BAB 12 (c) : Lelaki Suka Lelaki?

800 58 2
                                    

DALAMAN butik pengantin Eddy Collection dipandang. Sampai juga dia ke sini akhirnya. Minggu lepas Datin Zaida menghubunginya supaya datang ke sini untuk fitting baju pengantin.

       "Jasmin, jom I tunjuk baju you. Mereka semua dah tunggu you kat atas," ajak Eddy yang merupakan pemilik butik ini. Pewatakannya yang lembut buatkan dia mudah mesra dengan pelanggan yang datang.

          Jasmin mengangguk walaupun dia tidak faham ayat terakhir Eddy. Siapa yang sedang menunggunya? Rasa dia tidak berjanji dengan sesiapa.    

        "Datin, bakal menantu you dah sampai."

        Bulat mata Jasmin melihat Datin Zaida yang sedang membaca majalah. "Auntie buat apa kat sini?" soalnya sebaik menyalami tangan wanita itu.

          "Teman Hazrain fitting baju."

          Jasmin mengeluh. Maknanya Hazrain juga ada di sini? Kalau tahu baik dia datang hari lain. Malas mahu menghadap lelaki itu.

           "Mama..."

            Tu dia, baru sebut malas menghadap terus muncul.

           "Wah, cantik!" puji Datin Zaida sambil mengeliling Hazrain yang berdiri seperti patung. Anaknya mengenakan baju melayu warna krim. Itu pilihannya. "Haz selesa tak pakai?"

           Soalan tidak dijawab apabila matanya terpandang Jasmin.

         "Mama tak rancang. Ni kebetulan. Mama pun tak sangka Min akan datang hari ni," bisik Datin Zaida. "Min, tengok okey tak baju ni dengan Hazrain?"

         "Baju tu sesuai sangat dengan tuannya. Tapi ada yang kurang sikitlah. Muka tu cuba senyum," sindir Jasmin sambil sengih jahat. Tapi memang tidak dinafikan Hazrain kelihatan kacak. Argh, dia sudah terpuji musuhnya.

          "Jangan nak komen boleh tak?"

         "Min bukan komen dia puji tu," tegur Datin Zaida apabila anaknya menjeling tajam Jasmin.

         "Min ini baju you. Pergilah try." Eddy muncul sambil membawa sepasang baju pengantin yang diletakkan dalam plastik lutsinar.

           Baju diambil lalu Jasmin bergerak ke fitting room.

           "Wah, handsomenya you Haz. Sesuai betul dengan Jasmin," puji Eddy sambil memandang Hazrain dengan pandangan mengoda.

          "Apa pegang-pegang ni?" marah Hazrain apabila Eddy cuba membetulkan kolar baju melayunya. Geram betul dengan mamat lembut ni. Dari tadi asyik mahu memegangnya.

         "Hiss datin, garangnya anak you ni. Takut pula I. Beza betul dengan Hadi. Bakal pengantin tak boleh garang-garanglah," cebik Eddy sambil mengadu pada Datin Zaida. Wanita itu pernah menggunakan khidmatnya untuk perkahwinan anak sulungnya.

          Bunyi langsir yang diselak mematikan perbualan mereka bertiga. Jasmin keluar dari  bilik persalinan sambil membetulkan tudung yang senget. "Kenapa, tak okey ke?"

          "Masya-Allah. Cantik sangat Min pakai baju ni." Datin Zaida menarik Jasmin supaya berdiri di sebelah Hazrain. "See, macam pinang dibelah dua."

         "Hazrain kenapa diam je? You mesti tak percaya bakal isteri you cantik bila pakai baju yang I buat, kan? Atau dia terlalu cantik sampai you tak boleh bercakap?" usik Eddy pada Hazrain yang berdiam diri.

          "Tak ada yang menarik."

           Eddy mengerutkan dahi. "You cakap apa I tak dengar?"

          "Dia cakap I cantik," jawab Jasmin sambil tersengih. Ingat dia tidak dengar apa yang baru dikatakan Hazrain? Saja nak malukan dia. Hazrain memang tidak akan puji orang. Tak nak puji tak apa, tapi jangan keji.

           "Perasan!" marah Hazrain lalu kembali masuk ke dalam fitting room.

Jangan lupa tekan vote  ⭐️ & tambah cerita ni dalam playlist reading anda🥳 Terima kasih sudi baca🤩😘

🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸  Where stories live. Discover now