BAB 15 (d) : Ada Kisah Dalam Bilik

896 58 4
                                    

PINTU bilik dipandang. Nak masuk ke tak nak? Dah tidur belum Hazrain tu? Kalau tak tidur lagi macam mana? Apa aku nak buat? Pura-pura main telefon?

           "Ukhu ukhu."

            "Apa?" Tu dia, abang sulungnya yang masih bujang sudah muncul untuk mengusik.

            "Suami dah lama menunggu tu, pergilah masuk."

            "Sibuk jelah."

           "Good night," ucap Abang Arman lalu melangkah masuk biliknya. Sempat dia mengenyitkan mata pada Jasmin.

            "Takkan nak masuk bilik sendiri pun takut," sindir Hazrain sebaik Jasmin melangkah masuk. Senyuman sinis dihadiahkan pada gadis itu. "Ingat berani sangat!"

           Jasmin mencebik. Bukan takut tapi segan sikit. Maklumlah ini kali pertama dia berkongsi bilik dengan lelaki yang masih lagi asing dalam hidupnya. Rasa lain macam sikit. Lainlah orang tu, dah dua kali.

            "Awa..."

            "Kalau kalau tak ada benda baik nak cakap, baik diam. Aku tak nak dengar."

              Anak mata hitamnya memandang Hazrain yang berbaring atas sofa sambil membelek telefon. Dia tidak minta tapi Hazrain sendiri yang memilih untuk berada di situ. Mujur juga ada sofa dalam bilik.

             Mata ditutup lalu Jasmin menarik nafas. Buat biasa je. Jangan takut sebab dia yakin tiada apa-apa yang akan terjadi. Hazrain bukannya minat dengan dia pun. Pandang dia pun tak. Lama-lama nanti dia sendiri akan terbiasa dengan kehadiran lelaki itu.

          'Tapi dia tetap lelaki. Kalau dia bertindak luar batas, kau juga yang susah.'           Kepala digeleng. Saja hatinya mahu menakutkan dia. Hazrain tidak akan mengapa-apakan dirinya. Yakin dua ratus peratus. Kalau tidak kenapa lelaki itu pilih tidur di sofa?

          "Tutup lampu aku nak tidur."

           Terus monyok muka. Satu perbezaan mereka sudah ditemui. Jangan sebab lampu mereka boleh bergaduh malam ni. "Saya tak suka tidur tutup lampu."

           Aik, kenapa Hazrain diam je? Bukan lelaki itu jenis yang menjawab ke? Kepala diangkat. Hazrain sudah membaringkan diri sambil menutup mata. Mungkin malam ini lelaki itu tidak mahu berperang mulut dengannya. Lega!

           Mengenankan diri masih belum solat, pantas Jasmin bergerak ke bilik air. Tapi langkahnya terhenti apabila terpandang almari. Baju dan seluar tidur dikeluarkan. Mulai malam ini dia akan amalkan memakai baju dalam bilik air. Tiada lagi istilah berkembang.

          Ah, bencinya kena ubah rutin gara-gara Hazrain.

          Habis pakai saja dalam bilik macam biasa. Erm, malulah pulak kalau Hazrain tertengok.

            Selesai membersihkan diri dan menunaikan kewajipan, kakinya melangkah ke sofa. Nampaknya Hazrain sudah melelapkan mata. Tak banyak pula kerenah lelaki itu malam ni. Senyap je. Kang bagus macam ni.

            "Awak bangun." T-shirt yang dipakai Hazrain ditarik. Siap sedialah dia kena maki kerana mengganggu tidur lelaki itu. Kau ni memang suka cari pasal dengan dia, Jasmin!

           "Kau nak apa?" marah Hazrain sebaik mengangkat tangan yang menutup matanya. Penat melayan kerenah tetamu petang tadi menyebabkan dia ingin tidur awal.

            Bantal dan comforter diletakkan atas sofa. Dia bukannya kejam mahu biar Hazrain tidur tanpa selimut dan berlapikkan tangan. Sekurangnya biarlah lelaki itu selesa tinggal di rumahnya. "Guna ni."

            Hazrain menepis kasar. "Tak payah."

            "Sombong!"

           "Apa masalah kau? Tak perlu kesian pada aku."

           "Saya dah bagi. Nak guna ke tak ikut suka awak."

           Dengan geram Hazrain mengambil bantal lalu diletakkan bawah kepalanya. Comforter dibuka kasar lalu dia menyelimut tubuhnya. "Puas hati?"

           'Guna juga,' sindir hati Jasmin.
Jangan lupa tekan vote  ⭐️ & tambah cerita ni dalam playlist reading anda🥳 Terima kasih sudi baca🤩😘

🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸  Where stories live. Discover now