Doktor Bert pulang agak lewat sedikit pada malam itu kerana dia telah pergi melawat Laura sebelum balik ke rumah. Eliza duduk di ruang tamu sendirian selepas menguruskan Timmy. Hatinya juga masih berduka sejak pagi tadi. Dia langsung tidak mengisi perut sepanjang hari ini. Perasaan marah, benci dan sakit hati sedang bergolak-golak di dalam dirinya sekarang."Saya dah balik.." ucap doktor Bert sambil membawa beberapa bungkusan makanan yang dibeli dari luar atas permintaan isteri kesayangannya pagi tadi.
Eliza tidak menoleh ke arahnya, wajahnya muram tidak ceria. Sapaan doktor Bert juga tidak disahut, dia hanya berdiam diri. Doktor Bert datang ke arahnya lalu duduk berdampingan dengan Eliza.
"Sorry sebab lambat pulang.. Marah ke?" Pujuk doktor Bert sambil tangannya menggapai bahu Eliza. Bungkusan makanan diletakkan atas meja.
Eliza masih berdiam diri. Tangan doktor Bert segera ditepis dari bahu. Doktor itu berasa tidak senang hati kerana dia menyangka Eliza sedang merajuk. Lalu dia menarik muka Eliza dan terus mengucupnya.
"Jangan sentuh saya!" Marah Eliza. Dia segera menolak badan doktor Bert dan terus berdiri. Nafasnya menjadi laju ketika itu.
Doktor Bert terkejut dengan perubahan Eliza yang tiba-tiba saja memarahinya.
"Kenapa ni?" Doktor itu menyoal dengan muka risau.
Eliza memandang tajam ke arah doktor Bert lalu mencapai bantal bangku dan memukul-mukul badan suaminya itu.
Buk! Buk! Buk!
"Ah! What's wrong Eliza? Stop it!" Kata doktor Bert semasa dia dipukul.
"Selama ni awak permainkan saya pula!? Huh!?" Jerit Eliza. Bantal itu masih rancak memukul badan doktor Bert.
"Eliza, apa maksud awak ni? Bila masa saya permainkan awak?" Jawab doktor Bert.
"Jangan tipu..!" Eliza menjerit lagi. Tangisannya semakin menjadi-jadi. Doktor Bert benar-benar bingung ketika itu, lalu dia berdiri dan memeluk badan isterinya yang sedang menangis.
"Apa yang saya tipu, sayang? Saya tak faham.." doktor Bert berbicara lembut kepada Eliza.
"Isk.. isk.. isk.." Eliza teresak-esak, tangannya mengenggam kuat bantal.
"A.. abang.. dengan Laura.." kata Eliza. Mata doktor Bert terbuka luas setelah terdengar nama kawannya disebut.
"Err.. kenapa dengan dia..?" Doktor Bert berpura-pura menyoal. Pasti Eliza sudah tahu bahawa dia pergi ke rumah Laura pagi tadi.
"Jangan pura-pura tak tahu! Abang ada hubungan dengan dia, kan!? Jangan sentuh saya lagi!" Bentak Eliza. Pelukan doktor Bert terus dileraikan.
"Eliza, kami tak ada apa-apa hubunganlah.." jawab doktor Bert. Dia mulai berasa tidak keruan bila melihat Eliza sakit hati.
"Jadi kenapa awak pergi rumah dia!? Kenapa awak lambat balik!?" Tambah Eliza dengan penuh rasa sakit hati.
"Dia sakit, sebab tu saya pergi tengok dia. Saya bagi dia ubat saja.." doktor Bert tidak mahu melantangkan suara.
"Sakit? Dia ada kaki, ada kereta, kenapa nak abang pergi sana!? Dan kenapa abang tak nak beritahu saya orang tu adalah dia!?" Sambung Eliza lagi.
"Huh.. Eliza saya tak nak keruhkan keadaan ni.. trust me, i didn't do anything with her." Rayu doktor Bert.
"Tidak buat apa-apa? Hah!? Berpelukan di bangku sofa abang kata tak buat apa-apa!?" Terang Eliza.
YOU ARE READING
Y'O'M'Y'L (Completed)
RandomI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 WARNING, MATURE CONTENT!! 🔞🔞 Language : Malay, English Genre : Thriller, Romance Kesinambungan dari keseluruhan cerita ANZIE termasuk special edition Dr.Bert & Dear Dave. Adakah ini kesudahan terakhir bagi...