ni terlalu handsome sampai kau pandang tak berkelip?"

            
Jasmin buat-buat batuk apabila menyedari keterlanjuran biji matanya. Pantas dia menunduk. Malu! Mukanya tiba-tiba rasa tebal 10 inci. Kenapa dia boleh tertangkap ketika menilik lelaki itu? "Awak buat apa kat sini?"

        
     "Aku nak jumpa kau."

            
Tak semena-mena dia ketawa. "Wah, satu perkembangan yang baik. Sanggup datang pejabat saya, semata-mata nak jumpa saya. Padahal boleh je awak telefon saya."

       
     "Kau ni memang muka tak tahu malu, kan? Bab-bab masuk bakul, kaulah juaranya."

        
    "Kenapa?"

      
      "Tak ada maknanya aku sanggup datang sini nak jumpa kau. Aku ada kerja kat sebelah. Ingat urusan kita belum selesai." Matanya jatuh pada sekeping gambar yang berada atas meja. "Boyfriend?"

                 
Cepat-cepat Jasmin menterbalikkan gambar itu. Entah kenapa tiba-tiba dia dapat idea untuk mengusik. "Jealous?"

           
    "Tak ada sebab aku nak jealous. Cuma aku hairan, orang macam kau pun ada yang berkenan ke?" bidas Hazrain tanpa memikirkan perasaan Jasmin. Silap oranglah mahu bergurau dengannya.

*Jangan lupa vote⭐️

🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸  Where stories live. Discover now