BAB 13 (b) : Tahu Pintu Kat Mana?

780 57 4
                                    

"AYU, kau pergi makan dulu. Aku nak jumpa Hazrain kejap," suruh Jasmin apabila melihat Hazrain duduk di ruang tamu sambil melayan Noah. Nampak sama-sama comel apabila Noah  juga mengenakan baju melayu dan songkok.

           Melihat kawannya beredar ke ruang makan, tanpa malu Jasmin bergerak mendekati Hazrain sambil memeluk beg berisi telekung. "Lain kali kalau ada majlis macam ni, jangan pakai baju warna hitam...sakit mata!"

          Gigi diketap apabila Hazrain sengaja senyap. Tak boleh jadi ni. Dia kena cari idea untuk buat lelaki itu buka mulut. Rasa lain pula kalau tak berperang mulut dengan lelaki ini. "Kenapa awak tak jadi iman tadi? Ke tak mampu jadi iman? Kempunan saya nak tengok."

           Ternyata soalannya berjaya buatkan Hazrain menjeling tajam.

            "Perlu ke aku halau kau pergi makan?"

          "Saya nak makan dengan awak. Jomlah sekali." Ketawa ditahan apabila melihat wajah Hazrain berubah. Dia tahu lelaki itu sedang menahan sabar.

             Hazrain menarik songkok lalu diletakkan atas sofa. Panas hati dengan muka tidak tahu malu gadis ini. Berani-berani mahu dekat dengannya. "Belum apa-apa kau dah buat aku menyampah dengan kau." 

           Tu dia, dah sampai dah perangai sombongnya. "Sebelum awak menyampah dengan saya, saya terlebih dulu menyampah dengan awak."

          "Papa Haz, siapa ni?"

           Jasmin melemparkan senyuman manis pada Noah. Anak itu panggil Hazrain Papa Haz rupanya.

            "Noah boleh panggil Mama Min. Nanti dia akan tinggal dengan Papa Haz," ujar Hadi yang tiba-tiba muncul. Dikenyitkan mata pada Hazrain yang diam. Mungkin tidak suka dia kata begitu. "Jom ikut abi. Kita pergi makan."

          "Cantik juga panggilan Mama Min tu."

           Tidak mengendah, Hazrain capai telefonnya lalu sambung main apa yang baru ditinggalkan Noah. Main game lagi bagus daripada melayan Jasmin.

           "Dah sampai level berapa dah?" soal Jasmin apabila matanya melihat Hazrain ralit bermain Candy Cush Saga. "Kenapa diam? Bisu ke? Cakaplah."

           Tetap saja Hazrain membisu. Geram!

           "Saya beritahu mama awak apa rancangan awak."

           "Kau jangan main-main dengan aku. Aku tak suka."

           "Tahu takut. Ingat awak perlukan saya dalam menjayakan rancangan tak bermoral awak tu. Kalau saya tak ada awak juga yang susah nanti."

             Hazrain mendengus kasar. "Kau nak apa sebenarnya? Kalau kau tak nak makan, pergi balik. Kau tahukan kat mana pintu?"

             "Saya jumpa awak dengan seorang perempuan kat hotel. Siapa perempuan tu?" Alang-alang sudah teringat baik dia tanya terus.

             Hazrain tersenyum sinis. Tak sangka yang Jasmin perasan kelibatnya tempoh hari. Ingatkan dia saja yang perasan gadis itu. "Apa hal kau nak tahu?" Soalan dibalas soalan.

            "Tak nak cakap tak apa. Saya tak kisah. Saya cuma nak tolong awak je. Mana tahu tu ex-girlfriend awak," kata Jasmin tanpa mengetahui perkara sebenar. "Tapi kenapa awak lari macam tu je. Sian dia."

            "Kau tak tahu apa-apa. Jadi diam."

          "Sebab tak tahu tu awak kena bagitahu supaya saya tahu."

           "Siapa kau nak tahu cerita aku?"

            Jasmin menepuk dahinya. "Sayakan bakal isteri awak. Awak ni selalu lupa, kan?"

          "Seumur hidup ni kali pertama aku jumpa perempuan tak tahu malu macam kau."

           Dipandang wajah Hazrain yang kembali leka bermain game. Aku bukan tak tahu malu tapi aku kena buang perasaan malu tu sebab nak bantu kau. Kalau aku malu macam mana aku nak tolong papa kau?

           "Hey bro..."

            Terkejut punya pasal sampai tercampak telefon yang dipegang Hazrain. Gigi diketap apabila kepalanya terkena bantal yang dibaling. "Kau ni kenapa, Haqif?"

          "Tak kena." Ketawa kuat kedengaran apabila bantal yang dibaling Hazrain jauh tersasar.

           "Siapa ni?" Jasmin memandang Hazrain untuk minta penjelasan siapa lelaki yang agak nakal itu.

            "Adik aku. Baru keluar dari hospital bahagia," beritahu Hazrain sambil menjeling tajam ke arah adik bongsunya itu.

            "Hai, Kak Min. Abang saya pun sebenarnya pesakit kat hospital bahagia tu. Tapi dia keluar awal sikit. Nampaknya tak lama lagi dia kena masuk semula sebab perangai gila dia tu datang balik."

           "Kau nikan." Kalau dekat sudah dia sumbat telefon dalam mulut Haqif.  Inilah jadi bila budak selalu dimanja orang tuanya.

            "Kau marah? Habis kau cakap aku baru keluar dari hospital bahagia tu aku tak marahlah?"

             "Apa sebut-sebut hospital bahagia ni? Siapa yang nak masuk sana?" Datuk Hanafi muncul lalu melabuhkan duduk di sebelah Haqif. Kopiah yang dipakai ditarik lalu diletakkan atas meja.

           "Yang pakai baju hitam tu," jawab Haqif sambil memuncungkan mulut pada Hazrain. Ketawa ditahan melihat wajah marah abangnya.

           Geram apabila diri dipermainkan, Hazrain bangun lalu meninggalkan ruang tamu yang panas itu. Bertambah panas apabila papanya muncul.

             Datuk Hanafi menepuk bahu anaknya. "Kamu ni, dah tahu abang kamu macam tu kenapa diusiknya? Nasib tak mengamuk dia. Min dah kenal dengan Haqif ni?"

                Angguk. Haqif seorang yang periang. Tidak sama langsung sikapnya dengan Hazrain. Yang sama wajah mereka. Itu dia akui. Tapi biasalah pasti wajah abang nampak lebih matang.

Jangan lupa tekan vote  ⭐️ & tambah cerita ni dalam playlist reading anda🥳 Terima kasih sudi baca🤩😘

🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸  Where stories live. Discover now