BUNYI ketukan di tingkap buat Hazrain tersentak. "Kau nak apa?" soalnya sebaik menurunkan cermin kereta. Lain yang ditunggu lain yang sampai. Akibat bosan menunggu mamanya berborak dengan Eddy, terus dia melarikan diri masuk kereta.
"Kot ya pun keluarlah dulu."
"Jangan kacau aku boleh tak? Aku tak ada mood ni."
Cepat-cepat Jasmin menahan apabila Hazrain menaikkan cermin. Hais, buruk betul perangai! Bertindak ikut kepala dia je. "Perbincangan kita belum selesai. Awak tak nak tahu ke apa syarat saya?" Sengaja dia senyum walaupun dia tahu senyumannya boleh menaikkan kemarahan Hazrain.
"Apa syaratnya?" soal Hazrain bosan lalu menyandar pada badan kereta. Nak tak nak dia terpaksa ikut syarat yang akan ditetapkan oleh gadis itu untuk menjayakan rancangannya.
"Syarat pertama aw..."
"Syarat pertama? Kau ada berapa syarat nak bagi?" celah Hazrain tidak puas hati.
"Dengar dulu apa saya nak cakap. Saya ada beberapa syarat. Syaratnya mudah je. Tak susah pun. Awak nak pindah, kan?"
"Yup. Lepas kahwin kita terus pindah. Tapi kalau kau tak nak duduk dengan aku pun, aku tak kisah. Lagi aku suka."
"Mana boleh macam tu. Saya kena tinggal dengan awak. Saya kan isteri awak," balas Jasmin selamba. Gila nak duduk asing-asing. Nanti macam mana rancangannya mahu Hazrain dan Datuk Hanafi berbaik. Walaupun tidak serumah, pandai-pandailah dia nanti. "Syarat pertama, saya tak nak tengok awak berkasar dengan papa awak depan saya."
Cermin mata yang terletak elok di hidung segera ditarik kasar. Mencerlung matanya memandang mata Jasmin yang bercontact lens itu. Apa gadis itu masih tidak faham keadaannya? Dia ingin lari daripada papanya boleh pula Jasmin buat syarat seperti itu.
"Apa kejadahnya aku nak kena dengar syarat kau?" marah Hazrain tanpa dapat ditahan. Memang taklah dia nak ikut.
"Yup, awak kena ikut syarat saya kalau awak nak saya bantu awak." Ini baru langkah pertama. Kalau Hazrain tidak mahu dia masih punya banyak rancangan. "Saya ni bukan jahat sangat. Saya cuma nak awak terima sesuatu dengan seikhlas hati. Senang faham, kena redha."
"Apa maksud kau?"
Jasmin diam. Dia tahu Hazrain faham apa yang dimaksudkannya. "Buat masa sekarang itu je kut syarat saya."
"Kau ni memang gila."
"Saya ke awak yang gila? Orang gila memang tak akan sedar yang dia gila."
"Kau nak cakap aku gila?"
Jasmin ketawa kecil. "Saya tak cakap pun awak gila. Tapi kalau awak sedar diri, baguslah. Saya balik dulu. Assalamualaikum."
Hazrain mengetap bibir tanda geram dengan sikap gadis itu. Macam mana dia boleh berjumpa orang macam Jasmin dalam hidupnya?
Jangan lupa tekan vote ⭐️ & tambah cerita ni dalam playlist reading anda🥳 Terima kasih sudi baca🤩😘
YOU ARE READING
🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸
RomanceDulu kita bertemu, kenangan pahit tercipta antara kita sehingga mencipta dendam dalam diri aku. Kini, siapa sangka kita ditakdirkan untuk berjumpa. Niat aku terpesong, kerana dendam aku berubah. ************************ "Helo." "Bar...