AYU...ayu." Panggil Jasmin lalu mengetuk pintu bilik kawannya. Pelik apabila tiada suara yang menyahut. Tombol pintu dipulas. Kosong! Mana pula gadis itu pergi. Dia berjalan masuk. Telekung diambil. Ini tujuannya masuk. Mahu pinjam telekung. Telekungnya dibasuh dan belum kering.
Telefon Ayu yang berbunyi buatkan langkahnya mati. Pantas dia mencapai. Panggilan daripada Keena, adik Ayu. Belum sempat angkat panggilan itu mati sendiri. Bulat mata Jasmin apabila melihat gambar yang tertera di skrin telefon Ayu. Mata ditenyah untuk memastikan apa yang dilihat benar.
Melopong mulutnya tanda tidak percaya. Kenapa Ayu meletakkan gambar lelaki ini sebagai wallpaper telefon? Ada sesuatu yang dia tidak tahu ke tentang Ayu? Lebih tepat lagi, ada sesuatu yang disembunyikan gadis itu daripada pengetahuannya ke? Akalnya tidak mampu berfikir. Terkejut!
Tiba-tiba satu kenyataan muncul di fikiran. Tapi dia tidak pasti tahap kesahihannya. Apa pun dia kena dengar daripada mulut Ayu sendiri.
![](https://img.wattpad.com/cover/175570590-288-k62397.jpg)
YOU ARE READING
🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸
RomanceDulu kita bertemu, kenangan pahit tercipta antara kita sehingga mencipta dendam dalam diri aku. Kini, siapa sangka kita ditakdirkan untuk berjumpa. Niat aku terpesong, kerana dendam aku berubah. ************************ "Helo." "Bar...