♧♧
♧1 bulan kemudian...
Hubungan di antara Alyn dan Jared bertambah erat sebagai rakan serumah. Perkara yang telah terjadi sebulan lalu berlalu begitu saja. Tetapi bagi Jared, ia sesuatu yang sangat istimewa buat dirinya. Walaupun Alyn hanya menganggapnya kawan biasa, Jared tetap akan berusaha untuk memiliki cintanya.
Alyn telah bekerja semula di agensi sebulan yang lalu. Dia tidak sempat membalas dendam kepada Vee yang telah memburukkan namanya di situ. Jared pula sering mengawal tindak tanduk Alyn yang baginya agak liar. Sejak dia mula berkerja, Alyn kerap bergaul dengan beberapa model lelaki yang lebih bergaya dan tampan. Ia mencetuskan cemburu di dalam diri Jared.
Hari ini, sesi fotografi pakaian dalam para model diberikan pasangan untuk mempergayakan rekaan terbaru bagi lelaki dan perempuan. Betapa kacaunya jiwa Jared bila Alyn harus bergaya untuk sesi fotografi itu bersama dengan seorang model lelaki yang berbadan sado dan kacak. Tetapi, dia menganggap ianya sebahagian dari kerja Alyn, perasaan cemburu dibuang ke tepi.
Alyn dan model lelaki itu sudah bersedia di studio sambil berbual sebelum melakukan aksi di hadapan kamera. Jared bermuka serius dan masam. Dengusannya juga kerap terjadi. Ingin saja dia menggantikan tempat model lelaki itu, tetapi dia hanyalah seorang jurugambar.
"Ok guys.. get ready.." Jared menegur Alyn dan model bernama Will yang sedang asyik berbual mesra.
Gelak tawa Alyn terhenti sejenak lalu memandang Jared. Jared bermuka muram, tidak mahu membalas pandangan Alyn. Kamera sudah tersedia, aksi antara Alyn dan Will pun dimulakan.
Klik! Klik! Klik!
Jared menekan butang kamera berulang kali secara rambang saja tanpa mengarahkan mereka melakukan posisi yang baik. Tiba-tiba Will menarik pinggang Alyn yang ramping untuk melakukan posisi panas, terbungkam mata Jared melihatnya! Kamera digenggam kuat pada tangan.
"Don't touch her.." Jared memberi amaran secara halus kepada Will.
Will tersengih lalu menjawab.
"Kenapa? Kan Miss Starla nak gambar yang panas? Lagipun aksi kami tadi tak best, kalau macam ni barulah ok," balas Will.
Dia terus membaringkan badan Alyn pada bangku sofa yang tersedia untuk sesi fotografi itu dengan gaya persetubuhan.
Kemarahan Jared terjadi begitu saja! Dia datang ke arah Will dan terus menarik lengannya untuk tidak menghimpit Alyn yang terbaring di atas bangku sofa. Alyn terkejut dengan kelakuan kasar Jared.
"Saya kata jangan sentuh dia! Tak faham ke!?" Bentak Jared. Ditenungnya wajah Will yang tampan itu dengan pandangan tajam.
Alyn bangun dan terus mencelah.
"Jared, ni kan sesi fotografi? Apa salahnya kami pose macam tadi?"
"Saya tak suka, faham?" Balas Jared.
"Hei Jared, awak tu jurugambar. Sepatutnya awak kena biarkan kami pose macam mana pun. Mana boleh halang? Awak ingat kami memperagakan pakaian saint ke?" Will menjawab.
"Shut up, Will." Sakit sungguh hati Jared bila melihat muka Will.
Will berdengus lalu memeluk tubuh. Dia tidak berpuas hati dengan si jurugambar.
"Kenapa dengan awak ni Jared? Ini kerja kami, sepatutnya awak kena faham. Bukan kami yang nak faham awak." Alyn memarahi rakan serumahnya.
YOU ARE READING
Y'O'M'Y'L (Completed)
AléatoireI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 WARNING, MATURE CONTENT!! 🔞🔞 Language : Malay, English Genre : Thriller, Romance Kesinambungan dari keseluruhan cerita ANZIE termasuk special edition Dr.Bert & Dear Dave. Adakah ini kesudahan terakhir bagi...