Setiap hari adalah hari yang sibuk bagi Lyezze. Dia terpaksa membahagikan masa bekerja dan berjumpa dengan Steve pada setiap hujung minggu sahaja. Namun begitu, Steve faham dengan situasi Lyezze. Dia tahu wanita itu terlalu sibuk dengan perniagaannya, walaupun mereka jarang bersama. Hanya melalui panggilan telefon dan pesanan ringkas saja mereka berhubung. Jarak antara mereka tidaklah terlalu jauh, tetapi kerana masa, ia tidak mengizinkan mereka untuk bertemu.Kadang kala, Steve akan datang melawat teman wanitanya di gedung pakaian bayi dan kanak-kanak. Bila dia melihat wanita itu sibuk, Steve tidak akan menganggunya. Usia hubungan cinta mereka baru saja dua bulan, namun rasa sayang itu semakin kuat dalam diri mereka masing-masing.
Hari ini ialah hari lahir Steve dan pada hari ini juga Lyezze bercuti untuk membuat kek khas untuk teman lelakinya itu. Lyezze tidak memberitahukan kepada Steve bahawa dia tidak menguruskan pekerjaannya pada hari ini kerana mahu membuat kejutan untuk Steve di tempat kerjanya nanti. Lyezze bertungkus lumus menyiapkan kek hari jadi buat yang pertama kalinya. Sebelum ini, dia tidak pernah memberi kejutan kepada bekas-bekas tunangnya dengan hasil tangannya sendiri. Selalunya, dia akan membeli cenderamata yang mahal untuk mereka. Tetapi kali ini, dia mahu berubah menjadi seorang insan yang baik tanpa membeli barangan berjenama sebagai buah tangan untuk orang yang tersayang. Iaitu kek buatan tangannya sendiri istimewa buat Steve.
~~~~~
Steve terlupa tentang hari jadinya, tetapi tidak bagi rakan-rakan sekerjanya. Dari hari kemarin lagi mereka semua telah bersepakat untuk membuat kejutan kepada Steve selepas saja masa bekerja tamat di dalam pejabat itu. Celine yang turut serta, telah membeli sebiji kek untuk Steve. Steve pula langsung tidak tahu akan rancangan mereka pada hari ini. Semuanya tampak biasa saja dan tiada apa-apa yang mencurigakan.
Jam 5 petang, masa tamat bekerja. Lyezze sudah berada di luar bangunan pejabat tempat Steve bekerja. Kotak berwarna biru berisi kek buatan tangannya diangkat bersama-sama dengan sekuntum bunga di atas permukaan kotak itu. Dia sangat berharap teman lelakinya akan teruja dan gembira bila dia datang.
Waktu yang sama juga, Steve menyusun fail di meja lalu memakai jaket kerana sudah selesai bekerja dan bersiap sedia untuk pulang. Tetapi dia menjadi hairan bila lampu pejabat tiba-tiba terpadam dan seluruh ruang pejabat kini gelap gelita. Matanya berkelip-kelip, tangannya memegang meja untuk bergerak.
"Hello? Kenapa tutup lampu? Bob?" Kata Steve sambil memanggil nama kawan baiknya. Suasana pejabat menjadi sunyi seketika, tiada lagi suara-suara rakan sekerjanya.
Pada masa yang sama, dia terdengar beberapa bunyi tapak kasut berlegar-legar dalam pejabat itu. Perasaannya mulai curiga.
"Apa kamu buat ni? Hei.. jangan main-mainlah.. pasang lampu balik," Steve berbicara lagi. Dia berdiri di tengah-tengah lantai pejabat.
Tiba-tiba.. dia terlihat kerlipan cahaya api keluar dari bilik pantri. Ia semakin dekat padanya diiringi suara nyanyian rakan-rakan sekerjanya yang sedang menyanyikan lagu hari lahir.
"Happy birthday to you...!"serentak mereka mengucapkan nyanyian lagu tersebut. Steve bagaikan disampuk hantu, dia terkejut dengan kejutan istimewa itu.
"Yeah..!!" Jerit kawan-kawannya.
Steve tergelak lalu menggaru kepala dan agak malu ketika ini. Semasa lampu dihidupkan semula, dipandangnya orang yang membawa kek itu. Dia ialah Celine.
"Tiup lilin tu, haha.." seru Bob sambil bertepuk tangan. Begitu juga dengan yang lain.
"Ah.. thanks everyone," balas Steve kepada mereka lalu meniup lilin kecil pada kek.
YOU ARE READING
Y'O'M'Y'L (Completed)
RandomI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 WARNING, MATURE CONTENT!! 🔞🔞 Language : Malay, English Genre : Thriller, Romance Kesinambungan dari keseluruhan cerita ANZIE termasuk special edition Dr.Bert & Dear Dave. Adakah ini kesudahan terakhir bagi...