Semasa berada di rumah bersama keluarga kecil Dave, dia menjenguk Petsie yang sedang membasuh pinggan di dapur. Matanya asyik melihat kiri kanan dan belakang risau jika ibunya berada di situ. Tanpa Petsie sedari akan kedatangan suaminya, Dave terus menerkam pergunungannya dari arah belakang!Zap!
"Hei!" Petsie tersentak dengan kelakuan Dave yang tiba-tiba.
"Hahaha! Surprise honey!" Ucap Dave beserta gelak tawanya.
Petsie cuba untuk meleraikan pelukan itu, tetapi Dave tidak mahu melepaskan badan isterinya.
"Dave, mama nampaklah! Ish! Kenapa dengan awak ni?" Kata Petsie. Tangannya masih melawan dari cengkaman pada dadanya.
"Ah, mama okey je kalau nampak, haha! Eh? Makin tembam pula.. hahaha!" Dave bergurau tentang aset-aset Petsie sambil memicit-micitnya.
"Aduh..! Sakitlah..! Dave, janganlah macam ni.. eii.." Petsie merayu kerana dia tidak mahu diganggu. Dia menggeliat ingin melepaskan diri, tetapi dia tergelak sama.
"Kalau awak tak bergerak, saya akan lepaskan.. tapi kalau awak bergerak, saya gigit. Haha..!" Dave masih meneruskan gurauannya.
"Hei.. okey okey, saya tak bergerak." Balas Petsie. Dia terus berdiri kaku tidak menggerakkan badannya langsung.
Tetapi lain pula jadinya. Dave lantas memasukkan tangannya ke dalam baju Petsie untuk mencari pergunungan itu sambil mengucup leher isterinya dengan rakus.
"Awak kata nak lepaskan..!? Ee..! Dave saya nak cuci piring, jangan buat macam ni boleh tak?" Bentak Petsie. Kepala Dave yang sedang berada di lehernya ditolak-tolak.
"Tak boleh! Haha..!" Jawab Dave. Badan Petsie dipusingkan ke hadapannya dan dia terus mencium bibir isterinya itu.
"Um..!" Petsie tidak sempat mengelak. Jari jemari Dave bertambah nakal meraba kulit tubuhnya di sebalik baju. Petsie pula masih menolak-nolak tidak mahu dilakukan seperti itu di dalam dapur.
"Dave apa awak buat ni!? Suka sangat ganggu orang buat kerja!" Suara ibunya menjerit lantang di depan pintu dapur memarahi anaknya.
Suami isteri itu terkejut, lalu Dave segera melepaskan Petsie sambil menggaru kepalanya.
"Eh, sejak bila mama di situ? Haha.. erm.." kata Dave. Dia berpura-pura duduk di atas bangku meja makan. Wajah ibunya tampak gerun, dia tidak berani melihatnya langsung.
"Mama baru datang nak ambil air. Kawal sikit nafsu awak tu Dave, jangan rakus sangat. Hei.. boleh pula kacau Petsie dalam dapur?" Ibunya menasihati Dave.
"Err.. ya, saya akan kawal. Haha.." balas Dave. Dia menjadi malu pula.
Petsie menjeling tajam ke arah Dave sambil tersenyum sinis, lalu meneruskan kerjanya.
"Padan muka.." Petsie mengejek Dave dengan suara perlahan sambil tergelak.
Selepas saja ibu Dave mengambil air, Dave menepekkan mukanya pada meja. Matanya asyik merenung belakang badan Petsie sambil menelan air liur. Suasana malam yang sejuk membuatkan dia tidak keruan!
"Saya dah siap, nak naik dulu." Kata Petsie. Dia berpura-pura tidak mahu melayan suaminya. Dengan suara gelak tawa kecil, dia berlari menaiki anak-anak tangga.
"Ceh, nak main-main ye?" Bisik Dave. Dia terus bangun dari bangku dan mengejar Petsie sehingga ke arah tangga.
"Honey!" Panggilnya dengan nama manja.
YOU ARE READING
Y'O'M'Y'L (Completed)
عشوائيI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 WARNING, MATURE CONTENT!! 🔞🔞 Language : Malay, English Genre : Thriller, Romance Kesinambungan dari keseluruhan cerita ANZIE termasuk special edition Dr.Bert & Dear Dave. Adakah ini kesudahan terakhir bagi...