MELIHAT jam hampir pukul satu, meja kerja dikemas ala kadar. Melangkah keluar daripada pintu masuk pejabat urusan TT Travel terus Jasmin menekan butang lif.
Matanya yang meliar ke kiri kanan mula terhenti apabila ada sesuatu yang menarik perhatian. Seorang lelaki yang duduk di sofa sambil bermain telefon buat dahinya berkerut. Hazrain!
Jumpa lagi mereka. Apa yang dibuat lelaki itu? Mungkin ada urusan kerja di Zamri & Associates. Maklumlah di tingkat lima Wisma Hill ni ada dua buah pejabat syarikat yang berbeza. Sebelah kanan TT Travel manakala sebelah kiri Zamri & Associates, syarikat yang menguruskan hal akaun, percukaian dan lain-lain.
Niat hati mahu masuk ke dalam lif mati apabila melihat Datuk Hanafi. Tak sangka lelaki itu juga ada, fikir Hazrain seorang diri. Baru saja mahu menegur, dia lihat Datuk Hanafi mendekati Hazrain.
"Papa ingat Haz dah pergi. Kenapa tak turun lagi?"
Laju saja Jasmin menyembunyikan diri di sebalik dinding. Entah kenapa berminat pula dia ingin dengar perbualan mereka anak beranak. Kenapa Hazrain hanya diam apabila ditanya? Malah lelaki itu terus membaca seperti hanya dia sendirian di situ. Datuk Hanafi macam tidak wujud saja.
"Kurang ajar! Bisu ke? Ayah dia tanya dia diam je." Marah Jasmin perlahan. Dapat dia lihat wajah Datuk Hanafi sudah berubah. Nasib baik tiada orang ketika itu.
"Jomlah lunch sekali."
Hazrain yang sedang membaca surat khabar terus melipatnya. "Papa nak lunch pergi lunch seorang-seorang. Tak payak nak ajak saya. Saya sudi datang sini dengan papa, papa patut bersyukur!"
Jasmin mengelengkan kepala. Apalah masalah mereka, ya? Macam ada masalah besar saja.
"Yang kau ni kenapa? Curi-curi dengar perbualan orang ke!" Jerkah Hazrain apabila melihat Jasmin di sebalik dinding yang nampak termenung. "Teruk betul perangai!"
Bibir bawah digigit. Kantoi! "Eleh, macamlah kau tu perangai baik sangat." Dipandang wajah Hazrain yang tegas tanpa senyuman. Mata lelaki itu nampak garang. Takut pula mahu menatap wajah itu. Tapi benda sudah jadi. Itulah kau sibuk sangat curi dengar perbualan orang.
"Siapa kau nak menilai aku? Stupid girl!"
Terngaga mulut Jasmin. Celupar betul mulut Hazrain. Tidak jadi dia membalas apabila melihat Uzair tiba-tiba muncul di belakang. Argh, janganlah lelaki itu berlagak jadi hero. Bukan dia tidak kenal Uzair. Lelaki itu pantang apabila melihat kaum hawa diperlekehkan.
"Who stupid girl, brother?"
Hazrain menjeling lelaki yang meletakkan tangan dalam poket seluar itu atas bawah. "This stupid girl. Your girlfriend? Tolong ajar dia hormat privacy seseorang. She so rude."
"Uzair...Uzair." Halang Jasmin apabila Uzair mahu mengejar langkah Hazrain.
"Siapa tu?" Kali pertama dia lihat lelaki itu. Nampak gaya macam Jasmin mengenali lelaki itu. Kenapa dia boleh terlepas perkembangan Jasmin? Walaupun mereka bukan kekasih, tapi dia tahu dengan siapa gadis itu berkawan. "Dia ada buat sesuatu pada you ke?"
"Nothing. By the way, I need to go. See you later." Bergegas Jasmin menuju ke tangga kecemasan apabila pintu lif lambat terbuka. Uzair tidak perlu tahu apa-apa tentang hidupnya.
"AYAH dengan mak datang, bukanya nak cakap awal-awal. Konon nak buat suprise. Sekali diri sendiri yang suprise." Bebel Jasmin sambil menatang dulang yang berisi minuman buat orang tuanya. Dengan wajah mencuka, dia menuang air ke dalam cawan lalu dihulurkan kepada mereka.
"Macam tak suka je mak dengan ayah datang?" Soal Puan Sri Suhaina setelah meneguk air.
"Mak tahukan Min tak suka suprice. Patutnya bila nak datang, beritahulah awal-awal. Ni tak senyap-senyap je datang sini tak beritahu. Tengok-tengok dah ada depan pagar. Mujur Min balik awal hari ni, buatnya Min OT? Jadi guard tak berbayarlah mak dengan ayah."
YOU ARE READING
🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸
RomanceDulu kita bertemu, kenangan pahit tercipta antara kita sehingga mencipta dendam dalam diri aku. Kini, siapa sangka kita ditakdirkan untuk berjumpa. Niat aku terpesong, kerana dendam aku berubah. ************************ "Helo." "Bar...