Seminggu kemudian selepas kejadian itu, Steve bekerja seperti biasa di pejabat yang kecil. Sedang dia sibuk menguruskan kertas-kertas yang perlu dicetak, telefon bimbitnya berbunyi menandakan seseorang telah menghantar pesanan ringkas kepadanya. Dia menyeluk poket seluar dan membaca pesanan ringkas itu.📱 "Hai Steve, good morning.."
Steve mengukir senyuman kerana mesej itu datang dari Lyezze. Entah apa anginnya hari ini, tiba-tiba saja menghantar mesej.
📱 "Hai, morning.. what's up?"
Sambil menunggu jawapan, Steve melakukan kerjanya. Telefon berbunyi lagi selepas beberapa saat.
📱 "Are you free today? Nak ajak awak minum malam ni,"
Terbuka luas mata Steve setelah membaca ajakan wanita tersebut. Tanpa berlengah, dengan pantas jari jemarinya menekan butang papan kekunci telefon.
📱 "Yes, sure. Jam berapa? Di mana?"
📱 "After work. Jam 7 malam, di StarDust Club. Datang tau.. boring pula saya hari ni, haha.."
Balas Lyezze. Steve tersenyum bagaikan orang gila ketika itu.
"Apa kena dengan awak hari ni? Haha.." Steve berasa kelucuan pula dengan Lyezze. Tapi hatinya senang sekali kerana diajak keluar.
📱 "Okey, i will come. See you there."
📱 "See you."
Mereka berbalas mesej yang pendek sahaja. Semakin tidak sabar pula Steve untuk berjumpa dengan wanita pujaannya itu.
******
Hari sudah hampir pukul 7 malam. Steve datang tepat pada masanya di kelab itu. Dia menghantar pesanan ringkas kepada Lyezze yang dia sudah sampai. Mesej itu segera di balas oleh Lyezze.
📱 "Masuklah, saya baru saja masuk tadi."
Balasan pendek itu dibaca oleh Steve. Dia dengan pantasnya masuk ke dalam kelab malam yang baru memulakan operasinya.
Sambil dia berjalan di ruang kelab, matanya asyik memandang ke arah orang ramai yang sedang bergembira. Dia sebenarnya tidak biasa masuk ke tempat-tempat sosial seperti ini. Tapi demi seorang perempuan, dia sanggup datang. Gadis-gadis pelayan menerpanya, dia tidak endahkan. Dia berlalu saja tanpa menyentuh mereka dan hanya mengukir senyuman manis tanda tidak mahu dilayan. Akhirnya dia menemui Lyezze yang sedang duduk bersendirian di sebuah bangku VIP. Sosok tubuh wanita itu tampak mengghairahkan di mata Steve. Tapi dia bukanlah seorang lelaki miang.
Pakaian Lyezze yang seksi membuatkan hati Steve gusar. Dia tidak suka melihat seorang perempuan memakai pakaian menjolok mata. Tetapi kerana suka akan wanita itu, dia harus mendalami jiwa Lyezze.
"Hai, sorry lambat.." Steve menyapa Lyezze yang sedang asyik menekan butang skrin telefon. Wanita itu lantas menyimpan telefonnya ke dalam tas tangan.
"Hai.. tak apa. Lagipun saya baru saja datang tadi. Thank you sebab terima ajakan saya," balas Lyezze.
Steve duduk bersebelahan dengan wanita itu tetapi dengan jarak yang jauh sedikit. Lyezze memanggil pelayan kelab dan memesan sebotol vodka untuk mereka berdua. Steve tidak mencelah sedikit pun. Dia bukanlah seorang yang suka meminum minuman keras, pasti dia akan gagal jika menyertai pertandingan meminum arak.
"Em.. sebenarnya apa tujuan awak bawa saya ke sini?" Steve menyoal.
"Haha.. saja nak buang boring. Dah lama saya tak enjoy macam ni. Entahlah.. tapi, tiba-tiba saya teringat tentang awak. Sebab tu saya bawa awak kemari." Ulas Lyezze.
YOU ARE READING
Y'O'M'Y'L (Completed)
AléatoireI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 WARNING, MATURE CONTENT!! 🔞🔞 Language : Malay, English Genre : Thriller, Romance Kesinambungan dari keseluruhan cerita ANZIE termasuk special edition Dr.Bert & Dear Dave. Adakah ini kesudahan terakhir bagi...