BAB 15 (c) : Tak Takut Pun

876 58 2
                                    

"HAZ, jaga Min baik-baik. Sekarang dia tanggungjawab Haz. Nanti dah habis cuti, bawa Min balik rumah kita. Kita akan tinggal bersama. Mama tunggu kalian."

Mata Hazrain melirik ke arah Jasmin. Dia sudah tidak boleh tunggu lagi. Ini masa yang sesuai untuk dapatkan keizinan mama.

"Mestilah Min akan tinggal dengan mama." Saja Jasmin buat tidak faham maksud lirikan mata Hazrain. Dia tidak mahu merosakkan mood gembira wanita yang sudah dipanggil mama itu. "Hati-hati balik KL. Nanti dah sampai call Min."

Datin Zaida ketawa lalu memeluk anak dan menantunya. Tidak sabar mahu menunggu kedatangan orang baru di rumah. "Haz jangan nak buat perangai kat tempat orang. Ingat jaga nama baik mama dan papa."

Hazrain mengangguk lalu menyalami tangan mamanya.

"Salamlah," tegur Jasmin perlahan apabila Hazrain hanya buat tak tahu dengan Datuk Hanafi. Mujur orang tuanya tidak melihat sikap Hazrain yang tidak sopan ini. Geram, laju saja tangannya mencubit pinggang lelaki itu. Senyuman plastik dihadiahkan apabila lelaki itu membulatkan mata tanda marah dengan apa yang dibuat.

Melihat Hazrain menghulurkan salam, senyuman ditahan. Sampai terkejut Datuk Hanafi. Dia akan ubah Hazrain secara perlahan-lahan. Dan apa yang baru dibuat lelaki itu, sudah menunjukkan satu perkembangan yang baik.

Beberapa minit berborak, Jasmin menghantar keluarga mentuanya ke kereta. Tangan dilambai, menghantar pemergian mereka. Dapat dia lihat senyuman Datuk Hanafi tadi. Mungkin lelaki itu mahu ucap terima kasih.

"Kau jangan memandai nak cubit aku lagi lepas ni."

"Tercubit! Takkan sakit kot. Nah..." Dihulurkan lengannya pada lelaki itu. "Balas balik kalau tak puas hati."

Gigi diketap. Baru sehari dia sudah tercabar dengan Jasmin. "Balik KL aku nak kau tunaikan janji kau. Jangan buat aku tertunggu-tunggu lagi." Diikut langkah gadis itu yang menonong masuk ke dalam rumah. "Kau dengar ke tak ni?"

"Kalau saya tak nak?" Saja mahu uji kesabaran Hazrain. Tak habis-habis dengan janji. Bila masa entah aku berjanji.

Hazrain menghentikan langkah. Jasmin dipandang seperti ingin ditelan hidup-hidup.

"Eh, apa ni lepaslah. Apa pegang-pegang ni?"

"Kau jangan nak main-main dengan aku. Aku paling benci dengan manusia yang tak tepati janji. Kau tak kenal aku siapa. Aku boleh hancurkan hidup kau dalam sekelip mata," ugut Hazrain lalu melepaskan lengan Jasmin yang dipegang. Nampak gadis itu seperti mahu main tarik tali dengannya.

"Oh ya ke? Tak takut pun," bidas Jasmin lalu berlenggang ke dapur. Inilah masa untuk dia menyakiti hati Hazrain. Lelaki itu tidak akan berani mengapa-apakan dirinya kerana ini rumahnya.

"Kurang ajar!" Rasa marah ditahan. Pesanan mama berlegar-legar dalam kepala. Takkan mahu cari gaduh dengan tuan rumah.

Jangan lupa tekan vote  ⭐️ & tambah cerita ni dalam playlist reading anda🥳 Terima kasih sudi baca🤩😘

🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸  Where stories live. Discover now