BAB 15 (a) : Aku Terima Nikahnya

910 63 3
                                    

"AKU terima nikah Jasmin Fallina Binti Yusof dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai."

         Mata tertutup sebaik kata-kata keramat itu akhirnya menjengah gegendang telinga. Tidak percaya dia akan berada dalam situasi ini. Perasaannya bercampur. Ada suka, sedih, takut, risau dan sebagainya.

         "Tahniah." Cuit Ayu yang berada di sebelah. Tersenyum dia melihat Jasmin yang kelihatan anggun mengenakan busana warna krim. Melihat Hazrain mendekat, timbul idea untuk mengusik kawannya yang nampak bingung. "Iman kau dah datang."

            Lambat-lambat Jasmin mengangkat wajah apabila seseorang melutut di depannya. Seseorang yang baru saja bergelar suami. Dipandang kosong wajah lelaki yang bersongkok itu. Wajah yang langsung tiada senyuman. Tapi kenapa wajah tu buatkan hatinya cair bila memandang?

            "Jangan berangan!" bisik Hazrain dengan suara yang keras. Geram apabila wajahnya menjadi tatapan mata Jasmin.

            Nak tak nak Jasmin menghulurkan tangan kanan apabila disuruh oleh emaknya. Entah apa reaksi Hazrain apabila menyentuh tangannya yang sejuk itu. Cincin yang sudah tersarung dipandang. Cantik!

           "Salamlah suami," suruh Puan Sri Suhaina apabila Jasmin hanya kaku sebaik Hazrain menyarung cincin.

           Dengan berat hati dia mencapai juga tangan Hazrain. Saat tangan mereka bersatu, rasa mahu saja dia menangis. Dia tidak suka keadaan seperti ini. Lima saat saja, kemudian terus dilepaskan.

           Senyuman plastik dihadiahkan pada saudara mara yang mula bising apabila tidak sempat merakam gambar. Memang tiada siaran ulangan. Tidak sanggup apatah lagi apabila memandang wajah Hazrain. Tajam betul anak mata lelaki itu.

        Mujur saja Hazrain tidak mencium dahinya seperti yang sering dilakukan oleh pengantin selepas menyarung cincin. Kalau lelaki itu tidak sanggup, dia pun tak rela.

        Selesai majlis di masjid, kesemua tetamu bergerak ke rumahnya untuk menjamu selera. Sebaik masuk kereta, mata Jasmin mencari kelibat seseorang. Kalau tidak silap, tadi dia nampak Uzair keluar. Mana pula lelaki itu sekarang? Macam chipsmore. Sekejap ada sekejap tak ada.

          Dia jemput, tapi tak sangka yang Uzair benar-benar hadir. Ini bukti yang Uzair sudah melupakannya. Wajah lelaki itu nampak bahagia. Dalam hati dia bersyukur kerana apa yang terjadi tidak menjejaskan hubungan baik mereka. Inilah yang dia suka tentang Uzair. Lelaki itu matang. Semalam Uzair siap menghantar WhatsApp ucap tahniah.

            Ketukan di tingkap menyentakkan Jasmin. Senyuman terukir saat melihat Uzair. "Hai."

            "Nah, sekali lagi I ucap tahniah. I hope hubungan kita sebagai sahabat akan kekal."

             "Mestilah." Disambut hadiah pemberian Uzair. Harap ini hadiah terakhir yang diterima. Cukuplah selama ini dia terima beg tangan, rantai, gelang, jam dan beberapa barangan mewah lain. "Tapi kenapa tak bagi kat rumah je?"

           "I kena balik sekarang. Flight pukul 11 pagi nanti. Sampai KL, kena siap-siap pergi Singapore pulak."

             "Alahai siannya you." Tahu sangat kerja lelaki itu yang terlebih sibuk. Tapi dia terharu apabila Uzair sanggup mencuri masa untuk datang ke majlisnya. Katanya teringin tengok dia naik pelamin.

               "By the way, tadi I nampak suami you kat toilet. I tegur, but sorry to say, dia sombonglah. Muka langsung tak nampak happy. Ada something wrong?" Uzair mula serkap jarang. Melihat wajah Jasmin bertukar riak, dia tahu gadis itu ada menyembunyikan sesuatu daripadanya. "Min, I ada untuk dengar masalah you."

               "Min, jom masuk. Apa pengantin berjemur tengah panas. Cair mekap nanti." Ayu datang menyelamatkan keadaan.

                 Selepas berpamitan, Jasmin masuk semula ke dalam kereta. Hanya lirikan mata menghantar pemergian Uzair. Walaupun sudah berkahwin, tetap saja lelaki itu mahu tahu perihalnya. Ambil berat atau menyibuk? Entahlah.

Jangan lupa tekan vote  ⭐️ & tambah cerita ni dalam playlist reading anda🥳 Terima kasih sudi baca🤩😘

🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸  Where stories live. Discover now