BAB 18 (d) : Jangan Mudah Memaafkan

2.3K 125 11
                                    

"MIN, sini sekejap."

         Jantung mula berdegup kencang apabila dipanggil Datin Zaida. Apa wanita itu dapat menghidu ketegangan hubungannya dan Hazrain? Maklumlah tadi semasa makan malam, mereka langsung tidak bercakap. "Kenapa ma?"

            "Mama saja nak borak dengan Min. Adanya Min, tak adalah mama rasa bosan lagi."

            Nafas lega ditarik. Ingat apalah yang mahu dikatakan wanita itu.

            "Mama harap Haz layan Min dengan baik. Mama takut dia ada sakitkan hati Min sampai satu tahap Min nak keluar dari rumah ni," luah Datin Zaida tiba-tiba. "Mama dah sayang dengan Min."

             Senyuman plastik mula terukir di bibir. "Setakat ni dia layan Min dengan baik." Sakitnya rasa apabila perlu menipu. Ikutkan hati dia sudah tidak kuat, tapi takkan dia mahu mengalah di pertengahan jalan?

            "Mama nak Min dan Haz terus tinggal sini."

             Tak tertelan liur Jasmin. Besar harapan Datin Zaida. Macam manalah perasaan wanita itu kalau tahu rancangan Hazrain? "Insya Allah ma. Dah dapat keluarga mentua yang baik, takkan Min nak lari keluar pula. Rugi!"

           Dalam hati sudah rasa berdosa. Bagaimana kalau dia gagal kotakan apa yang dikata? Bukankah dia akan menghancurkan harapan Datin Zaida? Sebaik wanita itu meminta diri, dia mengeluh. Masalah oh masalah! Yang tadi pun belum selesai, tambah pula yang ini.

            Malas fikir terus Jasmin naik ke atas. Sebenarnya dia malas naik ke bilik lagi. Sejak apa yang berlaku petang tadi, dia cuba mengelak daripada berjumpa Hazrain. Sakit hatinya berganda-ganda.

           Pintu bilik dibuka. Gelap. Hanya lampu dari balkoni yang menerobos masuk. Lega apabila melihat Hazrain sudah terlelap.

          Tuala dicapai lalu langkah diatur ke bilik air. Muka dicuci lalu wuduk diambil. Sebaik keluar baru terdetik di hatinya, takkan mahu solat dalam keadaan gelap? Kalau buka lampu tak ke mengamuk Hazrain tu nanti? Masalah lagi!

          Tapi kalau buka pun bukan lelaki tu perasan. Nama pun sudah tidur. Buatnya tiba-tiba terjaga? Jasmin mengeleng perlahan. Jalan terbaik, jangan buka lampu. Biarlah solat dalam keadaan gelap, janji khusyuk.

           "Dah tahu nak sembahyang yang kau tak buka lampu kenapa?"

            Terkejut! Ingat sudah tidur. Malas peduli, solat didirikan.

             Mengeleng Hazrain dengan sikap Jasmin. Dia sudah tidur tapi terjaga gara-gara bunyi air. Dengan malas, dia bangun lalu lampu dibuka. Tak perlulah dia marah, sebabnya juga Jasmin berkelakuan begitu. Bila dingat apa yang dibuat tadi, dia rasa menyesal. Air mata gadis itu penyebab dia sedar.

           Selesai saja solat, lampu kembali ditutup. Entah apa motif lelaki itu bukakan lampu. Sekali dia sudah label kejam, selamanya itulah yang dianggap. Sofa dituju. Memang ini tempat tidurnya dan dia sendiri tidak kisah. Sama adil. Dia sendiri biarkan Hazrain tidur di sofa saat di rumahnya.

             "Bantal? Comforter?" Pasti Hazrain yang letak. Apa tujuan lelaki itu? Takkan nak pujuk dia? Tak mungkin. Kesian?  Itu mungkin ya sebab semalam dia hanya tidur berlapikkan bantal sofa.

          Masih adakah perasaan belas kesian dalam diri Hazrain? Fikirnya lelaki itu akan biarkan dia begini selamanya. Perasaan marah mula hilang sedikit demi sedikit.

           Jasmin mengeluh. Kenapalah hatinya begitu lembut? Takkan baru sikit Hazrain buat baik dia sudah lupa apa yang dilakukan lelaki itu sebelum ini. Ingat Jasmin Fallina apa yang dilakukan itu sebab kesian. Hanya kesian!

Nak 40 vote⭐️ boleh? 🤗 Dah dapat baru up teaser baru💋

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 04, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸  Where stories live. Discover now