BAB 7 (c) : Mudahnya Merancang Tapi...

918 59 0
                                    

"MIN tolong pulihkan Hazrain."

             "Hah?"

              "Uncle tak minta banyak. Uncle cuma minta Hazrain terima kenyataan hidup dia. Uncle nak anak uncle yang dulu. Uncle ni dah tua, hidup dah tak lama. Uncle tak nak bila uncle meninggal Hazrain masih bencikan uncle." Luah Datuk Hanafi sambil memandang tepat wajah Jasmin. "Uncle dapat lihat ada sesuatu yang istimewa dalam diri Min."

             Jasmin menunduk. Hatinya sekarang sangat berbelah bahagi. Sungguh dia tidak suka dengan perasaannya sekarang. Jujur cakap dia kesian dengan Datuk Hanafi. Pantang hidupnya melihat ada orang susah.

            Tapi di sudut lain dia rasa berat hati. Permintaan Datuk Hanafi sangat payah untuk ditunaikan. Mana mungkin dia boleh merubah Hazrain. Walaupun selepas mendengar apa yang diceritakan oleh Datuk Hanafi. Dia sekadar bersimpati dengan nasib yang menimpa lelaki itu.

          Hazrain pun satu. Benda sudah lama berlaku, takkan masih tak dapat lupakan? Lagipun, lelaki itu tidak rasa bersalah ke telah membenci ayah sendiri? Pasti kalau arwah isterinya masih ada akan kecewa dengan perangai Hazrain.

            "Ayah dan mak Min dah tahu. Mereka nak uncle sendiri yang beritahu Min. Uncle dah buntu. Ayah mana nak tengok anaknya hidup macam tu. Hidup dalam keadaan salahkan orang. Kalau tak ada yang bantu, uncle tak rasa dia akan move on daripada kehidupannya yang sekarang."

              "Tapi kenapa sampai perlu berkahwin? Kan masih ada banyak caranya. Berkawan dulu ke?" Jasmin bagi cadangan. Berkawan? Erm, mahu ke tidak lelaki itu berkawan dengannya? Kalau dia? Dia tidak mahu berkawan dengan Hazrain.

                 "Bila berkahwin dia akan ada tanggungjawab. Bila sedar tanggungjawabnya pada isteri, uncle yakin perlahan-lahan dia akan lupa pada kejadian silam yang belaku dalam hidupnya." Tenang Datuk Hanafi membalas kata-kata Jasmin. Itulah penyebab dia mahu mereka disatukan. "Jadi kawan dan jadi isteri sangat lain. Min faham, kan?"

              Jasmin mengangguk tanda faham kata-kata Datuk Hanafi. "Uncle, Min tak tahu apa keputusan Min. Min serba salah." Dia perlukan masa untuk berfikir. Sekali dia  sudah terlibat dalam kehidupan lelaki bernama Hazrain, amat susah untuk dia keluar kembali. Pasti Hazrain akan meninggalkan kesan besar dalam hidupnya.

           "Uncle bagi masa. Kalau dah ada keputusan, Min beritahu uncle. Uncle harap sangat Min tak akan kecewakan uncle. Ayah Min pun dah setuju. Sekarang keputusan terletak di tangan Min."

          "Tak guna kalau Min setuju tapi Hazrain tak."

           "Min jangan risau pasal dia. Nanti uncle suruh auntie yang cakap."

Jasmin terdiam. Bersungguh-sungguh Datuk Hanafi memujuk. Keputusannya masih samar-samar. Dia perlukan masa untuk fikir semasak-masaknya. Niat Datuk Hanafi sudah bagus, tapi caranya yang salah.

Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam reading list anda hokey

🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸  Where stories live. Discover now