BAB 11 (c) : Dibengapkan Bakal Isteri

826 57 5
                                    

"UNCLE!" panggil Jasmin apabila mata secara tidak sengaja menangkap kelibat Datuk Hanafi yang lalu. Tangannya melambai-lambai. Lega apabila lelaki itu nampak.


"Tak sangka jumpa Min kat sini. Buat apa?"


"Tak ada kena mengena dengan papa." Hazrain menjawab bagi pihak Jasmin.


Wajah Datuk Hanafi bertukar riak. Tapi tetap saja dia mengukir senyuman. Cuba untuk tidak terasa dengan sikap anaknya.


Geram dengan jawapan itu, Jasmin menendang kaki Hazrain bawah meja. Wajah dicebikkan apabila lelaki itu membulatkan mata sambil menahan sakit. Tahu sakit, begitulah sakit hatinya melihat sikap biadap Hazrain. "Uncle jom, makan sekali."


"Eh, aku tak habis bincang lagi dengan kau."


"Bincanglah depan uncle, apa masalahnya?"


"Bengap kau ni!" Kutuk Hazrain lalu bangun. Gila mahu bincang tentang rancangannya depan papa. Ibarat gali lubang kemudian dia sendiri terjun dalam lubang tu.


"Jangan risau uncle, Min okey. Tahu sangat perangai dia yang susah nak jangka tu."


"Sebelum uncle lupa, malam ahad ni Min sibuk tak? Uncle dan auntie nak jemput Min datang rumah. Ada buat makan-makan sikit sempena anak bongsu uncle dah habis belajar. Kalau Min segan datang seorang, bawalah kawan."


Dengar ayat terakhir itu terus Jasmin menarik nafas lega. Sah dia akan bawa Ayu sekali.


"Min okey ke apa yang berlaku sekarang? Min nak kahwin dengan Hazrain. Min tak rasa ke yang uncle macam paksa Min?" soal Datuk Hanafi sebaik memesan makanan dan minuman. Ingin juga dia tahu perasaan bakal menantunya.


"Taklah uncle. Min sendiri yang terima. Lagipun jodoh ni mana boleh pilih-pilih. Mungkin dah tertulis Min berjodoh dengan Hazrain."


"Kalau hubungan Min dan Hazrain tak berpanjangan macam mana?" Itu yang paling dia takutkan. Alangkah rugi kalau Hazrain mensia-siakan Jasmin.


"Min dah sedia untuk semua tu." Tanpa ragu Jasmin menjawab. Dia kahwin dengan satu tujuan. Dia tidak pernah bercinta dengan Hazrain. Perkahwinan ini merupakan risiko paling besar dalam hidupnya. Tapi dia akan redah juga.


"Janganlah macam tu. Bila dah kahwin Min kena jaga rumah tangga Min. Uncle tak nak Min mengalah. Kahwin ni bukan untuk sehari dua. Biar ni perkahwinan pertama Min dan yang terakhir buat Haz. Kadang-kadang bila uncle fikir balik uncle rasa menyesal. Uncle terlalu terburu-buru. Macam uncle ni pentingkan diri sendiri tanpa fikir kesan yang akan Min terima nanti."


Ditatap wajah Datuk Hanafi. Menyesal juga kata begitu. Untuk apa dia kahwin kalau mahu bercerai. Seolah-olah dia mempermainkan agama. Tidak bercinta bukan alasan untuk dia tidak mempertahankan rumah tangganya. Mahukah dia menjadi janda? Tak nak!


"Min dah fikir masak-masak? Kalau Min nak cancel uncle terima. Min jangan risau. Biar uncle jelaskan pada mak dan ayah Min." Entah kenapa hatinya berbelah bahagi. Gadis itu terlalu baik padanya. Dia tidak mahu menghancurkan hidup Jasmin. Dia tidak yakin gadis itu mampu hidup bersama Hazrain.


"Min tak akan batalkan."


Datuk Hanafi terdiam. Gadis di depannya sangat istimewa. Disebabkan keistimewaan itulah dia ingin jodohkan dengan anaknya.


"Uncle doakan yang baik-baik untuk Min. Mana tahu berkat perkahwinan ni uncle dengan Hazrain boleh berbaik semula. Rancangan Allah siapa tahu, kan? Bukankah setiap yang berlaku tu ada hikmahnya," tutur Jasmin untuk menghilangkan rasa bersalah dalam diri Datuk Hanafi.

Jangan lupa vote & tambah cerita ni dalam playlist reading anda🥳

🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸  Where stories live. Discover now