BAB 9 (b) : Dan Jasmin Setuju

1K 66 3
                                    

"APA yang Haz buat ni? Kamu saja nak jatuhkan papa."

               Suara kuat Datuk Hanafi buat Jasmin tersentak. Pantas dia bangun lalu menuju ke pintu yang sedikit terbuka. Dari dalam bilik dapat dia lihat Datuk Hanafi dan Hazrain yang baru keluar daripada bilik mesyuarat. Masalah apa pula kali ni?

           "Kenapa, papa tak puas hati ke?" Ujar Hazrain dengan selamba.

            "Kamu dah malukan papa. Hari ini kamu betul-betul dah keterlaluan. Kamu lepaskan orang yang lakukan penyelewengan. Kamu jual saham kamu. Kamu sedar tak apa kesan tindakan kamu ni." Ujar Datuk Hanafi sambil menahan sabar.

            "Saya tak minta papa yang bagi. Saya cuma buat apa yang saya rasa nak buat. Papa ingat bila papa pindahkan saham papa pada saya, saya akan maafkan papa? Lupa semua kesalahan papa, macam tu je? Sorry, papa silap."

             Jasmin menarik nafas panjang melihat pertelingkahan dua beranak itu. Kenapa dia perlu menyaksikan ini semua? Mereka sepertinya tidak mampu untuk berbaik lagi. Hazrain lupa ke yang mereka berada di pejabat. Banyak mata yang memandang. Langsung tidak menjaga air muka Datuk Hanafi. Apa kurang ajar sangat.

             Kelihatan beberapa orang staf mula meninggalkan kawasan panas tersebut sambil berbisik sesama sendiri. Yang tinggal hanya Cik Irene yang menikus di tempatnya. Apabila anak mata mereka bertembung, gadis itu hanya mengangkat bahu. Nampak sangat yang Cik Irene sudah terbiasa dengan situasi ini.

             "Papa yang mulakan dulu. Jadi papa kena terima akibat daripada perbuatan  papa. Papa beruntung sebab sebenci-benci saya pada papa, saya masih sudi panggil papa..."

                 "Uncle." Jerit Jasmin apabila tangan kanan Datuk Hanafi hampir melayang ke wajah Hazrain. Cepat-cepat dia menuju ke arah mereka. "Sabar uncle."

                Tegang sekali wajah Datuk Hanafi. Kali pertama dia lihat lelaki itu marah begini.

                "Perempuan ni lagi. Mana-mana aku pergi, mesti ada kau." Marah Hazrain sambil menjeling tajam ke arah Jasmin.

                "Ni ayah kau. Tak boleh hormat ke?" Benci sungguh melihat sikap biadap lelaki tak guna  ni. Bukan mahu ucap terima kasih gara-gara dia, Hazrain tidak makan penampar hari ni.

                "Aku dah cakap jangan masuk campur hal keluarga aku. Pergi baliklah. Buat menyemak je sini."

                "Stop Hazrain. Jangan marah dia. Cukup kamu benci papa seorang je. Jasmin tak salah. Dia tak ada kaitan dengan keluarga kita." Tegur Datuk Hanafi apabila dirinya mula tenang. "Min, pergi balik dulu. Nanti uncle pergi jumpa Min."

                  "Saya tak nak balik. Saya datang ni sebab saya nak beritahu apa keputusan saya." Dijeling sekilas Hazrain. Wajah itu cerah tanpa sebarang cacat cela. Tapi sayang kesempurnaan wajah tidak menggambarkan perangai sebenar.

                "Uncle, saya setuju nak kahwin dengan Hazrain." Dengan tenang ayat itu meluncur keluar daripada mulutnya. Melihat riak terkejut Hazrain, bibir Jasmin tersenyum sinis. Mungkin lelaki itu tidak sangka ini yang akan dikatakan. "Ya uncle, saya serius."

*Jangan lupa vote⭐️

🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸  Where stories live. Discover now