"YAZIDDD..." jerit Jasmin bersama nafas yang tercungap-cungap. Peluh di dahi mula turun membasahi pipi. Biliknya yang terang benderang dipandang. Pelik! Mana Yazid? Bukankah tadi lelaki itu ada di sini?
"Aku mimpi ke?" soalnya pada diri sendiri. Tiada siapa-siapa dalam bilik melainkan dia seorang. Ya, dia mimpi.
Peluh yang menitik disapu. Melihat jam menunjukkan angka 10 malam dia mengeluh. Tertidur lagi. Kenapa mimpi itu datang mengganggu tidurnya? Apa disebabkan dia merindui Yazid? Tapi sebelum ini dia juga merindui lelaki itu, tapi tidaklah sampai bermimpi.
Yazid. Sudah lama dia tidak bermimpi akan lelaki itu. Sejak dia kembali pada kehidupan normalnya, wajah itu kian menghilang.
Dalam mimpi tadi dia nampak Yazid senyum padanya. Lelaki itu seperti merestui hubungannya dengan lelaki lain. Apabila dia mengadu akan sikap Hazrain yang sombong, Yazid hanya berkata kesabaran adalah kunci kebahagiaan.
Sungguh dia tidak faham apa yang dimaksudkan. Apabila dia mendekat, Yazid makin menjauh dan jauh sehingga tubuh itu hilang dari pandangan mata. Yazid pergi meninggalkan tanda tanya dalam dirinya.
Cincin di jari dipandang. Sayang sungguh dengan cincin ini. Inilah kenangannya dengan Yazid. Hadiah terakhir daripada lelaki itu.
"Yazid. esok Min akan jadi milik orang. Tapi Min janji Min tak akan lupakan Yazid." Cincin emasnya dicium berkali-kali. Dia sudah berjanji dengan keluarga dan Ayu tidak akan menangis lagi. Janjinya harus ditepati.
Biarkan kenangan antara mereka tersimpan kemas dalam ingatannya. Dia harus kuat untuk meneruskan hidup. Lagipun dia sudah redha atas apa yang berlaku. Semuanya adalah kehendak Allah. Allah lebih sayangkan Yazid.
Manusia sebaik Yazid siapa yang tidak sayang. Satu dalam seribu. Dia beruntung dapat mengenali lelaki itu. Tapi perancangan Allah siapa tahu. Dia redha melepaskan orang yang tersayang pergi menemui pencipta mereka.
Terima kasih Allah sebab pinjamkan Yazid walaupun sekejap.
Cincin yang tersarung ditarik perlahan lalu disimpan dalam laci sebelah katil. Masa sudah merawat segala luka yang pernah terpahat. Kini biarkan dia untuk menentukan jalan hidupnya sendiri.
Pintu bilik tiba-tiba dibuka dari luar. Maknya masuk bersama senyuman manis di bibir. "Awalnya bakal pengantin tidur..."
Jasmin hanya senyum. Tangan sudah berada dalam genggaman wanita itu.
"Min dah sedia nak jadi isteri Hazrain?"
"Dah mak."
Jawapan Jasmin buat dia diam. Agak lama. Tapi matanya tidak lepas-lepas memandang wajah si anak. Siap sangka anak perempuannya ni dulu yang bertemu jodoh?
"Mak ni kenapa? Mak tengok muka Min ni macam kena kahwin paksa ke?" Walaupun berkahwin tanpa cinta, tak adalah dia rasa sedih. Kahwin tetap kahwin. Bakal suaminya pula seseorang yang pernah muncul dalam hidupnya saat remaja. Hazrain! Jasmin tersenyum sinis teringat nama itu.
"Min tahu tak, Auntie Zaida ada cakap kat mak yang Haz pernah satu sekolah dengan Min. SMK Fitri Omar, Hazrain pun pernah sekolah sana. Masa Min masuk, dia dah form 5. Min ingat?"
"Tak ingatlah mak. Min kan tak sampai sebulan kat sana, lepas tu pindah Sri Badariah," dalih Jasmin sambil lancar saja mulutnya berkata. "Hazrain tahu ke kami pernah satu sekolah?"
"Dia tak tahu. Mak telefon auntie semalam tiba-tiba boleh pula tercakap pasal ni. Allah tak temukan kita lagi dengan mereka masa tu."
Nafas ditarik lega. Bagus Hazrain tidak tahu dan lelaki itu tidak perlu tahu. Cukup dia saja yang tahu akan hal itu. Ada sesuatu yang dia perlu tuntut daripada Hazrain.
Jangan lupa tekan vote ⭐️ & tambah cerita ni dalam playlist reading anda🥳 Terima kasih sudi baca🤩😘
YOU ARE READING
🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸
RomanceDulu kita bertemu, kenangan pahit tercipta antara kita sehingga mencipta dendam dalam diri aku. Kini, siapa sangka kita ditakdirkan untuk berjumpa. Niat aku terpesong, kerana dendam aku berubah. ************************ "Helo." "Bar...