Y.O.M.Y.L (23)

882 45 12
                                    


              Amanina terlelap di sebuah bangku bersebelahan dengan tempat katil Eliza. Hari sudah pun lewat malam ketika itu. Eliza yang masih belum tertidur, merenung wanita itu dari sisi. Kalaulah dia boleh bangun, dia akan menyelimutkan Amanina yang kelihatan kesejukkan kerana penghawa dingin bilik itu sungguh menyengat kulit pada waktu malam. Amanina berpeluk tubuh dengan hanya berpakaian kemeja berlengan pendek. Tiba-tiba doktor Jeph masuk untuk memeriksa keadaan Eliza. Kebetulan pula dia bekerja syif malam pada hari ini. Dia agak terkejut melihat musuhnya sedang dibuai mimpi di atas bangku. Dia tersengih.

        "Eh puan Eliza, awak belum tidur rupanya? Saya datang nak check fail awak. Maaf kalau mengganggu." Kata doktor Jeph lalu mengambil fail di atas meja.

       "Saya belum mengantuk.. em.. suami saya dah balik?" Eliza seraya bertanya tentang doktor Bert.

       "Err.. mungkinlah. Saya tak nampak pula dia tadi. Dia tak jenguk awak ke?" Tanya doktor Jeph pula sambil membelek-belek fail. Tapi matanya kerap melihat Amanina.

       "Sebenarnya, saya tak tahu dia ada datang atau tidak. Sebab tadi saya tertidur dan saya baru saja tersedar," balas Eliza.

       "Oh.. em.. patutlah perempuan ni jaga awak, haha.." kata doktor Jeph. Perbualan mereka itu langsung tidak disedari oleh Amanina.

       "Awak dah kenal dia ke doktor?" Soal Eliza.

       "Haha.. kenal macam tu je. Tapi kami kerap bergaduh. Harap-harap dia tak sedar, kalau tak.. pasti kami bertumbuk lagi," ulas doktor Jeph sambil tergelak.

Eliza tersenyum saja. Amanina langsung tidak menceritakan hal yang telah terjadi kepada dia dan doktor itu selama ini.

        "Em.." Amanina meracau dengan suara perlahan. Doktor Jeph segera memandangnya, risau jikalau wanita itu menyedari akan kedatangannya ke situ.

Dia berasa kasihan pula dengan keadaan diri Amanina yang kesejukan. Lalu, dia membuka baju kerjanya dan terus menutup badan Amanina tanpa berfikir panjang. Eliza agak tersentak dengan kelakuan doktor itu, tapi dia tidak mahu bertanya kenapa.

        "Esok saya ambil balik. Bagi dia pinjam dulu, haha.." kata doktor Jeph.

Eliza tersenyum lagi dengan perbuatan doktor itu. Dia dapat rasakan doktor Jeph ada perasaan terhadap kakak iparnya.

        "Dia.. baik. Dia selalu tolong saya dan suami. Erm.. dia seorang perunding majlis perkahwinan. Tapi dia tak pernah berkahwin," tiba-tiba Eliza memberitahukan hal Amanina kepada doktor Jeph.

Doktor Jeph menjungkit kening, dia tidak faham mengapa tiba-tiba saja Eliza bercerita tentang Amanina.

       "Err.. haha.. dia ada.. boyfriend?" Doktor Jeph sengaja menyoal untuk kepastian.

       "Dia dah lama bujang," balas Eliza.

Doktor Jeph hanya menganggukkan kepalanya tanda faham. Sambil memeriksa nadi Eliza, dia menulis pada fail. Jawapan Eliza tadi membuatkan dia diam sejenak. Lalu dia bertanya semula.

       "Dia memang kasar ke?"

       "Haha.. taklah. Selalunya, suami saya jadi mangsa. Tapi saya tak pernah pula nampak dia berkasar dengan orang lain," jawab Eliza.

       "Oh.." hanya itu saja sahutan doktor Jeph.

       "Tentu dia penat sangat ulang alik dari kampung ke sini sebab saya.." ucap Eliza. Matanya memandang Amanina dengan penuh perasaan ingin berterima kasih kepada wanita itu.

       "Hm.. patutlah dia asyik marah je, rupanya penat." Bisik doktor Jeph. Ia tidak didengari oleh Eliza langsung.

      "Oklah puan, saya dah selesai check fail. Esok saya datang semula," kata doktor Jeph lalu meletakkan semula fail di atas meja.

Y'O'M'Y'L (Completed)Where stories live. Discover now