Y.O.M.Y.L (1)

3.1K 55 2
                                    


       Petang itu Anzie sedang berada di luar rumah sambil menyiram pokok-pokok bunga. Anak keduanya yang baru berusia 9 bulan dibaringkan di dalam troli. Luna pula asyik bermain dengan alat permainan di samping adiknya.

        "Luna, jangan kacau adik tau," Anzie menegur Luna dengan suara lembut. Kerana selalunya Luna akan mengusik adik lelakinya untuk membawanya bermain.

        "Ya mama.." jawab anak kecil itu.

Anzie tersenyum sambil menarik-narik hos untuk pergi ke arah pokok bunga yang berdekatan dengan pintu pagar kawasan rumah itu.

Tiba-tiba, seorang lelaki berjaket dan memakai topi berwarna hitam lalu pada jalan yang berhadapan dengan rumah agam tersebut. Anzie padamulanya tidak merasakan apa-apa, tetapi bila lelaki itu berhenti di hadapan pintu pagar, Anzie menjadi gelisah. Lelaki itu hanya menundukkan kepalanya saja tanpa memandang ke arah Anzie.

Lalu, dia mengeluarkan sampul surat dari dalam poket jaketnya dan terus merenyukkan ia perlahan-lahan di hadapan Anzie. Anzie menjadi takut, kakinya berundur ke belakang untuk menjauhkan diri dari pintu pagar. Hos yang sedang dipegangnya dia lepaskan dari tangan. Lelaki itu kemudiannya membaling surat yang sudah direnyukkan itu ke dalam kawasan rumah Joel.

        "Huh!?" Anzie terkejut. Lelaki itu terus melarikan dirinya.

Anzie memberanikan diri untuk datang semula ke pintu pagar. Dijenguknya kiri dan kanan kawasan pejalan kaki, tetapi lelaki itu sudah tiada. Dia menoleh semula ke belakang dan mencapai surat yang direnyukkan tadi dari atas rumput yang basah.

       "Peliknya orang tu.." katanya sendiri. Kertas itu dibukanya dengan perlahan kerana takut ia terkoyak.

        "Joel, You should die.."

Jantung Anzie bagaikan terhenti saat itu. Matanya terbungkam luas, jari jemarinya menggeletar! Dia segera berlari mendapatkan kedua-dua anaknya dan membawa mereka masuk semula ke dalam rumah. Surat ugutan itu sangat menakutkannya.

        "Mama, nak tunggu papa datang di luar rumah.." kata Luna bila Anzie menarik lengannya masuk ke dalam.

        "Kita tunggu di dalam rumah saja. Papa akan balik sekejap lagi," balas Anzie. Wajahnya kelihatan pucat, matanya memandang sekeliling risau jika lelaki itu mencuri masuk ke dalam.

        "Tapi mama.." Luna tidak mahu menuruti arahan Anzie. Dia masih tercegat di depan pintu.

        "Luna! Mama kata masuk, jangan melawan!" Anzie terpaksa bersuara lantang supaya Luna mendengar katanya.

Luna menghentak kaki sambil memuncungkan bibirnya, lalu berlari masuk ke dalam rumah. Anzie sakit hati kerana memarahi anaknya itu, tetapi demi keselamatan, dia terpaksa berkasar. Anak keduanya yang bernama Oliver asyik merengek di dalam troli. Anzie segera mendukungnya dan menolak troli masuk ke dalam rumah.

        "Shussh.. jangan nangis sayang.." Anzie cuba menenangkan anaknya dari menangis. Pintu rumah dikunci, begitu juga dengan semua tingkap yang terbuka.

        "Joel.. pulanglah cepat.." bisiknya sendirian sambil menepuk-nepuk punggung anaknya di dalam pangkuan.

Dia berasa tidak tenang, lalu dicapainya telefon bimbit untuk menghubungi Joel yang masih bekerja.

Deringan pada telefon bimbit Joel jelas kedengaran. Joel yang pada ketika itu sedang sibuk menyusun fail di atas meja kerjanya terus menyambut panggilan telefon dari Anzie.

Joel 📞 "Hai sayang.. kenapa call ni? Kejap lagi saya balik.."

Anzie 📞 "Joel.. boleh tak awak balik sekarang?"

Y'O'M'Y'L (Completed)Where stories live. Discover now