BAB 16 (a) : Mana Satu Suami?

888 62 0
                                    

SEJUK dan gelap. Dua keadaan itu menyebabkan Jasmin yang sedang enak dibuai mimpi mula terjaga. Tak lain tak bukan, mesti Hazrain yang tutup lampu. Masih dia ingat malam tadi  mereka tidur dalam keadaan cerah. Hais geram, dah menumpang tidur bilik dia buatlah cara menumpang.

            Kesejukkan yang mula mengigit tulang menyebab dia menarik comforter hingga paras leher. Lagi perbezaan mereka ditemui. Dia tidak suka tidur dalam keadaan sejuk. Penghawa dingin hanya dipasang pada waktu siang. Masa mula masuk tadi pun bukan dia yang pasang tapi Hazrain.

                Telefon dicapai. Sudah pukul 4.10 pagi. Jasmin mendengus. Mahu tutup penghawa dingin takut Hazrain terjaga. Tekak yang kering buatkan dia bangun. Sofa tempat tidur Hazrain dipandang. Sampai ke kepala lelaki itu selimut. Tahu juga sejuk rupanya.

            Dengan rasa mengantuk yang bersisa dia turun ke dapur. Ruang tamu rumahnya gelap. Memang itu kebiasaannya. Hanya lampu luar saja yang dibiar terpasang. Baru saja kaki menjejak lantai dapur, bahunya yang terlanggar sesuatu menyebabkan jeritan nyaring mula kedengaran. "Siapa tu!?"

           Kejutan apa dia terima pagi-pagi buta ni? Suiz lampu ditekan. Dapur yang gelap terus cerah.  "Hazrain! Awak buat apa dalam gelap ni?"

            "Kau tu yang buat apa? Dengan rambut mengerbang macam langsuir. Terkejut aku tahu tak?" marah Hazrain kembali.

             Jasmin diam sambil menolak rambutnya ke belakang. Memang patut pun Hazrain terkejut. "Sorry tapi macam mana awak boleh ada kat sini? Bukannya awak tengah tidur ke?"

            "Kau yakin ke aku yang ada dalam bilik tu?"

           "Jangan takutkan sayalah." Mungkin dia salah tengok sebab bilik gelap. Melihat cawan atas meja, tahulah dia Hazrain turun untuk minum. "Dah berapa lama awak kat dapur?"

            "Tak payah nak sibuk."

Jangan lupa tekan vote  ⭐️ & tambah cerita ni dalam playlist reading anda🥳 Terima kasih sudi baca🤩😘

🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸  Where stories live. Discover now