Y.O.M.Y.L (3)

1.8K 48 4
                                    


Tok! Tok! Tok!

  Joel yang sudah sampai ke kabin mereka, mengetuk pintu berkali-kali sambil memanggil nama Anzie dengan suara lantang. Dia asyik mundar mandir di hadapan pintu kerana risaukan isterinya.

        "Anzie, open the door! Anzie!"

Anzie yang terdengar suara Joel, segera berlari ke arah pintu dan membukanya. Bila dia melihat Joel berdiri di depan pintu, dia terus memeluk badan suaminya dengan erat. Raut wajahnya tampak takut sekali di mata Joel.

        "Joel.. dia.. dia.." tergugup-gugup Anzie bercakap dengan Joel.

        "Dia siapa? Siapa Anzie?" Joel menyoal. Pelukan Anzie dibalas, tapak tangannya mengusap rambut panjang Anzie.

       "Q.. Quinn.."

Terbungkam mata Joel mendengar nama itu disebut. Dia memegang bahu Anzie dan memandang matanya.

       "Anzie.. dia kan di dalam penjara? Tak mungkin dia ada di sini.." Joel cuba menenangkan hati Anzie.

       "Tapi.." Anzie tidak mahu percaya dengan kata-kata Joel. Lelaki tadi membuatkan dia takut. Suaranya betul-betul serupa dengan Quinn!

        "Shh.. it's okey.. nothing gonna happen. Awak cuma banyak berfikir.." Joel memotong kata.

Diusapnya pipi Anzie dengan lembut sambil tersenyum. Anzie tidak lagi menyahut. Bila bersama dengan Joel, dia berasa selamat sekali.

         "Dave dan yang lain-lain tengah tunggu kita. Marilah.." ajak Joel. Pintu kabin itu ditutup dan dikunci. Tangannya menggapai bahu Anzie dan membawanya ke restoran tadi.

        "Jangan tinggalkan saya lagi, Joel.." kata Anzie semasa berjalan.

        "Haha.. ya sayang. Saya takkan tinggalkan awak.. sudahlah fikir pasal benda tu. Kita datang sini kan nak rehatkan diri? Kalau boleh, saya tak nak awak susah hati." Ujar Joel sambil mengusap-usap bahu Anzie.

         "Okey.." hanya itu saja balasan dari Anzie.

Doktor Bert dan Dave memandang mereka yang semakin hampir ke meja mereka. Anzie tidak seceria pagi tadi, Dave berasa risau pula. Mereka tidak mahu bertanya tentang apa yang terjadi kerana risau Anzie tidak selesa.

          "Malam ni, kita minum. Okey?" Kata Dave setelah Anzie dan Joel duduk bersama di meja itu.

         "Haha.. boleh. Biar saya belanja," sahut doktor Bert. Sudah sekian lama dia tidak merasakan arak.

Eliza mencubit pahanya kerana tidak mahu suaminya meminum arak.

        "Aw!" Doktor Bert lantas mengusap pahanya yang dicubit. Pandangannya dialihkan pada Eliza dengan senyuman sinis.

        "Ha, minum tu jangan pula lebih-lebih.." Petsie menyampuk. Dave ketawa perlahan bila isterinya pula berkata.

        "Eh, bukannya sampai mabuk. Sikit je, hehe.." balas Dave pula.

Joel yang mendengar hanya ikut ketawa. Tetapi Anzie, bagaikan tidak terdengar langsung perbualan mereka. Makanan yang berada di atas meja, ditenungnya saja. Joel yang perasan dengan perubahan Anzie, berbisik di telinganya.

        "Anzie, makanlah.." Joel mengarahnya. Tangannya mencapai sudu dan menyedok sedikit makanan, lalu menyuapkannya ke mulut Anzie.

Suami isteri itu semua memandang ke arah mereka sambil tersenyum. Anzie melihat Joel, dan dengan terpaksanya dia membuka mulut dan memakan makanan yang disuapkan padanya.

Y'O'M'Y'L (Completed)Where stories live. Discover now