BAB 12 (a) : Kena Frenzone Ke Bro?

827 58 6
                                    

BARU beberapa langkah keluar dari lif, pantas Jasmin menyembunyikan diri apabila menangkap wajah seseorang. Apa pula yang dibuat Uzair di pejabat? Sepatutnya lelaki itu di Singapore selama seminggu. Ini belum seminggu sudah balik.

    "Min."

    Jasmin tersengih. Sembunyi apa kalau Uzair boleh nampak. Kepalanya yang bertudung digaru. Sudah tahu apa yang ingin ditanya lelaki itu. Sejak berita perkahwinannya tersebar, dia langsung tidak menjawab panggilan Uzair. WhatsApp lelaki itu pun tidak dibalas.

     "Uncle cakap you nak kahwin? It's that true?" Tidak putar belit cerita, Uzair terus bertanya. Terkejut sampai dia terus pulang ke Malaysia. "Kenapa tiba-tiba?"

     "Sebenarnya, I dah ada someone. Perhubungan kali ni I tak show off sangat. Dah nak kahwin baru I beritahu." Menipu! Dah itu satu-satunya jalan untuk tidak buatkan Uzair dekat dengannya lagi. "Kenapa?"

    "Tak, I terkejut." Uzair cuba mengawal nada suaranya. "Semudah itu you lupa pada Yazid? I ingat you tak akan kahwin, sebab you akan setia pada dia sampai bila-bila."

    Air liur ditelan apabila nama itu meniti di bibir Uzair. Hebat Uzair. Lelaki itu tahu kelemahannya ialah Yazid. "You tahu I akan sedih bila dengar nama Yazid, kenapa you ungkit?"

    "Sorry, I tak berniat nak sakitkan hati you. Tapi cuba you faham I." Bersungguh Uzair berkata. "I kawan Yazid. Sebab dia I kenal you. I tahu you dengan dia macam mana. I ingat you akan membujang sampai tua untuk buktikan kesetiaan you. Tapi rupanya tak."

"I pun manusia Uzair." Dia tidak boleh salahkan Uzair. Seperti mana Ayu, Uzair juga tahu mengenai kisahnya dengan Yazid. Sungguh dia lupa siapa sebenarnya Uzair. Lelaki itu kawan baik Yazid.

    "Min, Yazid pernah pesan pada I suruh tengokkan you. I berusaha untuk tunaikan amanat dia."

    "I faham Uzair. Tapi sekarang keadaan dah berubah," ujarnya yang mempunyai maksud tersirat. Kalaulah dia tidak tahu tentang perasaan Ayu, sungguh dia tidak akan rasa bersalah seperti ini.

    Uzair tersenyum hambar. Ini hasil pengorbanannya? Setelah bersusah payah dia melindungi dan memberi kesenangan pada Jasmin, gadis itu akhirnya pergi pada lelaki lain. "You yakin lelaki yang akan jadi suami you, akan jaga you sebaik Yazid jaga you? Kenapa you pilih lelaki yang you tak kenal, berbanding lelaki yang you kenal?"   

    Tersentap Jasmin dengar soalan Uzair. Terjawablah persoalannya. Ternyata Uzair memang ada hati padanya. Kenapalah ini harus berlaku pada mereka? Sumpah, dia hanya menganggap Uzair sebagai kawan. Dia tidak mampu menipu yang dia senang dan selesa berkawan dengan lelaki itu.

    "Mana you tahu I baru kenal dia?" Jasmin mula putar belitkan cerita.

    "You betul cintakan dia?" Kecewa apabila gadis itu seolah tidak faham maksud soalannya. Maknanya selama ni dia bertepuk sebelah tangan?

    "Ya, kalau tak, tak akan I nak kahwin. Mungkin dah sampai masanya I tamatkan zaman bujang." Anak mata dilarikan daripada menatap wajah Uzair. Jelas terserlah kekecewaan di wajah itu. Dia terpaksa mengaku. Sungguh dia tidak boleh terima Uzair ada perasaan cinta padanya. Lelaki itu sudah mengkhianati kawan baik sendiri. "You pun akan jumpa cinta you tak lama lagi."

    Sengaja dia cakap berkias. Takut kalau berterus terang, Uzair akan terkejut. Lagipun dia masih belum bercakap empat mata dengan Ayu mengenai hal ini. Mana tahu yang tanggapannya selama ini salah.

    "I doakan you bahagia. Ingat, kalau I tahu lelaki itu sakitkan hati you, I tak teragak-agak untuk belasah dia." Uzair beri amaran. Tak guna dia mahu marah. Salahnya juga tidak berterus terang. Bila melepas, gigit jarilah jawapnya.

Jangan lupa tekan vote ⭐️  &  tambah cerita ni dalam playlist reading anda🥳 Terima kasih sudi baca🤩😘

🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸  Where stories live. Discover now