BAB 15 (b) : Pengakuan Hati

927 62 2
                                    

SEBAIK menukar pakaian, Jasmin melangkah ke cermin. Mukanya yang sudah bersih daripada solekan ditepuk perlahan. Lega apabila majlis sudah selesai. Penat tapi tidak dinafikan ada juga terselit perasaan gembira. Gembira kerana dapat berjumpa dengan saudara mara dan kawan-kawan yang sudah lama tidak berjumpa.

            Baru saja mahu menyarung tudung, pintu biliknya terbuka. "Buat apa masuk sini?"

            "Jasmin," tegur Puan Sri Suhaina yang berada di belakang Hazrain. Tidak senang melihat cara anaknya melayan Hazrain. Dipelawa menantunya masuk. "Min naik tak ajak Hazrain, tu mak bawa dia," bisiknya pada si anak.

            "Ni bilik Min. Mak harap Haz selesa kat sini. Kalau nak apa-apa minta je dengan Min," sambung Puan Sri Suhaina lagi lalu melangkah keluar.

           Keadaan bilik kembali sunyi sebaik pintu ditutup rapat. Mata Jasmin bergerak mengikut gerak geri Hazrain. Tipu kalau dia kata hatinya tidak berdebar-debar. Ini kali pertama dalam hidup, ada lelaki asing biliknya.

          "Bilik saya tak sebesar bilik awak."

          "Mana kau tahu bilik aku besar? Kau pernah masuk ke?"

           Gigi diketap. Hazrain ni memang tak boleh jawab elok-elok ke? Ada je nak sakitkan hati dia. Dipandang lelaki itu. Penampilan sudah tidak sekemas pagi tadi. "Boleh tak jangan campak samping atas katil? Pergi sangkut kat sana. Rimaslah tengok."

            Tangan sudah berbentuk penumbuk apabila lelaki itu tayang wajah sardinnya. Geram apabila Hazrain sengaja tidak menjawab. Ah, kalau jawab pasti ayat berbisa yang keluar. Lelaki itu diam dia marah, lelaki itu bercakap pun dia marah. Argh, semua tak kena.

       "Kau ni memang suka tenung muka aku, kan?"

        Tersentak Jasmin apabila disergah. Sumpah dia tidak perasan sejak bila Hazrain ada di depannya? "Perasan!"

        "Kalau aku perasan, kau tolong jawab soalan aku."

         Dahi berkerut. Hazrain tanya apa? Tak dengar pun? Ah sudah kenapa dengan aku ni? "Jangan nak main-main. Awak mana ada tanya apa-apa." Telinganya belum pekak.

         Hazrain tersenyum sinis. Sudah agak yang Jasmin tidak dengar soalannya. Apa yang menarik sangat sampai tidak berkelip gadis itu memandangnya. "Kau dah jatuh cinta kat aku?"

           Terhambur ketawa Jasmin sebaik mendengar soalan itu. Pandai Hazrain buat lawak. "Takkan disebabkan saya tak dengar soalan awak, awak dah perasan sampai tahap tu. Agak-agaklah saya nak jatuh cinta. Awak tu bukan taste saya." Tak sangka lelaki yang hati keras macam Hazrain boleh kata begitu.

           "Aku cuma nak cakap pintu hati aku dah tertutup rapat. Cinta aku hanya untuk arwah isteri aku. Dulu, kini dan selamanya. Aku tak akan pandang wanita lain selain arwah."

            Jasmin mencebik seolah-olah menyindir. Tak akan pandang wanita lain? Angkuh betul bercakap. Ini cabaran buatnya. Dia akan pastikan Hazrain nampak dirinya. Dia akan buat lelaki itu tunduk dengan caranya sendiri. Biar Hazrain termakan dengan kata-kata sendiri.

            "Kau fikir apa?"

            "Jangan risau, saya tak akan jatuh cinta dengan awak..." Tapi awak yang akan jatuh cinta dengan saya. Ayat terakhir itu hanya terluah dalam hati. Kata-kata angkuh Hazrain buat dia tercabar. Ada sesuatu yang lelaki itu tidak tahu tentangnya.

          "Aku pegang janji kau. By the way, aku ulang balik soalan aku. Bila kau nak tunaikan janji kau?"

         Janji? Tudung disarung lalu dia memandang Hazrain. "Ikut saya."

Jangan lupa tekan vote  ⭐️ & tambah cerita ni dalam playlist reading anda🥳 Terima kasih sudi baca🤩😘

🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸  Where stories live. Discover now