"TERIMA kasih..."Senyuman dilemparkan lalu Jasmin mengambil plastik berisi makanan dan minuman yang baru dibeli di Seven Eleven. Sambil berjalan sempat dia mengerling jam di pergelangan tangan. Sudah pukul 1.20 pagi. Lagi dua jam dia akan sampai KL.
Papp...
"Allah..." Ucapnya serta merta apabila kunci kereta yang dipegang tiba-tiba terjatuh dalam longkang. Keluhan berat terbit daripada bibir. Masalah! Mata dikecilkan untuk mencari kunci. Apabila tidak jumpa, telefon dikeluarkan lalu lampu dibuka.
Kepala berbalut tudung digaru kasar. Macam mana dia mahu keluarkan kunci itu? Mujur longkang tidak dalam. Dipandang sekeliling. Kosong. Hanya dia sendirian. Nama pun sudah 1.20 pagi. Manalah nak ada orang di waktu-waktu begini.
Besi yang menutup longkang dibuka. Sesaat kemudian Jasmin mengalah apabila besi itu tidak dapat diangkat langsung. Terlebih berat! Tangan diangkat menutup mata apabila sebuah Honda HR-V tiba-tiba berhenti di depannya. Silau mata memandang lampu warna putih.
Terharu! Mesti pemandu kereta itu berhenti disebabkan mahu menolongnya. Tak sangka masih ada yang baik. Melihat seorang lelaki yang keluar, terus Jasmin bangun lalu bibir mengukir senyuman. Tapi senyumannya kecut apabila lelaki itu terus berjalan tanpa mengendahkannya.
"Aik? Dia tak nak tolong aku ke?" Ujarnya sendiri. Mustahil lelaki itu tidak nampak dia tercongok depan longkang tadi. Malah mereka sempat bertentang mata beberapa saat. Langkah diatur mengejar lelaki itu. "Encik...encik."
"Eh apa ni pegang-pegang?"
Terus pegangan di lengan lelaki itu dilepaskan. Tindakan luar sedar. Malu pula dirinya. Padanlah kena marah. Ikut suka hati je pegang orang. Buatnya orang nak tolong, terus tak jadi tolong. Jangan ingat dia nak ambil kesempatan sudah. "Saya tak sengaja."
"Tak sengaja?"
"Kunci kereta saya jatuh dalam longkang. Encik boleh tolong angkat tak besi? Saya tak larat." Lelaki itu dipandang dengan wajah penuh mengharap. Nampak muka macam orang baik-baik.
"Tak boleh. It's that your problem. Siapa suruh jatuhkan kunci. Cuai punya perempuan! Lepas tu nak menyusahkan orang."
Tidak berkelip mata Jasmin apabila dia diherdik. Kalau boleh diulang kata-kata itu, mahu saja dia dengar buat kali ke dua. Lelaki itu tolak pertolongannya? Secara terang-terangan pula. "Encik berhenti bukan sebab nak tolong saya?"
"Aku nak pergi kedai. Tak ada sebab aku nak tolong kau. Orang zaman sekarang tak boleh percaya. Entah-entah kau nak rompak, tak pun nak pukau aku."
Serta merta telinga Jasmin mula berasap. Dengan angkuh lelaki itu menuduhnya. Tak sangka masih ada lelaki seperti ini. Pedas betul mulut! "Teruknya kau. Kalau lelaki lain mesti dah tolong aku."
"Then, pergilah cari lelaki yang boleh tolong kau. And, jangan pula ambil kesempatan pada lelaki yang sudi tolong kau."
Jasmin mengetap gigi kuat apabila lelaki itu terus berjalan ke arah kedai serbaneka tanpa sikit pun mempedulikan dia. Dalam hati sudah berbakul-bakul dia menyumpah. Kalau besi itu seringan kapas, tak adalah dia terhegeh-hegeh minta tolong.
Melihat ranting kayu berdekatan, terus Jasmin ambil lalu cuba digunakan untuk mencapai kunci kereta. Tapi gagal kerana ranting terlalu pendek. Geram punya pasal, ranting itu dilempar.
"Auch..."
Padam muka! Mahu saja Jasmin ketawa apabila ranting itu terkena kepala lelaki bermulut lancang itu. Terkejut punya pasal sampai jatuh air yang baru dibeli lelaki itu.
"Apa masalah kau? Main baling ranting pula."
"Eh eh, nak marah kita pula. Dia yang lalu kat sini." Bibir dicebikkan apabila melihat pipi lelaki itu sedikit berdarah. Rasanya tak adalah kuat mana dia baling. "Inilah balasan sebab sombong. Kalau tak nak tolong cakap baik-baik."
"Cakap baik-baik? Ada aku tengking kau ke?"
"Tak ada. Daripada buang masa bergaduh, apa kata awak tolong saya. Kalau tak nak tolong, sila pergi ya. Menyampah pula aku tengok." Jasmin buat gaya menghalau sekali pamer wajah yang mengjengkalkan. "Oii, mak engkau!"
Tak semena-mena dia melatah apabila bunyi hon kedengaran kuat. "Giler punya manusia." Jerit Jasmin lalu menghentak kakinya. Kalau dia pakai selipar sudah dia baling pada kereta Honda HR-V itu. Biadap punya manusia!
Kalau mereka ditakdirkan berjumpa lagi, tahulah nasib lelaki itu bagaimana nanti. Ingat dia gadis melayu? Silap! Sesiapa cari pasal dengannya, jangan mimpi dia akan berdiam diri. Dia...Jasmin Falinna. Dia ramah, periang, baik tapi bila orang jahat dengannya sekelip mata dia boleh berubah.
Melihat dua pekerja lelaki kedai serbaneka yang keluar, Jasmin tiba-tiba tersenyum. Kenapa awal-awal dia tidak terfikir untuk minta bantuan mereka?
Jangan lupa vote⭐️
YOU ARE READING
🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸
RomanceDulu kita bertemu, kenangan pahit tercipta antara kita sehingga mencipta dendam dalam diri aku. Kini, siapa sangka kita ditakdirkan untuk berjumpa. Niat aku terpesong, kerana dendam aku berubah. ************************ "Helo." "Bar...