JASMIN garu kepala mendengar apa yang dikatakan Hazrain. Tak sangka ini rancangan lelaki itu. Geliga juga otak Hazrain ni. Pandai curi peluang untuk kepentingan diri sendiri.
Dalam diam rupanya Hazrain ingin menggunakan dia dalam menjayakan apa yang dirancang. Maknanya mereka akan berkahwin dengan masing-masing ada tujuan tersendiri. Jus epal dicapai lalu disisip perlahan.
"Tak susah kan kau tunaikan apa yang aku nak? Nanti kerja kau akan bertambah mudah," kata Hazrain sambil senyum sinis. Lega dapat menyuarakan apa yang dirancang. Ingat dia akan berkahwin dengan Jasmin sesenang yang disangka? Kalau gadis itu ada tujuan, dia juga begitu.
Jasmin diam sambil berfikir. Dia kena pandai untuk mengawal situasi. Hazrain seolah-olah mahu main tarik tali. "Kenapa nak duduk rumah lain? Duduk jelah rumah family awak. Saya tak kisah."
"Aku tak nak duduk dengan family aku lagi. Aku nak keluar dari rumah tu. Selama ni sebab mama je aku terus stay. Kalau tak dah lama aku keluar. Tapi bila aku dah kahwin dengan kau. Aku ada alasan untuk keluar. Kerja kau senang je. Cakap kat mama yang kau nak duduk asing-asing. Kau bagilah alasan apa pun."
Itu rancangannya. Sebab rancangan itulah dia sudi berkahwin dengan Jasmin. Lagipun hanya gadis itu yang boleh menjayakan rancangannya. Mama dan papa pasti akan mengikut kehendak Jasmin.
Ketawa yang ingin meledak ditahan. Rancangan Hazrian buatkan dia rasa mereka macam pelakon dalam drama petang-petang. Kalau mereka keluar dari rumah itu, bagaimana dia mahu merapatkan hubungan Hazrain dengan Datuk Hanafi? Bukankah itu tujuannya?
"Kenapa tak keluar je dari rumah tu sekarang?" Ditanya soalan yang dia sudah sedia maklum apa jawapannya.
Hazrain mendengus keras. "Aku tak boleh. Aku benci papa bukannya mama. Aku masih hormat dan sayangkan dia. Aku tak nak mama kecewa. Lagipun mama takkan bagi aku keluar selagi aku tak kahwin."
"Dan saya kena cakap kat mama awak yang kita nak keluar dari rumah tu? Nak duduk asing-asing. Wah, hebat rancangan awak." Dia kena fikir masak-masak. Kalau dia dan Hazrain tinggal berdua pasti lelaki tu ada kesempatan untuk memaki hamunnya setiap hari. Baik tinggal bersama mentua. Nampak nasibnya lebih terbela ketika di sana. "Kalau saya tak nak cakap?"
"Aku akan batalkan pernikahan. Tak ada sebab nak teruskan. Aku kahwin dengan kau sebab nak keluar dari rumah tu je." Ugut bukan sebarang ugut. Tapi dia benar-benar maksudkan apa yang dikata.
Mana mungkin dia akan terima Jasmin dalam hidupnya. Sebaik apa yang diinginkan tercapai gadis itu sudah tidak diperlukan lagi. Jasmin akan tahu nasibnya nanti. Apa gadis itu fikir dengan berkahwin segala-segalanya akan selesai?
"Bagi saya masa."
"Masa yang ada tak lama."
Jasmin memandang Hazrain tepat. Idea tiba-tiba muncul di fikiran. "Okey saya akan ikut rancangan awak. Tapi ada syarat..."Jangan lupa vote⭐️
YOU ARE READING
🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸
RomanceDulu kita bertemu, kenangan pahit tercipta antara kita sehingga mencipta dendam dalam diri aku. Kini, siapa sangka kita ditakdirkan untuk berjumpa. Niat aku terpesong, kerana dendam aku berubah. ************************ "Helo." "Bar...