BAB 7 (a) : Jodoh

1.3K 66 3
                                    

DALAM bilik Jasmin mula mundar mandir sambil tangan bercekak ke pinggang. Sudah sejam dia begini. Apa yang terjadi awal pagi tadi benar-benar buatkan hidupnya berubah. Ingatkan dapat juga dia rehat di hari minggu, rupanya tidak. Hidupnya yang tenang selama ini kembali dihujani masalah.

    Ternyata pertemuan keluarganya dengan Datuk Hanafi semalam membuka satu cerita baru. Kata-kata ayahnya kembali menghantui diri.

"Min, ayah ada benda nak cakap dengan Min ni?" Ujar Tan Sri Abdullah lalu menutup al-Quran kecilnya. Dicium beberapa kali lalu diletakkan atas meja di depannya. "Ayah dah suka dengan anak Uncle Hanafi tu."

"Lepas tu apa masalahnya?" Endah tak endah saja Jasmin bertanya. "Kalau ayah suka anak Uncle Hanafi pun, apa yang Min boleh buat?"

"Ayah ingat nak jodohkan Min dengan anak dia."

"Hah?" Terus Jasmin berpaling menghadap Tan Sri Yusof. Terkerdip-kerdip matanya memandang wajah serius ayah. Ditayang wajah comel.

"Jasmin Fallina, ayah serius ni. Kalau Min nak tahu Uncle Hanafi pun sebenarnya dah berkenan sangat nak jadikan Min menantu dia. Masa kami berbual lepas makan tadi, dia cakap kat ayah. Ayah ingat dia bergurau ke apa. Bila dia cakap macam tu, ayah pun cakaplah yang ayah pun ada berkenan kat anak lelaki dia."

Kata-kata ayah buat Jasmin menelan air liur. Aduh, serba salah dia ketika ini. Kalau ayah saja yang berkenan tapi Uncle Hanafi tidak, boleh juga dia menolak. Tapi bila kedua-dua pihak suka, matilah dia.

"Min tak de berkenan ke dengan anak Uncle Hanafi?"

Berkenan? Anak Uncle Hanafi yang dia kenal dua orang je. Hazrain dan Haris.

"Kami dah berpakat nak jodohkan Min dengan Hazrain."

"Hah?" Terus Jasmin berdiri sebaik mendengar kata-kata itu. Kalau ayah ingin jodohkan dia dengan Haris mungkin dia tidak akan terkejut sebegini rupa. Mungkin juga dia boleh pertimbangkan permintaan ayah kalau yang menjadi calon suaminya ialah Haris. Tapi bila nama Hazrain yang keluar, memang sesuatu yang tidak dijangkakan. Kenapa lelaki itu juga yang hendak dipadankan dengan dia?

"Hazrain tu cukup pakej. Baik, rajin, bertanggungjawab, hormat orang tua, berbudi bahasa. Takkan Min tak nak calon suami macam tu?"

Belum habis ayahnya berkata, Jasmin sudah ketawa kuat. Ikutkan hati mahu saja dia ketawa sambil guling-guling atas lantai. Sah, ayah belum kenal sepenuhnya lelaki bernama Hazrain ni. Kesian ayah tertipu dengan lakonan lelaki itu. Kalaulah ayah tahu perangai sebenar Hazrain. Mesti ayah kecewa.

"Ayah tak buat lawak. Mak pun dah bersetuju dengan cadangan ni."

Jasmin buat-buat batuk. Cuba diseriuskan wajah. Tapi dalam hati dia masih ingin ketawa. "Min sebenarnya terkejut. Kenapa dalam ramai-ramai anak Uncle Hanafi tu, ayah dengan uncle nak jodohkan Min dengan Hazrain?"

Bukan jawapan yang dia dapat tapi ayahnya hanya diam. Wajah pula terus berubah suram. Jasmin dapat hidu ada sesuatu yang tidak kena. Apa ayah dan Datuk Hanafi ada rancangan?

Ayahnya bukan macam sesetengah ibu bapa yang suka menjodohkan anak. Tan Sri Yusof seorang yang memberi kebebasan pada anak-anaknya.

"Hazrain tak yang macam Min sangka." Perlahan saja ayat itu keluar daripada mulut Tan Sri Yusof. Namun jelas kedengaran di telinga Jasmin.

"Apa ayah?"

"Tak ada apa-apalah."

"Tadi ayah ada ca..."

"Min..." Tidak mahu Jasmin bertanya dengan lebih lanjut, cepat-cepat Tan Sri Yusof memotong percakapan anaknya. "Kita tak boleh menilai seseorang dari luaran. Selagi kita tak kenal dia betul-betul kita tiada hak untuk tentukan baik buruk seseorang. Kalau pantai boleh berubah apatah lagi insan yang bernama manusia. Setiap orang ada kesilapan yang pernah dilakukan. Kita tak boleh menghukum orang tanpa kita tahu apa masalah mereka. Siapa kita nak mengata mereka sedangkan kita juga manusia yang ada buat salah."

    Wajah diraup apabila suara ayahnya makin menghilang. Jasmin kembali ke alam realiti. Betullah kata orang tua-tua, hari tidak selamanya cerah. Kalau semalam dia bergelak ketawa, tetapi hari ini siapa tahu nasibnya akan jadi seperti ini.

    Dalam hidup ada satu perkara yang paling dia tidak suka iaitu masalah. Ya, dia paling tidak suka dengan masalah.

Dalam pada masa yang sama dia juga tertanya-tanya apa Hazrain tahu atau tidak tentang rancangan orang tua mereka. Paling dia ingin tahu bagaimana reaksi lelaki itu. Terkejut? Itu sudah pasti.

*Jangan lupa vote ⭐️

🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸  Where stories live. Discover now