"YA ALLAH, bencinya aku." Dicapai bantal sofa lalu ditumbuk kuat. Tak dapat tumbuk muka Hazrain, dapat tumbuk bantal pun jadi. Bantal ini ibarat muka lelaki itu. Sungguh, saat ini bertambah rasa bencinya pada Hazrain.
Patutlah menduda sampai sekarang. Kesian lelaki itu tiada perempuan yang suka. Siapalah yang berkenan dengan lelaki macam tu? Macam manalah arwah isterinya boleh jatuh hati pada Hazrain tu? Mulut longkang!
"Amboi, lepas balik dari rumah bakal mentua terus mengamuk ni kenapa?" Tegur Ayu yang muncul bersama dua biji mug berisi air milo di tangan. Dihulur mug itu pada Jasmin. "Kita minum dulu."
"Kau ni kenapa? Kau bergaduh dengan ayah kau ke? Kalau tak nak kahwin pun, bincang baik-baik. Dia tak paksa kau, kan?" Soal Ayu setelah hampir lima minit mereka berdiam diri.
"Memang aku tak akan kahwin dengan lelaki gila itu. Siapalah hendak duda terlajak sombong tu. Aku rela tak kahwin. Kalau aku kahwin dengan dia hari-hari aku kena maki hamun." Ini keputusannya. Dia menolak! Tak sanggup dia mengorbankan diri dalam kancah derita. "Tadi aku call ayah aku nak cakap, tapi dia tak angkat. Besok aku nak call balik."
"Mesti ayah kau kecewa."
"Aku kenal ayah aku macam mana."
Ayu mengeluh kecil. Bukan sehari dua dia kenal Jasmin tapi bertahun-tahun. Semua kisah Jasmin dia tahu. Jujur cakap dia sangat gembira dengar rancangan Tan Sri Yusof. Dia mahu Jasmin berkahwin dan melupakan segala kisah silam yang pernah berlaku dalam hidup gadis itu.
"Kau masih ingat pada Yazid ke?" Mata Ayu jatuh pada cincin belah rotan yang dipakai Jasmin. Tidak pernah sekali pun kawannya menanggalkan cincin emas itu.
"Aku tak suka kau sebut nama tu depan aku." Marah Jasmin. Benda yang lepas, dia sudah tidak mahu kenang. Nanti hatinya akan menangis. Dia sudah penat menangis.
"Kalau bukan, kenapa kau tak nak terima cadangan ayah kau tu? Kau kena ingat mesti ayah kau ada sebab kenapa nak kau kahwin dengan Hazrain tu."
Bingo! Pandai betul Ayu meneka. Status sebenar Hazrain masih dirahsiakan daripada kawannya. Tidak menunggu lama, rahsia dibongkarkan. Apa yang dia tahu tentang Hazrain, diceritakan pada Ayu. Semuanya!
"Aku dah fikir masak-masak. Itu keputusan aku." Masih segar kata-kata terakhir Hazrain petang tadi. Memang cari nahas kalau dia melibatkan diri dalam kehidupan lelaki itu. Takut? Mestilah, ini hidupnya. Sudah tahu derita menunggu, kenapa dia perlu redah?
"Kalau itu kata kau, aku tak boleh halang. Tapi aku nak kau tahu keputusan kau ni akan menyebabkan ramai orang kecewa terutama Datuk Hanafi. Dia pernah tolong selamatkan kau. Kenapa kau tak tolong dia pula sekarang?" Sengaja Ayu menyoal perkara itu. Mungkin Jasmin lupa jasa Datuk Hanafi.
"Ya, aku tahu. Tapi permintaan dia terlalu besar. Ini melibatkan masa depan aku. Kalau dia minta benda lain, aku boleh tunaikan. Tapi bukan ini. Aku tak nak libatkan diri dalam masalah mereka anak beranak."
"Dia akan fikir yang kau tak kenang jasa dia."
"Dia ikhlas tolong aku. Kau tahu aku pun rasa bersalah sekarang. Aku tak tahu macam mana nak jumpa dia, nak cakap pasal benda ni. Aku tak sanggup nak tengok muka dia yang hampa itu. Tapi dalam masa yang sama aku tak sanggup korbankan diri aku untuk anak dia. Kau tahu aku macam mana. Aku pantang dengan orang yang kurang ajar ni."
Ayu bangun lalu menuju ke arah Jasmin. Punggung dilabuhkan di sebelah gadis itu. "Kau tahu tak macam mana seksanya aku masa nak pulihkan keadaan kau dulu? Kalau kau nak tahu macam mana, kau letak diri kau di tempat Hazrain. Kau dengan dia sama je sebenarnya. Dua-dua alami kehilangan. Tapi kau kuat, sebab kau berjaya bangkit. Hazrain tak. Dia gagal. Dia perlukan pertolongan kita. Dan kita itu adalah kau. Tak salah kalau kau bantu dia. Tanamkan niat itu dalam diri kau. Niat yang baik Allah akan permudahkan."
"Dengan jadi isteri dia?"
"Hanya itu hanya jalan yang kau boleh masuk ke dalam hidup dia."
Jasmin ketawa hambar. "Dia awal-awal dah bagi amaran pada aku jangan masuk campur dalam urusan dia."
Ayu menepuk paha Jasmin beberapa kali lalu mengangkat punggung. Sengaja bagi ruang supaya kawannya kembali berfikir.
Jangan lupa ⭐️ dan tambah cerita ni dalam playlist reading anda❤️
YOU ARE READING
🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸
RomanceDulu kita bertemu, kenangan pahit tercipta antara kita sehingga mencipta dendam dalam diri aku. Kini, siapa sangka kita ditakdirkan untuk berjumpa. Niat aku terpesong, kerana dendam aku berubah. ************************ "Helo." "Bar...