Steve P.O.V • 2

3.7K 59 1
                                    


        Steve datang ke rumah Dave dengan membawa barangan bayi untuk adiknya. Petsie yang sedang terboyot-boyot sambil mencengkam pinggang, menjemputnya masuk ke rumah itu.

       "Hai abang.." sapanya dengan pelukan mesra. Steve membalasnya lalu mengusap perut Petsie yang sudah membesar.

        "Hai, abang rindukan awak. Saya ada belikan baju untuk baby.. ambillah." Balas Steve lalu menghulurkan bakul kertas berisi pakaian bayi kepada Petsie.

        "Thank you.. sorry sebab susahkan abang." Ucap Petsie.

        "Ah, untuk anak buah, saya sanggup buat apa saja, haha.. Awak sihat?" Lembut sekali suara Steve ketika berbicara. Wajahnya yang ceria itu membuatkan Petsie curiga. Dia tersengih.

        "Tentulah sihat.. Dave bagi saya makan banyak, haha.. Abang nampak happy je? Ada apa-apa berlaku ke?" Petsie menyoalnya ketika mereka duduk bersama di ruang tamu.

        "Eh? Abang kan selalu ceria?" Balas Steve.

        "Tapi tak ceria sangat macam hari ni, haha.." kata Petsie lagi.

         "Ah, ada-ada saja awak ni. Jangan fikir bukan-bukanlah." Steve menafikan kata-kata Petsie. Senyuman manisnya terpampang di wajah ketika itu.

Petsie tidak menjawab lagi. Dia dapat rasakan abangnya itu sedang dilamun cinta. Tapi dia tidak mahu bertanya kerana risau jika dia tersilap kata.

Ketika mereka asyik berbual, pintu rumah diketuk beberapa kali.

     Tok! Tok! Tok!

Petsie lantas berdiri dan terus menuju ke arah pintu serta membukanya. Seorang lelaki yang tidak dikenali memakai jaket hitam dan bertopi sedang menundukkan mukanya di hadapan pintu. Petsie memegang daun pintu dengan kuat kerana lelaki itu kelihatan mencurigakan.

         "Ya? Nak cari siapa?" Soal Petsie kepada lelaki itu. Steve memandang adiknya dari bangku sofa sahaja.

          "Awak siapa?" Petsie menyoal lagi kerana lelaki itu berdiam diri saja.

Tapi lelaki itu tidak menjawab langsung. Lalu, dia menghulurkan sekeping sampul surat ke arah Petsie tanpa mendongakkan kepalanya. Jari jemari Petsie agak menggeletar, tetapi dia mencapai saja surat itu tanpa bertanya lagi. Dia menganggap lelaki itu cuma seorang penghantar surat.

        "For Dave.." kata lelaki tersebut dengan suara perlahan dan dia terus meninggalkan tempat itu tanpa menoleh lagi. Tangannya diseluk ke dalam poket baju jaketnya dan berjalan dengan laju sambil menundukkan kepalanya saja.

        "Pelik.." Petsie berbisik sendirian.

        "Siapa tu?" Steve menyoal kerana dia langsung tidak terdengar suara lelaki tadi. Petsie menutup pintu semula dan berjalan ke arah bangku sofa sambil membelek-belek sampul surat yang tidak bertulis.

        "Entah. Dia tak jawab soalan saya tadi. Muka pun saya tak nampak sebab asyik tunduk je. Dia berikan surat ni, katanya untuk Dave," jawab Petsie. Surat itu diletakkan di atas meja.

        "Lain kali jangan terus buka pintu. Bahaya tau," Steve memberikannya nasihat pendek kerana risau perkara seperti itu akan berlaku lagi.

        "Ya abang." Balas Petsie.

        "Ibu mertua awak mana? Tak nampak pun?" Steve menyoal kerana selalunya ibu Dave akan menyapanya bila dia datang melawat Petsie.

         "Oh, dia keluar pergi beli barang. Saya nak temankan dia, tapi dia tak benarkan. Sebab dia risau saya tak larat berjalan, haha.." ulas Petsie sambil tergelak dengan keadaan dirinya. Steve tersenyum.

Y'O'M'Y'L (Completed)Where stories live. Discover now