Keesokan hari selepas Laura pulih sedikit dari kecederaan pada mukanya, beberapa orang anggota polis sudah bersedia di depan pintu untuk menahannya. Dia terpinga-pinga ketika salah seorang polis masuk ke dalam dengan membawa waran tangkap. Doktor Bert serta Amanina bersama dengan ibu bapa angkat Eliza turut berada di situ. Semalam Amanina telah menceritakan segala perilaku Laura yang cuba membunuh Eliza. Kemarahan membuak-buak di dalam diri mereka semua!"Tuan, saya nak kamu bagi hukuman pada perempuan ni! Dia dah cuba bunuh anak saya!" Kata ibu angkat Eliza. Dia hampir menyerang Laura yang masih berada di atas katil pesakit tetapi dihalang oleh suaminya.
"Jangan serang dia.. biar polis yang bertindak." Pujuk si suami sambil memeluk isterinya.
"Kalau ada apa-apa terjadi dengan Eliza, saya akan rasa bersalah kepada mendiang ibubapa kandungnya!" Bentak ibu angkat Eliza lagi dengan penuh sebak di dada.
"Saya faham.. Yang penting Eliza dah okey, perempuan ni biarlah polis yang uruskan." Balas bapa angkat Eliza pula.
Doktor Bert dan Amanina cuma berdiam diri tidak mahu mencelah. Pandangan Amanina kepada Laura tajam sekali hinggakan Laura menggigil ketakutan.
"Ma.. maafkan saya Bert.. saya tak sengaja.." Laura merayu meminta simpati.
"Tak sengaja..? Awak buka alat pernafasan Eliza, lepas tu awak boleh kata tak sengaja? Apa nak jadi dengan awak ni Laura? Cukuplah ganggu perkahwinan kami!" Doktor Bert memarahi Laura yang sedang menangis-nangis di hadapannya.
"Hm.. Nak saya tampar sekali lagi muka awak?" Amanina menyampuk.
Laura menggeleng-gelengkan kepalanya dengan perasaan cemas. Bila melihat raut muka Amanina yang bengis, dia teringat semula tumbukan bertubi-tubi pada mukanya.
"Sa.. saya tak akan ganggu kamu lagi. Saya janji.. tapi tolonglah tarik balik tuduhan tu. Bert.. please.." Laura merayu-rayu lagi diikuti tangisan.
Doktor Bert mengeluh panjang, lalu menjawabnya.
"Tak adil bagi saya kalau awak dilepaskan begitu saja Laura. Awak cuba membunuh! Awak kena terima hukuman ni sebagai pengajaran! Sebab awaklah punca Eliza kemalangan. Kalau awak tak datang ke sini hari tu, semua ni takkan terjadi!" Ulas doktor Bert. Dia semakin geram melihat Laura yang meminta tuduhan ke atasnya ditarik balik.
"Maafkan saya cik Laura, awak kena ikut kami ke balai sekarang. Kami dah periksa rakaman litar tertutup, dan sudah jelas terbukti bahawa awak sengaja melakukan percubaan membunuh ke atas puan Eliza. Dan cik Amanina ialah saksi kejadian." Polis mencelah sambil memegang gari besi di tangan.
"Tapi dia pukul saya! Saya boleh laporkan kepada pihak berkuasa tentang hal ni, biar dia juga dikenakan tindakan!" Laura mempertahankan dirinya.
"Eh? Saya pukul bersebab, bukan sengaja! Ish.. awak nak kena lagi ke ni, hah!?" Bentak Amanina. Doktor Bert segera memegang lengan sepupunya itu yang sudah mulai naik angin.
"Nina, jangan tambahkan masalah. Hei.."
"Tengoklah kawan awak tu, dah buat salah, nak salahkan orang lain pula." Balas Amanina. Dijelingnya Laura yang sedang digari oleh polis.
"Tolonglah Bert.. saya minta maaf!" Rayu Laura. Dia segera ditarik keluar dari bilik pesakit dengan keadaan mukanya yang bengkak dan kebiru-biruan akibat dibelasah oleh Amanina.
Doktor Bert langsung tidak mahu memandang wanita itu lagi kerana terlalu benci. Laura menangis-nangis di sepanjang ruang hospital meminta dilepaskan. Tetapi tiada siapa lagi yang akan mengasihani dirinya.
YOU ARE READING
Y'O'M'Y'L (Completed)
CasualeI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 WARNING, MATURE CONTENT!! 🔞🔞 Language : Malay, English Genre : Thriller, Romance Kesinambungan dari keseluruhan cerita ANZIE termasuk special edition Dr.Bert & Dear Dave. Adakah ini kesudahan terakhir bagi...