BAB 14 (b) : Hanya Kau Yang Aku Cinta

801 65 2
                                    

BAJU MELAYU cekak musang warna krim yang tergantung pada pintu almari dipandang dengan pandangan kosong. Inilah baju yang akan dipakai esok. Setelah lima tahun, esok statusnya akan bertukar. Teruja? Tidak.

            Langsung dia tidak rasa apa-apa pada waktu ni. Jiwanya kosong. Kalau dulu malam sebelum bernikah, tahap dia berdebar sehingga tidak dapat melelapkan mata. Tapi pernikahan kali kedua ini rasa debar itu langsung tiada.

            Dia rasa biasa-biasa saja. Dan dia yakin Jasmin juga rasa apa yang dia rasa. Mereka bakal dinikahkan tanpa rasa cinta. Cinta juga mungkin tidak akan wujud antara mereka. Mustahil itu akan terjadi.

              Hazrain mengambil wallet yang terdampar atas katil. Dibuka perlahan sehingga matanya terhenti pada wajah yang tersenyum manis.

             Shima Thalia. Wanita yang pernah hidup bersamanya tapi hanya seketika apabila wanita itu pergi menghadap ilahi. Shima pergi membawa kenangan yang pernah mereka cipta. Sakitnya tidak terkata. Perginya wanita itu buatkan dia putus asa.

             Tanpa dipinta, air mata lelakinya menitis jatuh ke atas gambar. Bukti betapa dia merindui wanita yang sudah lima tahun meninggalkannya. Kenapa begini pengakhiran hubungan mereka? Wanita itu cinta pertama dan terakhirnya. Janji mereka untuk bersama sehingga akhir hayat, tapi kematian Shima melenyapkan impian itu.

           Perginya wanita itu akibat satu tragedi tragis. Kalau masa mampu diundur takkan dia benar arwah membuat kejutan untuknya. Gambar semasa hari pernikahan mereka ditatap lagi. Dua-dua tersenyum manis apabila selamat disatukan setelah sekian lama bercinta. Tempoh mereka bercinta lebih lama berbanding tempoh mereka bersama selepas kahwin.

           Teringat itu, air mata kembali mengalir. Setelah bertahun hari ini dia gagal menahan sebak. Sungguh dia terlalu rindukan arwah. Sampai sekarang wajah itu masih segar dalam ingatan. Mana mungkin dia lupa pada wajah yang telah mencuri hatinya.

          Bernikah buat kali berdua, bukan bermakna dia mengkhianti cinta Shima. Tapi dia tidak mampu menolak takdir. Dan dia bernikah bukan atas dasar cinta tapi kerana ada sesuatu yang dia mahukan. Dia ingin lari daripada segala-galanya. Dia mahu hidup sendiri. Biarlah...ini jalan yang dipilih.

             Kematian Shima menyebabkan pintu hatinya tertutup rapat dan nama Shima sudah terkunci di dalam. Tiada mana-mana perempuan yang mampu masuk ke dalam hatinya kerana kunci hatinya hanya ada pada Shima.

Jangan lupa tekan vote  ⭐️ & tambah cerita ni dalam playlist reading anda🥳 Terima kasih sudi baca🤩😘

🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸  Where stories live. Discover now