BAB 17(c) : Kerjakan Isteri

1.3K 69 18
                                    

"JASMIN!"

          Tidak mengendahkan panggilan Hazrain, Jasmin terus menghabiskan doanya. Lelaki itu baru saja masuk ke dalam bilik selepas setengah jam turun ke bawah. Buat apa? Entahlah. Dia malas ambil tahu. Saat ini dirinya  sangat penat. Telekung yang membungkus tubuh dibuka.           

          "Kau pakai telekung siapa ni?" soal Hazrain menahan marah. Telekung dirampas lalu diangkat ke muka gadis itu.

           "Tak tahu. Saya ambil kat sana. Beg saya ada dalam kereta. Awak yang tak ambil," beritahu Jasmin malas.

           Hazrain menarik nafas supaya dia lebih tenang. Tapi kesabarannya makin tipis. "Kau tahu tak telekung ni siapa punya?"

           "Tak kisahlah siapa punya. Bukan saya pergi gunting pun."

           "Telekung ni milik arwah isteri aku, kau tahu tak?" Tengking Hazrain tanpa dapat ditahan. Pantang hidupnya kalau ada orang berani guna barang arwah Shima.

          Tengkingan Hazrain menyebabkan Jasmin kaku. Dia kembali menjadi patung yang bernyawa. Mata mula berair gara-gara terkejut. "Saya cuma pinjam."

           "Pinjam? Tapi kau tak cakap kat aku. Cara kau ni namanya mencuri!" Masih tidak berubah nada suara Hazrain. Bertambah sakit hati apabila langsung tiada riak bersalah di wajah itu.

             "Saya cuma pinjam, awak faham tak? Saya tak tahu telekung tu yang isteri awak punya." Kain yang masih dipakai ditarik lalu dicampak pada Hazrain. "Boleh tak awak tegur saya baik-baik? Jangan tengking, jerkah saya macam saya ni tak ada harga diri. Saya ni manusia, bukan robot!"

             Hazrain meraup rambutnya ke belakang. Apa saja alasan Jasmin dia tetap tidak boleh terima. Salah tetap salah!

              "Eh, kau dengar sini. Ni amaran untuk kau. Kau jangan nak sentuh harta benda aku yang ada dalam bilik ni. Apatah lagi kau nak guna. Kalau aku tahu, siap kau aku kerjakan." Dicengkam wajah Jasmin. Telekung ini merupakan telekung kesayangan Shima. Hadiahnya sebagai hantaran perkahwinan dan telekung itu jugalah yang digunakan oleh arwah selama mereka hidup bersama.

             Jasmin mengigit bibir bawah apabila Hazrain melepaskan mukanya. "Kerjakan? Awak nak pukul saya? Saya isteri awak, awak sanggup?"

             "Manusia kalau hilang sabar, membunuh pun mereka sanggup."

            "Keterlaluan!" Hatinya terluka. Sakit yang tidak dapat digambarkan. Apa perasaan ayah kalau tahu Hazrain telah menyakitinya? Ayah sendiri tidak pernah berkasar dengannya. Tiba-tiba dia rasa tidak kuat untuk menempuh hidup bersama Hazrain.

             Diatur langkah ke sofa. Satu hari ini hatinya sangat terluka dengan sikap Hazrain. Apa dia manusia yang tiada perasaan sehingga semudah itu Hazrain menjerkahnya? Hanya kerana telekung yang dipakai merupakan milik orang yang dicintai. Memang salahnya tidak beritahu dulu, tapi janganlah sampai menjerkah.

               Kalau Hazrain hanya memarahinya, dia akan meminta maaf tapi mulutnya tidak kuat apabila dia dijerkah sebegitu. Cara Hazrain melayan seperti dia buat kesalahan membunuh saja. Dia penat. Penat dengan segala-segalanya.

             Kepala sudah mula pening. Mata mengantuk mahu tidur, tapi sungguh dia tidak selesa dengan keadaan dirinya sekarang. Seluar loose dan T-shirt lengan panjang dipakai sejak petang tadi. Waktu mahu balik, dia cuma sarung tudung saja.

           Walaupun tidak selesa dia tiada pilihan lain. Sekarang hanya ada beg tangan dengannya. Entah apa yang akan dipakai esok. Nak tak nak dia kena pulang ke rumah sana. Tapi bagaimana caranya? Itu kemudian fikir.

            Setengah jam termenung mengenangkan nasib diri, mata mula memberat. Hazrain di katil sudah terlelap. Tinggallah dia seorang diri terkebil-kebil di sofa. Apa yang dilakukan Hazrain malam ni tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Lelaki itu bukan saja sombong, ego, berlagak tetapi seorang yang kejam. Makin lama, makin terserlah perangai sebenar Hazrain.

Jangan lupa tekan vote  ⭐️ & tambah cerita ni dalam playlist reading anda🥳 Terima kasih sudi baca🤩😘

🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸  Where stories live. Discover now