BAB 10 (d) : Ada Yang Rayu

944 59 3
                                    

"PAPA Haz."

            Langkah terhenti apabila dirinya dipanggil. Melihat anak saudara kesayangannya yang menghampiri, pantas diangkat tubuh itu. "Noah buat apa kat sini?"

           Dibawa Noah kembali ke ruang tamu. Pipi montel anak itu dicium. Bila hidungnya menghidu bau anak kecil, serta merta dia rasa tenang. Hilang sudah perasaan marah yang singgah ke dalam diri.

           Sepatutnya selepas berjumpa dengan Jasmin dia perlu kembali ke pejabat. Tapi moodnya tiba-tiba hilang. Rasa macam satu  kesilapan pula pergi berjumpa gadis itu.

         "Jalan-jalan. Induu Papa Haz." Ujar Noah pelat lalu mencium pipi Hazrain.

          Dilayan telatah satu-satunya anak saudara yang dia ada. Tak lama lagi bilangan anak suadaranya akan bertambah memandangkan kakak iparnya sedang berbadan dua.

           "Kenapa datang?" Soal Hazrain pada abang sulungnya yang baru muncul. Noah diletakkan atas pehanya.

           "Macam tak suka je aku datang?"

            Dipandang abang sulungnya yang bernama Hadi. Dia tahu penyebab lelaki itu datang pada hari minggu ni. Jarang sekali Hadi akan pulang ke rumah kalau tiada hal yang penting. "Siapa cakap?"

            "Papa."

             Hazrain mendengus. Pasti seluruh ahli keluarga sudah maklum tentang hal ini.

             "Kau jangan marahkan papa. Dia tu suka sangat. Maklumlah kau nak kahwin. Aku macam tak percaya je. Kau betul ke, Haz? Kau tak ada agenda lain, kan?" Teka Hadi sambil memandang sekilas wajah Hazrain. Kalau betul adiknya ingin berkahwin sebagai abang dia sangat gembira. Tapi dia tidak mampu buang rasa curiga. Tak mungkin semudah itu adiknya terima melainkan ada agenda sendiri.

           Sejak Hazrain menduda dia tidak pernah dengar adiknya bercinta ataupun rapat dengan mana-mana perempuan. Tup tup dengar berita nak kahwin, siapa yang tak terkejut.

           Hazrain tersenyum sinis. Soalan Hadi dibiarkan berlalu tanpa jawapan. Malah dia pura-pura sibuk bermain dengan Noah. Nampaknya semua orang  sudah menghidu rancangannya. Apa dia akan gagal? Tidak! Benda belum bermula, hasil juga belum nampak. 

            "Kau jangan permainkan perasaan dia." Tegur Hadi apabila Hazrain hanya diam membisu.

           "Mana kau tahu aku nak mainkan perasaan dia?"

           "Sebab kau pilih dia. Kalau kau pilih Eqeen aku tak akan tanya!"

           Noah diletakkan atas sofa. Tanpa berlengah Hazrain bangun meninggalkan Hadi. Buat sakit hati cakap dengan abangnya.

*Jangan lupa vote⭐️

🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸  Where stories live. Discover now