Jared's SE. 1

1.1K 34 10
                                    




               Cuaca di Kanada tidak sesejuk di negara asal Jared Shawn. Sudah setahun dia tidak pulang ke sana sejak pergaduhan antara dia dan Dave pulih. Beberapa bulan lalu, Dave telah mengkhabarkan berita baik kepadanya bahawa Petsie telah selamat melahirkan anak kedua mereka. Jared hanya mampu mengucapkan tahniah kepada pasangan itu melalui talian.

Hari yang sama seperti hari-hari lain, dia membawa kameranya bersama semasa bekerja di studio agensi permodelan yang diberi nama The Models. Sememangnya ramai wanita-wanita bertubuh langsing dan cantik menjadi modelnya, tetapi dia sudah terbiasa melihat mereka berpakaian seksi. Dia sebagai jurugambar menganggap mereka hanyalah bunga-bungaan ditaman yang hanya menarik hati lelaki bermata buaya.

Mungkin kerana umurnya semakin meningkat dan inginkan kehidupan baru, sebab itulah dia tidak tergoda dengan model-model cantik itu semua.

        "Jared, rasanya kita kena cari model barulah. Hari-hari muka yang sama, awak tak bosan ke?" Kata rakan sekerjanya, Paxton. Dia pengurus kepada model-model yang bekerja di sana.

Jared yang sedang menikmati rokoknya di luar studio, mengerlingkan anak matanya. Asap rokok dihembus keluar dari lubang hidung dan mulut. Dia duduk pada bangku sofa sambil menyilangkan kaki pada meja.

         "Apa nak bosan? Kan itu kerja mereka? Saya tangkap gambar atas arahan awak je," balas Jared.

Paxton ikut duduk pada bangku sofa dan mengambil sebatang rokok dari dalam kotak rokok Jared. Pemetik api dihidupkan, dia pun menyalakan hujung rokok itu.

        "Memanglah itu kerja mereka, tapi saya boring lah. Saya nak seseorang yang berbadan berisi. Mereka semua tu kurus sangat, lagipun sekarang ni musim panas. Kalau mereka pakai bikini, ah.. payudara pun tak nampak. Pereka fesyen kita dah reka pakaian dalam baru, kalau boleh dia mahu ia tampak menarik di badan model. Payudara mestilah montok dan badannya berisi, barulah orang ramai tertarik nak beli rekaan tu, betul tak apa saya cakap?" Paxton mengulas panjang sekali tentang pendapatnya.

        "Ya betul.. tapi yang awak beritahu semua ni kepada saya kenapa? Saya kan photographer makan gaji saja? Tak ada kaitan pun dengan pencarian model kamu tu," jawab Jared.

        "Tapi awak ada daya pengamatan yang baik Jared, sebab tu lah saya nak awak teliti wanita-wanita yang akan datang temuduga esok. Sekurang-kurangnya kita kena cari 5 orang model baru untuk majalah katalog bikini. Boleh?" Ujar Paxton lagi.

        "Saya jadi tukang menemuduga? Hm.. whatever.." Jared membalas sinis. Batang rokok yang telah habis disedut, dicucuh pada kaca tempat putungan rokok.

        "Ala.. bukannya lama pun. Esok kan awak tak banyak kerja?" Paxton merayu.

        "Alright bossy." Jared terpaksa akur dengan rayuan sahabat baiknya.

        "Okey, haha! Thanks Jared. We'll meet again tomorrow," ucap Paxton lalu meninggalkan Jared duduk bersendirian di bilik tetamu itu.

Jared tersengih sinis. Jika ada masalah, pasti Paxton akan mencari Jared untuk meminta pertolongan. Sudah tentu Jared akan menolongnya seperti sebelum ini.

*******

          Keesokan hari, Jared dan Paxton sudah bersiap sedia untuk menemuduga para wanita yang datang ke agensi itu di dalam bilik studio. Satu persatu wanita itu semua dipanggil. Jared tidak sesuka hati saja mengambil wanita sebagai model, malah dia lebih suka jika seseorang wanita itu bijak mengatur pergerakan serta posisi semasa digambar. Hodoh atau cantik, itu dikira belakang. Yang penting, bakat. Itu yang dipraktikkan oleh Jared semasa bekerja.

Y'O'M'Y'L (Completed)Where stories live. Discover now