Celine telah mula bekerja di pejabat tempat Steve bekerja. Walaupun dia bekas pekerja di situ, dia tetap menjalankan kerjanya sebagai orang bawahan para staf. Kadang-kadang bisikan para pekerja bercerita tentang dia dan Steve didengari, tetapi Celine langsung tidak mengendahkan mereka. Dia juga tidak mahu bermuka-muka di hadapan mereka semua. Celine melayan kesemua mereka seperti dulu. Iaitu membancuhkan mereka minuman, memungut sampah dari meja mereka, menyusun fail, mencetak kertas kerja dan sebagainya di pejabat itu. Dia hanyalah pekerja suruhan mereka sama seperti dulu.Hari ke-dua dia bekerja, Steve sedar akan kelakuan sahabat handainya yang kerap menyuruh Celine membuat itu dan ini. Tapi Steve menahan hati untuk menegur mereka. Dia sakit hati bila Celine dilayan seperti orang gaji, padahal kerja Celine sepatutnya hanyalah mencetak kertas kerja dan menghantar fail kepada majikan mereka. Bukannya membuang sampah serta membancuh kopi untuk para pekerja di dalam pejabat.
Pada waktu tengah hari itu, Celine masih sibuk menyusun fail di setiap meja ketika para pekerja semua keluar untuk makan tengah hari. Steve datang lalu menegurnya.
"Jom lunch?" Ajaknya yang sedang berdiri di belakang Celine.
"Eh? Awak pergilah. Saya nak susun fail mereka dulu," jawab Celine tanpa memandangnya. Tangannya sibuk memegang fail di atas meja.
"Jadi bila awak nak makan kalau sibuk macam ni?" Soal Steve.
"Saya taklah lapar sangat, haha.. nanti saya minum kopi saja. Kan ada roti di pantri? Saya boleh makan tu je," Jawab Celine.
Steve berdengus keras. Dia terus mencapai tangan Celine yang masih menyusun fail. Celine tersentak dan seraya memandang Steve.
"Boleh tak jangan macam ni? Awak kena tegas dengan mereka semua. Awak bukan orang suruhan, Celine. Mari keluar, saya tak mahu tengok awak tak makan." Kata Steve lalu menarik tangan Celine.
Kaki si gadis terlangkah mengikuti jejak suaminya. Tapi dia menahan kakinya dari berjalan. Steve serta merta terhenti dari menariknya.
"Steve, saya tak lapar. Lagipun, sekejap lagi mereka akan datang.. tak baik saya tinggalkan kerja tu semua," ujar Celine.
"Huh.. kalau mereka marahkan awak, beritahu saya. Awak lapar atau tidak, awak kena makan juga." Balas Steve. Tegas sungguh cara dia menjaga Celine di tempat kerja. Ia tidak sama seperti layanannya di rumah.
Celine terpinga-pinga, tapi dia terpaksa turuti arahan Steve. Ia kerana raut wajah Steve tampak serius sekali, sedikit senyuman pun tidak dia lemparkan. Celine menjadi gerun dan tidak lagi ingkar. Mereka berdua pun meninggalkan pejabat itu untuk makan tengah hari bersama di luar.
~~~~~~
Hari demi hari berlalu.. Steve selalu memerhatikan Celine dari meja kerjanya. Gadis itu berulang alik ke satu meja dan ke meja yang lain membawa cawan, fail, tong sampah dan sebagainya. Kata-kata nasihatnya tempoh hari bagaikan angin yang lalu saja bagi Celine. Apa lagi bila Bob juga sering mengarah isteri Steve membersihkan mejanya walaupun Bob ada di meja itu. Steve sedar akan keadaan itu, tapi dia masih dapat menahan dirinya dari menegur Bob. Dia berasa kesal pula mengajak Celine bekerja di sana.
Petang itu, tamat saja sesi bekerja, Steve tidak membawa Celine pulang. Malah dia mengajak gadis itu menonton wayang. Celine yang berada di belakangnya menjadi hairan, lalu dia bertanya kerana waktu itu Steve langsung tidak memberitahukan apa-apa padanya sebelum bertolak.
"Kita nak pergi mana ni? Ni kan bukan jalan pulang?" Soal Celine. Jalan yang disusuri mereka menuju ke bandar, bukan arah pulang ke bangunan rumah sewa.
YOU ARE READING
Y'O'M'Y'L (Completed)
RastgeleI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 WARNING, MATURE CONTENT!! 🔞🔞 Language : Malay, English Genre : Thriller, Romance Kesinambungan dari keseluruhan cerita ANZIE termasuk special edition Dr.Bert & Dear Dave. Adakah ini kesudahan terakhir bagi...