JASMIN memberhentikan Myvi hitamnya di depan pintu pagar. Rumahnya gelap gelita menandakan tiada penghuni. Kunci pagar dicari dalam beg tangan. Seharian dia menahan marah. Kalau Hazrain main kasar dia pun boleh main kasar.
Bunyi cermin diketuk mengejutkannya. Dipandang penuh geram wajah yang berada di luar itu. Sengaja dia tidak membuka pintu walaupun ketukan di tingkap makin kuat. Ingatkan Hazrain terus pulang ke rumah orang tuanya. Tak sangka lelaki itu mengikutnya.
"Bukak pintu ni!"
Sengaja dia membatu untuk buat Hazrain makin naik angin. Itu tanda protes! Hatinya sakit sekali. Hampir sepuluh minit Hazrain mengila di luar baru dia membuka pintu kereta. Sakit telinga dengar amukan lelaki itu.
"Keluar kau." Ditarik Jasmin lalu ditolak tubuh itu sehingga terlekat di badan kereta. Hampir terkeluar biji matanya memandang wajah itu. Jasmin berjaya buat darahnya mendidih. Rasa mahu ditelan hidup-hidup gadis ini. "Kan aku cakap balik rumah family aku terus. Yang kau balik rumah kau tu kenapa?"
Jerkahan itu buat Jasmin terdiam. Tipu kalau dia kata tidak sedih memandangkan ini kali pertama dirinya dijerkah. Sudahlah belakangnya sakit apabila terkena badan kereta. Hazrain sudah pandai berkasar dengannya. "Saya tak nak ikut awak."
"Kau jangan nak lawan cakap aku." Sebagaimana tinggi suara Jasmin begitu juga tinggi suaranya. Kedegilan gadis itu buat dia rasa tercabar.
"Awak dah paksa saya balik hari ini, lepas itu awak nak suruh saya ikut cakap awak? Memang taklah. Awak ni dah keterlaluan tahu tak?"
"Keterlaluan apa? Aku cuma nak tuntut janji. Settlekan dulu apa yang aku dah rancang. Kau jangan nak hancurkan rancangan aku."
"Awak yang hancurkan rancangan awak sebab perangai awak yang tak reti bersabar. Kan saya dah cakap bagi saya habiskan cuti dulu. Tapi awak paksa jugak saya balik hari ini. Bila saya tak nak awak gunakan mak dan ayah sampai mereka paksa saya ikut awak. Awak ingat saya tak marah?" Itulah apa yang terjadi hari ini dan penyebab dia marah. Sekarang dia sudah tawar hati mahu membantu lelaki itu. Tak selamanya dia akan ikut kehendak Hazrain.
"Aku tak boleh sabar."
Jasmin mendengus geram. "Lantak awaklah. Saya tetap dengan keputusan saya. Saya nak tinggal sini. Habis cuti baru saya pergi rumah family awak."
Melihat Jasmin yang mahu masuk kereta, pantas Hazrain menghalang. Kunci rumah dan kereta dirampas. Berlaku perebutan antara mereka. Geram dengan kedegilan Jasmin, dia menarik gadis itu ke keretanya. Gagal cara lembut, cara kasar banyak.
"Sakitlah Hazrain." Meronta Jasmin mahu melepaskan diri daripada pegangan lelaki itu. Sengaja dia tidak mahu masuk apabila Hazrain membuka pintu belah penumpang.
"Masuk!" jerkah Hazrain sehingga terangkat bahu Jasmin. Tidak perlu tolak, akhirnya gadis itu masuk sendiri. Tulah main-main lagi dengannya. Dia bukan kategori lelaki yang romantik. "Kau jangan cuba nak keluar."
Dalam kereta berbakul-bakul Jasmin menyumpah Hazrain. Dia tewas pada lelaki itu. Hazrain menang kerana telah berjaya menyakitkan hatinya. Dijeling lelaki yang mula memandu. Nampak kepuasan di wajah itu. Mungkin Hazrain fikir dia sudah menang, tapi lelaki itu silap. Permainan baru bermula.
Senyum sinis terbit apabila melihat Jasmin pusing menghadap tingkap. Lantaklah apa yang difikirkan gadis itu, janji kehendaknya tercapai. Tapi dia masih belum puas selagi rancangannya untuk keluar dari rumah tidak berjaya.
Jangan lupa tekan vote ⭐️ & tambah cerita ni dalam playlist reading anda🥳 Terima kasih sudi baca🤩😘
YOU ARE READING
🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸
RomanceDulu kita bertemu, kenangan pahit tercipta antara kita sehingga mencipta dendam dalam diri aku. Kini, siapa sangka kita ditakdirkan untuk berjumpa. Niat aku terpesong, kerana dendam aku berubah. ************************ "Helo." "Bar...