BAB 10 (b): Kata Orang Kau Yang Lebih

968 59 2
                                    

JASMIN  melangkah keluar daripada bilik air sambil mengesat rambut yang masih basah. Sempat matanya melihat jam dinding yang sudah menunjukkan angka 1 pagi. Terasa segar sekali mandi tengah malam seperti ini.             

           Telefon jenama Samsung yang terdampar atas katil dicapai. Keluhan terbit apabila melihat skrin kosong tanpa apa-apa notification. Tidak menunggu lama, senarai rakan dibuka lalu nama Hazrain dicari. Masuk kali ini sudah sepuluh kali dia  menghubungi lelaki itu. Tapi satu pun panggilannya tidak diangkat.

            Macam sengaja tak nak angkat panggilan aku. Ya ke? Takkan dia tahu aku call kot? Dia mana ada nombor aku. Nak ajak jumpa pun susah.

             Panggilan pertama tidak dijawab. Jasmin tidak putus asa lalu cuba untuk kali kedua. Lantaklah kalau Hazrain mahu marah pun. Jujur cakap selepas melihat pertengkaran antara Hazrain dan Datuk Hanafi, dia jadi semakin berani untuk berhadapan dengan lelaki itu. Lagipun niatnya baik, dia mahu menolong Datuk Hanafi

             "Helo."

            "Baru nak angkat. Saya telefon daripada tadi kenapa tak jawab?"

             "Siapa ni?" Tanya suara di hujung talian.

            "Takkan tak kenal suara bakal isteri sendiri." Menyindir! Perasaan benci tiba-tiba terbit dalam diri sebaik mendengar suara garau Hazrain. Kalau dengar suara sudah benci apatah lagi tengok muka.

            "Kau nak apa telefon malam-malam? Tak ada adab ke? Tak tahu orang nak tidur ke apa ke? Biadap betul!"

             Jasmin hanya mencebik. "Cakap pasal adab, macamlah kau tu ada adab sangat. Perangai macam setan!" Tu dia. Jangan main-main dengan mulut Jasmin Fallina.

              "Apa masalah kau ni perempuan? Telefon nak cari gaduh dengan aku ke?"

              "Amboi garangnya." Telefon dijarakkan daripada telinga apabila mendengar jeritan Hazrain. Boleh pecah gegendang telinganya. Tapi puas juga hati dapat buat Hazrain melenting malam-malam buta. Hebat aku!

         "Saya nak jumpa awak. Kat Kafe Al Ghufran pukul 10 pagi."

         "Siapa kau aku nak kena jumpa?"

          "Okey macam ni. Jujur cakaplah. Saya tahu awak ada rancangan. Kalau tak awak tak akan beria-ria nak kahwin dengan saya. Cuma saya tak tahu apa rancangan awak. Tak nak share dengan apa saya rancangan awak?"

         Tutt...

        "Kurang ajar! Aku tak habis cakap dia dah letak." Dengan perasaan marah Jasmin  menukar nama Hazrain kepada duda gila sombong. Selepas itu dia tersenyum. Padam muka kau! Sakitkan lagi hati aku. Aku ni ditakdirkan supaya sembuhkan kau, tahu tak?

           Bukan kecil pengorbanan dia. Hidup jadi taruhan.

*Jangan lupa vote⭐️

🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸  Where stories live. Discover now