Cuma tinggal seminggu lagi hari perkahwinan antara Steve dan Lyezze akan dilangsungkan. Semua persediaan sudah pun hampir siap. Steve mahu meluangkan sedikit masa bersama tunangnya di hujung minggu, iaitu pada hari ini. Mereka telah berjanji untuk berjumpa di pantai tempat kali pertama mereka berkucupan. Dia juga turut menyediakan alas dan sedikit makanan ringan untuk mereka bersantai berdua di tepi pantai itu.Sambil menunggu kedatangan Lyezze ke sana, dia berbaring menikmati cuaca lembab dan berangin untuk menenangkan hatinya. Dia tahu pasti Lyezze akan terlewat, tetapi dia faham. Mungkin kerana wanita itu masih sibuk dengan kerjanya. Steve sudah terbiasa dengan keadaan seperti itu. Fikirannya melayang sejenak memikirkan hari perkahwinan yang akan bakal tiba seminggu lagi. Dia tersenyum sendirian dan tidak percaya bahawa dia akan menjadi seorang suami tidak lama lagi.
Tunggu dan tunggu, hampir dua jam Steve di pantai itu. Sekali sekala dia berdiri dan mundar mandir untuk menenangkan diri. Satu panggilan telefon atau pesanan ringkas pun langsung tiada masuk ke telefon bimbitnya. Steve mulai gelisah. Kerana risau, dia terus menghubungi tunangnya itu. Deringan pada corong telefon berlalu selama beberapa saat.
"Dia sibuk sangat ke hari ni?" Soalnya sendirian sementara menunggu panggilan telefon itu dijawab.
Tut!
Panggilan telefon itu terhenti begitu saja, hanya suara operator yang menjawab. Steve menamatkannya serta merta. Hatinya mulai tidak tenang. Dalam fikirannya sekarang, pasti Lyezze sibuk atau sakit. Lalu, dia menghubunginya sekali lagi dan berharap kali ini ia akan disambut.
Beberapa saat kemudian, akhirnya panggilan telefon itu dijawab oleh Lyezze. Steve tersenyum riang.
📞 "Hello sayang.." ucapnya dengan nada lembut walaupun sudah dua jam menanti Lyezze di sana.
📞 "Hello Steve.. em.. sorry, mungkin saya lambat sedikit datang ke sana."
Belum sempat Steve menyoal, Lyezze sudahpun memberikan jawapan itu. Ia agak menyakitkan hati si lelaki, tetapi Steve tetap tersenyum dan membalasnya.
📞 "Oh, awak buat apa lagi?" Soalnya.
📞 "Err.. em.. saya ada kerja luar sikit."
📞 "Awak kata nak luangkan masa dengan saya hari ni, kenapa tak batalkan dulu jadual awak tu?" Steve mulai tidak berpuas hati.
📞 "Steve.. maaflah. Client saya ni penting, dia tak mahu meeting ditukar hari lain. Dia nak jumpa hari ni juga.. tolonglah faham." Ulas Lyezze. Nadanya agak kasar sedikit.
Steve merengus, tetapi dia kuatkan hati.
📞 "I just want to meet you, Lyezze. I miss you.. don't you miss me?" Steve bersuara lembut.
📞 "Of course i miss you.. tapi saya tak boleh tangguh kerja ni. Apa kata awak balik dulu, malam ni kita jumpa okey?"
Jawapan Lyezze itu sungguh menyakitkan hati Steve. Dia mengeluh panjang, wajahnya berubah masam. Kecewa sedang terjadi dalam dirinya.
📞 "Alright.. love you." Ucap Steve padanya.
📞 "Err.. love you too.." balas Lyezze. Tetapi ia seperti ucapan biasa saja, tidak semesra dulu.
Tit!
Panggilan telefon itu terus ditamatkan oleh Lyezze. Steve terpaku, dia berasa curiga dengan tunangnya.
"Sibuk sangat ke sampai layan saya macam ni? Fuh.." keluh Steve. Telefon bimbitnya dimasukkan semula ke dalam poket seluar.
Segala barang yang dibawanya ke situ disusun semula untuk dibawa pulang. Niatnya ingin berjumpa dengan Lyezze dibatalkan oleh bakal isterinya itu sendiri. Dengan hati yang gundah, Steve terus pulang ke rumahnya dengan menaiki motosikal.
YOU ARE READING
Y'O'M'Y'L (Completed)
RandomI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 WARNING, MATURE CONTENT!! 🔞🔞 Language : Malay, English Genre : Thriller, Romance Kesinambungan dari keseluruhan cerita ANZIE termasuk special edition Dr.Bert & Dear Dave. Adakah ini kesudahan terakhir bagi...