MENDENGAR lagu Black Suit nyayian kumpulan terkenal Super Junior yang berkumandang di radio, pantas Jasmin meninggikan lagi kelantangan. Mulutnya turut terkumat kamit menyanyikan lagu itu. Bukan dia hafal pun, apa yang keluar daripada mulut sendiri pun dia tidak faham.
Saja mahu menghilangkan rasa sunyi sendirian dalam kereta. Lagi sejam sampailah dia ke Kuala Lumpur. Dia dari Perlis setelah tiga hari bercuti kerana neneknya meninggal. Patutnya pagi tadi dia pulang, tapi disebabkan Myvi kesayangannya buat hal terpaksalah dia singgah ke bengkel dulu.
Jari yang rancak mengetuk stereng mula perlahan apabila kereta yang dipandunya mula tersengguk-sengguk. Bibir sudah diketap. Janganlah kereta buat hal lagi. Ini bukan masa yang sesuai. Sedar yang keretanya sudah tidak mampu bergerak Jasmin memberhentikan kereta di bahu jalan sambil mendengus kuat.
Sudahlah tadi kunci kereta buat hal, sekarang kereta pula. Dipandang luar tingkap yang gelap gelita. Mahu keluar pun takut. Apa yang perlu dibuat sekarang? Telefonnya sudah kehabisan bateri setengah jam yang lepas. Charger pula tertinggal di kampung.
Nafas ditarik lalu Jasmin memberanikan diri untuk keluar. Bunyi cengkerik sudah menjengah telinga. Bonet enjin dibuka, serta merta dia menutup hidung lalu sebelah lagi tangan mengipas ke arah udara apabila asap berkepul-kepul keluar.
Masalah! Dia tidak tahu apa yang perlu dibuat sekarang. Mengenangkan dia seorang diri di tempat yang gelap tanpa lampu jalan, buatkan rasa takut muncul. Baru saja mahu melangkah ke kereta, harapan mula muncul apabila melihat cahaya lampu daripada jauh. Teksi!
Teruja punya pasal, Jasmin melambai sambil melompat kecil. Lega apabila teksi yang ditahan berhenti. Belum sempat pemandu keluar, dia sudah menjengah ke tingkap. "Abang, kereta saya rosak. Boleh saya pinjam telefon sekejap?"
"Nak pergi mana? Kalau nak pergi KL, biar abang hantarlah."
Beberapa minit berbincang Jasmin setuju untuk dihantar. Sebenarnya kalau boleh dia sekadar mahu pinjam telefon, tapi pemandu teksi itu yang beria-ria mahu menghantar. Beg pakaian dan beg tangan diambil, lalu pintu di kunci.
"Taman Sri Gading ya abang." Pinta Jasmin sebaik masuk. Telefon dikeluarkan. "Abang ada power bank? Boleh saya pinjam?"
Berkerut dahi Jasmin apabila memandu teksi itu tiba-tiba membuka pintu lalu keluar. Dah kenapa? Pintu sebelahnya yang tiba-tiba dibuka daripada luar buatkan dia terkejut. Hati mula rasa tidak enak "Kenapa ini, bang? Abang jangan macam-macam. Saya jerit nanti."
Jasmin berganjak apabila pemandu itu mula melangkah masuk ke dalam. Apa kali ini dia salah orang juga untuk meminta tolong? Kenapa nasibnya tidak baik hari ini? Tangannya yang cuba disentuh ditepis kasar. Pintu sebelah kanan dibuka, tapi gagal apabila pemandu itu merentap tudungnya.
Dirinya sudah tidak keruan. Ketakutan mula menyerang masuk ke dalam diri. Laju saja tangannya cuba membuka pintu tetapi gagal apabila pemandu teksi itu menarik kembali tangannya. "Lepaslah."
Dipukul pemandu yang cuba memeluknya. Tamparan yang hinggap di pipi buatkan dia terkesima. Pipi mula terasa kebas dan darah mula mengalir dari hujung bibir.
"Diam. Kalau nak selamat, kau jangan melawan. Kalau tak aku bunuh kau." Ugut pemandu teksi itu apabila dadanya terasa sakit akibat dipukul. Bibirnya mula tersenyum sinis. Gadis ni merupakan mangsanya yang ke tujuh.
Jasmin mula tersedar apabila terasa blouse yang dipakai cuba diselak. Walaupun pipinya terasa sakit tapi dia tidak akan mengalah. Dengan kudrat yang ada, dia memukul-mukul badan pemandu teksi yang ingin menindihnya. Sakit di tangan sudah tidak dihiraukan.
Dia tidak akan membiarkan dirinya menjadi mangsa rogol. Jenayah yang paling ditakuti oleh setiap insan bergelar perempuan.
"Lepaslah." Lehernya yang dicekik buatkan nafasnya mula putus-putus. Dengan tenaga yang ada Jasmin menendang kaki pemandu teksi itu sehingga jatuh. Laju saja dia bangun lalu keluar daripada kereta.
Baru saja beberapa langkah berlari, kakinya ditarik oleh pemandu teksi sehingga jatuh tersungkur. Kain yang terselak hingga menampakkan betis segera ditutup. Walaupun keadaan gelap, dia nampak pemandu teksi itu tersenyum. Senyuman yang sangat mengerikan. Sedikit-sedikit dia mengesot ke belakang apabila pemandu itu mula medekat.
"Nak lari ke mana, sayang?" Ujar pemandu teksi sambil membuka baju putihnya lalu dicampak ke tepi.
"Kau binatang!" Jerit Jasmin kuat.
Jangan lupa vote⭐️
YOU ARE READING
🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸
RomansaDulu kita bertemu, kenangan pahit tercipta antara kita sehingga mencipta dendam dalam diri aku. Kini, siapa sangka kita ditakdirkan untuk berjumpa. Niat aku terpesong, kerana dendam aku berubah. ************************ "Helo." "Bar...