BAB 9 (c) : Antara Dua Pilihan Itu

987 60 7
                                    

"NO, Haz tak akan kahwin. Berapa kali Haz nak kena cakap." Majalah yang dibaca terus ditutup. Kehadiran mama betul-betul mengganggunya. Tak habis-habis mahu memaksanya berkahwin. "Mama nak paksa Haz?"

"Ya." Tegas Datin Izzah. Tahulah dia bagaimana mahu urus anak ini. Bila suaminya beritahu Jasmin sudah setuju, gembiranya dia sampai berlinang air mata. Harapan mula muncul supaya Jasmin berjaya memulihkan Hazrain. Gadis itu ada keistimewaanya.

Hazrain mengesot menghampiri mamanya. Dipandang sayu wajah itu. Tangan kanan mama dicapai lalu digenggam erat. "Haz tak boleh. You know that. Haz tak boleh lupakan Shima. Tak ada siapa yang mampu gantikan tempat dia. Orang lain tak akan faham, tapi mama faham apa yang Haz rasa."

"Mama tak suruh Haz lupakan arwah. Lagipun mama tahu tak ada perempuan yang mampu gantikan arwah. Mama nak suruh Haz kahwin, itu je."

"Kenapa Haz? Kenapa bukan Haris atau Haqif je yang kahwin?"

"Uncle Yusof berkenan pada kamu. Lagipun Haris dah ada pilihan dia. Haqif itu pula masih muda. Mama tak nampak yang dia sudah sedia nak kahwin."

Hazrain tersenyum hambar. "Dulu Haz kahwin muda ma. Kalau Shima tak meninggal, mesti kami dah bahagia sekarang. Umur bukan masalah. Mama suruh je perempuan tu kahwin dengan Haqif."

Datin Izzah mengeluh. Susahnya untuk memujuk Hazrain.

"Haz dah pernah kahwin. Haz tak nak kahwin untuk kali kedua."

"Kalau dah tertulis Haz akan kahwin untuk kali kedua?"

"Lepas kahwin cerai. Mama nak ke macam tu? Haz tak kisah." Soal Hazrain sambil melepaskan tangan mamanya kembali.

"Haz tak nak berubah ke? Kesian papa."

"Stop ma."

"Okey, fine." Datin Izzah mengalah. Hazrain memang tidak boleh dengar perkataan papa. Angin anaknya boleh berubah dengan tiba-tiba. "Mama dah puas pujuk Haz. Dah seminggu dah. Haz asyik cakap tak nak."

"And my answer is no, no and no."

"Itu jawapan Haz. Setuju atau tak mama nak Haz kahwin. Haz kena ikut cakap mama. Esok mama dengan papa akan pergi meminang Jasmin."

"What? Jasmin? Haz tak nak dengan perempuan gila tu." Takkan dia lupa senyuman sinis gadis itu apabila melihat kejadian dia hampir ditampar oleh papa.

"Haz tak nak dengan Jasmin?" Soal Datin Izzah minta kepastian. Dia sudah jangka dengan keputusan anaknya. Tapi sebagai ibu dia juga perlu bijak merancang. "Kalau Haz tak nak Jasmin. Mama tak paksa. Tapi mama akan pinangkan Eqeen untuk Haz. Janji Haz kahwin."

"Mama!" Tegur Hazrain keras. Bulat mata memandang wajah mama.

"Kenapa, tak setuju ke? Eqeen pun okey. Dia baik, lemah lembut, penyayang, sopan santun. Apa lagi yang Haz nak? Dia pun pandai masak. Cantik itu tak payah cakaplah. Muka orang baik-baik." Saja Datin Izzah ingin panaskan hati anaknya. Dia mahu Hazrain tahu yang dia tidak main-main.

"Mama tak pernah minta apa-apa dengan Haz. Semua keputusan Haz sebelum ni mama setuju tanpa sikit pun mama bantah. Tapi kali ini mama minta Haz ikut cakap mama. Mama nak Haz kahwin. Pilih antara Eqeen atau Jasmin. Mana pilihan Haz, itu yang mama ikut. Mama faham Haz mungkin tak suka Min, tapi Eqeen?" Cukuplah selama ini dia terlalu beri muka pada Hazrain. Sekarang anaknya perlu ikut katanya pula.

Hazrain meraup wajah. Permintaan mama sangat besar. "Jangan buat Haz dalam dilema. Haz tak suka."

"Jasmin atau Eqeen? Kalau esok Haz tak beritahu mama apa keputusan Haz, mama akan pinangkan Eqeen untuk Haz. Habis cerita." Ujar Datin Izzah lalu menutup pintu bilik anaknya. Sengaja ingin beri tekanan pada Hazrain. Kalau tak sampai bila-bila Hazrain tidak akan fikir masa depan. Dia tidak mahu masa depan anaknya gelap.

Hazrain merenung tajam pintu yang baru ditutup. Majalah di hujung kaki disepak. Dia paling benci memilih. Tapi kini dia perlu memilih seseorang untuk dijadikan isteri. Dua-dua pula merupakan orang yang dibenci.

Perlu ke dia kahwin lagi? Kahwin dengan pilihan keluarga pula tu. Dia tidak mahu mengkianati cinta isterinya.

'Kahwin bukan bermakna kau tak setia. Tiada istilah khianat sebab kau tak cinta perempuan yang akan dijadikan isteri kau. Cinta kau hanya untuk Shima.' Hati mula bersuara.

Hazrain bangun lalu menuju ke anjung bilik. Baru saja mahu duduk di kerusi rotan, matanya menangkap kelibat papa yang bersantai di halaman rumah. Tidak menunggu lama dia kembali masuk. Sungguh dia tidak boleh melihat wajah papa. Perasaan marah tiba-tiba muncul. Peristiwa lima tahun lepas akan kembali berlegar-legar dalam kepalanya.

Dia perlu buat keputusan sekarang. Kalau tidak mama akan pinangkan Eqeen untuknya. Eqeen dan Jasmin dua-dua tidak memberi kepentingan padanya. Bakal mengusahkan hidupnya adalah.

Eqeen, sungguh dia tidak akan menerima gadis itu. Tidak akan!

Jasmin, gadis yang berani berhadapan dengannya. Langsung tidak takut. Tapi dia benci gadis itu. Nampak yang dia tidak akan berjaya buat Jasmin tunduk padanya. Gadis itu bukan sebarangan gadis melayu.

Penat fikir, tubuh dibaringkan atas katil. Tidak sampai lima minit, tiba-tiba Hazrain bangun apabila fikirannya mula terfikir sesuatu. Kenapa baru sekarang idea itu datang? Idea yang muncul sewaktu dia hampir mengalah. Akhirnya bibir tersenyum sinis. Dia sudah ada jawapan.

*Jangan lupa vote⭐️

🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸  Where stories live. Discover now