Bab 10 (a) : Berita Itu.... Mengejutkan

1K 59 2
                                    

"WAALAIKUMUSSALAM, ya ayah. Ada apa call?" Telefon dikepitkan antara telinga dan bahu. Sepuluh jarinya sibuk menari-nari atas keyboard komputer. Mata pula leka memandang skrin.

           "Uncle Hanafi dan Auntie Izzah masuk meminang Min."       

           Serta merta Jasmin menjadi patung.

           "Mereka baru je balik. Ayah terkejut lagi ni. Mula-mula Min tolak. Kemudian Min kata Min terima. Ayah tak percaya sebenarnya. Tapi bila mereka betul-betul datang baru ayah percaya." Beritahu Tan Sri Yusof di hujung talian.

             "Baguslah mereka datang." 

             "Min okey tak ni? Macam tak suka je?" Soalnya apabila menangkap suara Jasmin yang agak lain. "Kalau tak suka cakap awal-awal. Mak kamu tu bukan main gembira lagi."

             "Eh tak lah. Min terkejut je. Tak sangka secepat ni Uncle Hanafi datang. Dia tak ada cakap apa-apa pun dengan Min." Jujur Jasmin beritahu. Mahunya tak terkejut. Tiba-tiba dia dipinang.

           "Dia tak sabar nak Min jadi menantu dia. Insya- Allah bulan empat nanti Min kahwin."

           "Hah?" Terkejut punya pasal terus Jasmin berdiri. Ini memang kejutan. Tiba-tiba rasa takut menjelma. Bulan empat? Sekarang bulan satu. Ini bermakna ada tiga bulan lagi. Bersediakah aku?

           "Kenapa kamu tak suka ke? Benda baik elok percepatkan. Lagipun Hazrain sendiri yang minta dipercepatkan. Jadi uncle dan auntie ikut je."

           "Hah?" Yang ni dia memang betul-betul terkejut. Telinga dia salah dengar ke? Hazrain minta dipercepatkan? Pelik! Mati-mati dia fikir lelaki itu akan mengamuk kerana disuruh kahwin. "Ayah main-main ke? Tak lawaklah ayah."

            "Main apanya. Dah itu yang Uncle Hanafi beritahu ayah. Mungkin Hazrain tu dah suka kat Min."

              Jasmin ketawa sinis. Kalau betul apa yang dikatakan ayah, pasti ada sesuatu yang tidak kena ni. Tak mungkin Hazrain senang-senang mahu menerimanya. Pasti lelaki itu ada agenda tersendiri. Dia yakin!

           "Min ikut je ayah kalau itu kata mereka."

            Talian dimatikan dengan pelbagai soalan bermain di benak. Memang ada yang tak kena. Ingat aku ni bodoh ke? Apalah rancangan Hazrain? Kita nak tolong dia, dia pula nak memperdajalkan kita. Gila sewel betul Hazrain tu!

            Beg tangan dicapai lalu Jasmin menyelongkar isi beg untuk mencari sesuatu. Kad nama dikeluarkan. "Hanif Hazrain Datuk Hanafi..." Nama itu dibaca satu persatu. Kad ini diberi oleh Datuk Hanafi padanya. Pada kad itu tertera nombor telefon Hazrain. Tapi malangnya nombor itu merupakan nombor pejabat.

            Kad nama diterbalikkan lalu Jasmin tersenyum. Pandai Datuk Hanafi. Di belakang kad tertulis nombor telefon peribadi Hazrain. Teringat kata-kata Datuk Hanafi yang menyuruh dia menyimpan kad ini. Mungkin suatu hari nanti dia memerlukan. Dan ya, saat ini dia perlukan nombor Hazrain.

           "Hai Min. Sibuk ke?" Sapa Uzair yang mula bertenggek di meja Jasmin. "Nah, untuk you."

           Jasmin ukir senyuman plastik. Uzair ini pun masalah untuknya. Hazrain, Uzair dua lelaki yang lain perangai. Yang pasti dua-dua merimaskan dia. Sempat dia menjeling Ayu di meja sebelah. Nampak leka, tapi dia tahu gadis itu hanya berpura-pura.

           Melihat pemberiannya tidak disambut, Uzair meletak beg kertas itu atas meja. Lagi Jasmin melarang, lagi itu dia mahu membeli untuk gadis itu. Walaupun menolak Jasmin tetap saja terima pemberiannya. Biasalah, perempuan. Malu tapi mahu!  "Minggu depan Tuan Thomas ada jemput you makan kat rumah dia, kan? Kita pergi sekali ya. I ambil you."

           "It's okey. I dah janji nak pergi dengan Ayu. Lagipun lepas tu kami ada kerja sikit." Jasmin reka cerita. Dia buat muka apabila Ayu memandangnya. Mungkin sebab dia memetik nama gadis itu. Lega apabila Ayu turut sama mengiakan kata-katanya. Kawan sehati sejiwa betul!

           "Kerja apa? Kalau you nak minta I hantar pun, I boleh je hantar. Alah, macam you tak biasa." Dia perasan sejak akhir-akhir ini Jasmin seperti mahu mengelak daripadanya. Mereka pun sudah jarang keluar makan bersama. Panggilannya pun sudah tidak diangkat. "Min, you ada masalah? I perasan sejak kebelakangan ni muka you kurang seri."

           Hebat betul Uzair boleh meneka. Tapi dia tidak akan cerita masalahnya kecuali dengan Ayu.

         "You stress sebab kerja ke? Nanti I cakap kat uncle."

         "No, no." Jasmin memintas. Sikap ambil berat Uzair mula buat dia rasa serba salah. Sudahlah lelaki itu tunjuk keprihatinannya di depan Ayu. Uzair tidak tahu, tapi dia tahu. Dan dia rasa bersalah dengan kawannya. "Uzair, I nak sambung buat kerja ni."

         "Okey, I faham. I pergi dulu."

         Sebaik lelaki itu pergi, Jasmin melepaskan nafas lega. Dipandang Ayu. Ternyata gadis itu juga memandangnya. Senyuman yang Ayu lemparkan nampak plastik. Nampaknya dia kena berterus terang juga dengan gadis itu.

*Jangan lupa vote⭐️

🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸  Where stories live. Discover now