Jared's SE. 2

814 43 13
                                    




              Lusa telah pun tiba. Hari ini ialah hari pertama Alyn bekerja sebagai model di agensi The Models. Dengan memakai seluar singkat dan baju tanpa lengan serta berkasut tumit tinggi, dia menegur beberapa orang rakan sekerjanya yang akan turut diambil gambar nanti.

           "Hai morning.."

Kelima-lima wanita itu seraya memandang dan menyahut tegurannya.

           "Hai, morning too.."

Sebelum sesi fotografi bermula, mereka berbual sebentar. Jared yang baru saja datang, mencuri pandang ke arah mereka dari set penggambarannya. Dia hanya melihat Alyn, tetapi tidak pada wanita lain. Alyn pula berpura-pura tidak menyedari kehadiran Jared walaupun dia tahu dia sedang diperhatikan.

Salah seorang dari keenam-enam wanita itu tersedar akan kedatangan Jared, lalu dia pun berbisik kepada rakan sekerjanya.

         "Handsome kan photographer kita tu? Kalau saya tak silap, nama dia Jared kan?" Kata wanita yang dipanggil dengan nama samaran, Vee. Dia asyik menoleh melihat Jared sambil berpeluk tubuh.

Alyn tersengih, lalu menjawabnya.

         "Hm.. saya tak tahu nama dia. Ya, dia handsome tapi biadab." Dia berlakon tidak mengenali Jared, tetapi dia mengakui Jared mempunyai raut wajah yang tampan, namun membenci sikap si lelaki.

Rahsia tentang perkara yang telah terjadi antara dia dan Jared setahun lalu di London, terkunci di dalam kotak hati. Dia tidak akan sesekali membuka mulut tentang hal itu kepada sesiapa pun.

         "Haha.. biadab apa pula? Cara dia bercakap sopan saja?" Balas Vee.

         "Whatever.. i don't want to talk about him." Kata Alyn lagi.

Paxton datang ke arah mereka dengan membawa bungkusan berisi pakaian dalam rekaan terbaru untuk dipakai oleh para peragawati.

         "Morning ladies.. mari mulakan kerja. Bawa benda ni ke bilik persalinan. Lepas siap, make-up artist akan dandan kamu. Saya tunggu di sini," ulas Paxton. Bungkusan berisi pakaian dalam diserahkan kepada mereka.

Tanpa ingkar, para wanita itu semua pun masuk ke dalam bilik persalinan. Sementara menunggu wanita-wanita itu bersiap, Paxton berbual sejenak bersama Jared.

         "Jadi, yang mana satu idaman hati awak? Haha.. mereka semua cantik-cantik," Paxton mengusik Jared.

         "Geez.. not interested. Semua nampak biasa saja," balas Jared. Padahal dia berkenan pada Alyn.

Paxton menepuk bahunya perlahan, lalu berkata lagi.

         "Haha, ye lah tu. Awak ingat saya tak perasan ke awak asyik pandang model kacukan tu? Jangan tipulah Jared.." ulas Paxton.

         "Boleh tak jangan bergurau dengan saya? Hei.." Jared langsung tidak mahu mengakui dia meminati Alyn yang berwajah Korea.

         "Cis.. haha!" Paxton tergelak. Selepas itu, dia pun meninggalkan Jared bersendirian.

Jared tersengih sinis. Tidak lama kemudian, Vee keluar dari bilik persalinan dengan hanya memakai baju dan seluar dalam yang akan diperagakan di hadapan kamera. Rambutnya terusai, mekap tebal disolek pada wajahnya. Dia pun bergerak ke arah Jared dengan gaya seperti seorang model terkemuka, padahal baru sahaja menceburi bidang itu. Dia terus menegur Jared dengan bersuara lembut dan gaya tergedik-gedik meminta perhatian si jurugambar.

Y'O'M'Y'L (Completed)Where stories live. Discover now