BAB 2 (b) : Biadap dgn ayah

1.5K 87 3
                                    

"CIK duduk dulu. Mak cik pergi buat air sekejap."

         "Mengusahkan mak cik saja. Saya dah minum tadi." Bohong Jasmin. Dia sebenarnya tidak betah duduk lama-lama di sini. Apa yang dia tahu, dia mahu mengucapkan terima kasih pada datuk yang telah membantunya bulan lepas.

"Jasmin?"

"Datuk masih ingat pada saya?" Tanya Jasmin teruja. Fikirnya datuk itu lupa padanya. Terus dia bangun apabila Datuk Hanafi berdiri di hadapan. Tersenyum saja wajah itu menyambut kehadirannya.

            "Mestilah uncle ingat. Duduklah."

            Tersenyum kelat dia apabila Datuk Hanafi membahaskan diri sebagai uncle. Teringat sewaktu kali pertama berjumpa, lancar saja mulutnya memanggil lelaki bergelar datuk itu sebagai uncle.

           "Ada apa nak jumpa?" Tanya Datuk Hanafi sebaik selesai sesi bertanya khabar.

          "Saya sebenarnya nak ucap terima kasih sebab datuk dah selamatkan saya. Maaf baru sekarang saya jumpa datuk. Saya trauma tapi sekarang alhamdulilah saya dah makin okey." Dia terhutang budi pada lelaki berusia lewat 50-an itu.

          "Min tak payahlah panggil uncle, datuk. Panggil uncle saja." Tegur Datuk Hanafi kurang senang. "Kalau siapa-siapa yang lalu masa tu, uncle yakin mereka akan bantu. Malam tu kebetulan uncle lalu. Mungkin dah ditakdirkan uncle yang akan tolong Min."

            "Kalau uncle tak ada masa tu,  tentu saya dah jadi mangsa pemandu teksi tu." Kata Jasmin sambil menahan sebak. Hampir-hampir saja dia dirogol tetapi Allah telah mengirimkan Datuk Hanafi untuk menyelamatkannya. Kebetulan kereta milik lelaki itu yang satu-satunya lalu di kawasan sunyi itu.

            "Dahlah, tak payah kenang lagi. Yang penting Min selamat, uncle dah bersyukur. Ingat jadikan ini satu pengajaran. Jangan berani balik seorang diri lagi di tengah malam."

Macam burung belatuk Jasmin mengangguk. Datuk Hanafi tidak pesan pun dia sudah tidak akan buat. Cukuplah itu menjadi yang terakhir dia pulang seorang diri. Sedang rancak berbual, muncul seorang wanita sambil tersenyum manis. Isteri Datuk Hanafi, namanya Datin Izzah.;

Ramah orangnya, siapa menyuruh dia memanggil auntie lagi. Bersyukur dia kerana pasangan berada ini menerima kehadirannya dengan senang hati. Tetapi malu juga apabila Datin Izzah mengetahui kisahnya.

"Min ni asal mana? Nampak macam bukan orang KL." Soal Datuk Hanafi. Saja mahu berkenalan dengan lebih dekat.

            "Alamak, saya pun tak tahu saya orang mana." Tiba-tiba Jasmin ketawa dengan kata sendiri. "Saya lahir di KL. Tapi dibesarkan di banyak negeri. Ikut ayah yang bekerja."

            "Oh, ayahnya kerja apa?"

            "Polis. Saya bukan daripada kalangan keluarga orang kaya-kaya macam uncle." Ucap Jasmin sambil mengigit bibir. Dalam hati dia menyumpah diri sendiri kerana telah menipu. "Ayah saya dah setahun pencen. Sekarang dia tolong adik dia urus syarikat. Katanya nak buat hilang bosan."

          "Nanti kalau ada rezeki, kenalkanlah uncle pada ayah Min ya. Nak juga uncle kenal-kenal. Family Min duduk KL ke? Adik beradik ada berapa orang?"

"Tak, family semua kat Perlis. Mak dengan ayah orang sana. Adik beradik ada empat orang. Dua lelaki dua perempuan. Saya nombor tiga."

"Abang ni, banyak betul soalan." Tegur Datin Izzah sambil menepuk paha suaminya.

Jasmin hanya tersenyum. Sikit pun dia tidak keberatan untuk menjawab soalan Datuk Hanafi. Sepuluh minit berbual, dia mula meminta diri. Tapi Datin Izzah menjemput untuk minum petang terlebih dahulu.  Walaupun segan terpaksa dia terima. Bak kata Datuk Hanafi, kalau bukan sekarang bila lagi dia mahu makan di sini.

MELIHAT kuih koci yang dihidangkan Datin Izzah, buat Jasmin menelan air liur. Itu kuih kegemarannya. Tidak dijemput terus dia capai seketul. Kulit dibuka lalu dia mengigit. "Ya Allah sedapnya."

Terletus ketawa daripada mulut Datuk Hanafi dan Datin Izzah melihat reaksi spontan Jasmin. "Nanti auntie bungkuskan untuk Min ya. Boleh makan dekat rumah. Auntie buat banyak sebab uncle suka makan."

           Sambil minum petang mereka berbual-bual. Hilang rasa segan dalam diri Jasmin apabila dia dilayan dengan baik oleh pasangan itu. Tak sangka ada lagi orang kaya yang masih merendah diri.

"Assalamualaikum." 

Perbualan mereka terhenti apabila seorang lelaki melangkah masuk ke dalam rumah. Tanpa dipaksa mata Jasmin bergerak mencari suara yang memberi salam. Dahi mula berkerut apabila satu wajah tanpa senyuman menyapa anak mata. Otak mula ligat bekerja untuk mengingati wajah yang terasa pernah dilihat.

"Hazrain, mari sini sekejap." Panggil Datuk Hanafi pada anaknya yang ingin mendaki tangga itu. Tetapi lelaki itu hanya buat tidak dengar. Malah terus berjalan tanpa mempedulikan panggilannya.

Bulat mata Jasmin apabila dia sudah ingat gerangan lelaki itu. Ini lelaki yang melanggar bahunya ketika di tempat letak kereta. Dan lelaki ini juga dia jumpa ketika di kedai serbaneka sebulan yang lalu. Tak sangka mereka adalah orang yang sama. Dan paling tak sangka kenapa mereka ditakdirkan untuk berjumpa lagi? Apa yang kecil sangat dunia. 

"Hazrain!" Panggil Datin Izzah menyebabkan  langkah lelaki itu terhenti.

            "Ada apa mama?" Soalan Hazrain malas lalu menyalami tangan wanita itu. Kalau bukan kerana suara tegas mama yang memanggil sudah dia naik ke atas.

Jasmin hanya diam memerhati. Kenapa lelaki bernama Hazrain tidak bersalam dengan Datuk Hanafi? Malah, mata lelaki itu langsung tidak memandang Datuk Hanafi.

          "Kenapa papa panggil buat tak dengar? Haz jangan malukan papa depan tetamu." Tegur Datin Izzah perlahan tapi sayang masih mampu ditangkap oleh telinga Jasmin.

"Dia patut dapat malu."

Terbeliak mata Jasmin mendengar balasan lelaki bernama Hazrain itu. Wah, ni memang kurang ajar. Depan tetamu boleh cakap macam tu. Sempat dia memandang wajah Datuk Hanafi. Walaupun wajah itu nampak biasa tetapi dia yakin pasti Datuk Hanafi malu.

Sebaik Hazrain melangkah pergi, suasana di meja makan tiba-tiba senyap. Saat ini Jasmin rasa dia tidak patut berada di sini.

"Tu anak kedua uncle. Nama dia Hazrain." Datuk Hanafi memperkenalkan anaknya. Dia tahu pasti Jasmin sudah  fikir yang bukan-bukan tentang Hazrain. Dia pun malu apabila dilayan seperti itu oleh anak sendiri. 

"Oh..." Pendek saja jawapan Jasmin. Dia masih terkejut melihat adegan yang berlaku depan mata. Ingatkan lelaki itu hanya kurang ajar dengan orang yang tidak kenal, rupanya dengan ayah sendiri turut kurang ajar.

Bukan Hazrain tidak nampak dia di sini, tapi sengaja lelaki itu butakan mata. Entah ingat atau tidak Hazrain akan dirinya. Rasanya lelaki itu ingat, kalau tidak kenapa Hazrain menjelingnya tajam? Tidak terkejut pula lelaki itu nampak dia sini.

Sedar suasana mula suram, Jasmin meminta diri untuk pulang. Sempat lagi pasangan itu menjemput dia ke mari kalau ada masa terluang. Sebaik masuk kereta, dia termenung. Kenapa beza sangat sikap Hazrain dengan Datuk Hanafi? Macam mana Datuk Hanafi boleh dapat anak kurang ajar macam tu?

Betullah kata orang kalau mak ayah baik anak tak semestinya baik. Kebenaran telah terbukti depan mata. Matanya menjadi saksi. Tak patut seorang anak cakap begitu pada ayahnya

         Kenapa Hazrain boleh bersikap sebegitu dengan Datuk Hanafi? Jika mereka ada masalah sekalipun, Hazrain tidak patut perangai begitu lebih-lebih lagi depan tetamu. Itu hanya akan menjatuhkan air muka orang tuanya saja.

         Nasiblah Datuk Hanafi dengan Datin Izzah dapat anak sombong dan kurang ajar macam tu.

Jangan lupa vote⭐️

🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸  Where stories live. Discover now